Tak balik kampung? Jangan sedih, baca dulu entri ni…

Apa bezanya? Balik kampung dan balik beraya. Mestilah ada bezanya. Bagi yang bekerja di luar dari kampungnya, akan ada istilah balik kampung dan balik beraya. Mana-mana yang bekerja di kampung sendiri, pasti tiada istilah balik kampung dan juga balik beraya. Kamu setuju?

Sebenarnya, banyak faedah andai kita tergolong dalam kelompok manusia yang tidak balik kampung dan balik beraya ni. Biar betul? Orang lain seronok bercerita pasal balik kampung, saya pula sibuk bercerita faedah orang yang pada dirinya tiada istilah balik kampung. Mungkin tidak berluang balik kampung atau mungkin juga di sinilah kampungnya. Jadi, apa faedahnya?

1. Tak perlu pening-pening nak fikir pasal belanja balik kampung – Orang lain sibuk membuat belanjawan balik kampung, tapi kamu bolehlah sambil tersenyum gunakan wang itu untuk membeli baju pink kegemaran kamu.

2. Tak perlu susah hati dengan bayaran tol yang mahal – Kamu tak perlu nak cari apa-apa maklumat pasal tol percuma dan diskaun tol sebab tiada keperluan. Hari-hari tol percuma macam Blogger Zezebel..

3. Tiada masa dihabiskan dengan berlebihan di atas jalan raya – Makin lama kita atas jalanraya, makin tinggi risikonya. Maka bersyukurlah sebab masa yang ada boleh kita luangkan bersama insan tersayang. Betul tak?

4. Tak perlu berebut beli tiket bas – Kamu dengan selambanya boleh menjeling manja mana-mana rakan kamu yang sibuk mencari tiket bas balik kampung. Kamu dengan selambanya juga menunjukkan tiket lain kepadanya iaitu tiket wayang!

5. Anda boleh merasai nikmat ketenangan yang luar biasa – Ini saya khaskan bagi sesiapa sahaja yang beraya di negeri tersesak seperti Kuala Lumpur dan Selangor. Hanya kamu saja yang berkesempatan merasai nikmat melalui jalan-jalan utama di sekitar bandaraya tanpa kesesakan seperti hari-hari biasa. Mesti rasa tenang dan damai bukan?

Maka, janganlah kita bersedih andai tak berkesempatan beraya bersama keluarga tercinta tahun ini. Saya tahu, ada antara kita yang terpaksa bekerja pada hari raya pertama dan kedua. Bolehlah digunakan entri ini sebagai pengubat hati buat sementara waktu.

® hafizmd – Ini namanya kita berfikiran positif dan optimis!