Lagu raya dan tol percuma…

Layan dulu lagu raya Balik Kampung ni..

Tahun ini, banyak sekali syarikat konsesi lebuh raya yang bermurah hati untuk memberi tol PERCUMA  malahan diskaun tol bagi kebanyakan tol-tol utama.

Memang satu berita yang cukup mengujakan bukan? Saya senaraikan tol-tol yang diberi laluan PERCUMA dan juga diskaun-diskaun yang diberi kepada pengguna lebuh raya.

TOL PERCUMA

Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak & Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1

  • 9 malam (7 September) hingga 6 pagi (8 September)
  • 9 malam (15 September) hingga 6 pagi (16 September)

Ini memang cukup bagus! tapi saya penuh yakin..mesti pada waktu begini, laluan ke Pantai Timur pasti penuh dengan kereta. Maka, saya lebih suka bertolak balik sesudah waktu sahur. Terlepaslah tol percuma!

Nota: Jumlah bayaran tol dari tol Gombak-LPT (Fasa 1) ialah dalam lingkungan RM30 sehala.

DISKAUN TOL (diskaun antara 5 hingga 40%)

  1. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
  2. Lebuhraya Elite
  3. Lebuhhraya Seremban-Port Dickson
  4. Lebuhraya Kulim-Butterworth
  5. Lebuhraya Laluan kedua Malaysia-Singapura (Linkkedua)
  6. Lebuhraya Metramac
  7. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  8. Lebuhraya Sg. Besi (Besraya)
  9. Lebuhraya Kajang-Seramban (Lekas)
  10. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  11. Lebuhraya Penyeruaian Traffik KL-Barat (Sprint)
  12. Lebuhraya Smart
  13. Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
  14. Lebuhraya Bertingkat Ampang-KL (Akleh)
  15. Lebuhraya Shah Alam-Kuang (Guthrie)
  16. Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
  17. Lebuhraya Duta-Hulu Klang (Duke)
  18. Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga)
  19. Leburaya Pintas Selat Kelang Utara baru (NNKSB)
  20. Lebuhraya Penyeruaian Traffik Lingkaran Kajang (SILK)
  21. Lebuhraya KL-Putrajaya (KLP)
  22. Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE)
  23. Lebuhraya Senai-Desaru (SDE)

Harap, senarai ini membantu sesiapa sahaja yang masih lagi belum membuat perancangan untuk pulang beraya ke kampung. Kalau tak balik kampung pun, masih lagi boleh menggunakan laluan-laluan ini untuk pergi beraya tanpa perlu membayar tol. Jimat bukan?

Sebelum pulang, pastikan semuanya selamat atau baca saja entri 5 perkara nak kena ingat bila tiba hari raya ini.

® hafizmd – InsyaAllah, tak sampai lagi beberapa hari..Aidilfitri bakal menjengah kita..meneruskan pusingan dengan meninggalkan Ramadhan al-Mubarak..Ya Allah..Engkau temukanlah kami dengan malam Al-Qadar..