Nasi ayam penyet kini di Gombak..

"nasi ayam penyet angsa maju'
Nasi ayam penyet AP, Wangsa Walk

Bagaimana saya boleh tahu pasal nasi ayam penyet ni? Saya memang bukan orang Johor, malah jauh sekali beristerikan orang Johor mahupun Jawa. Ada kawan orang Johor kot? Memang ramai masa belajar dulu-dulu, tapi tak pernah sekali di bawakan juadah ayam penyet. Macam mana nak bawa, takkan nak bawak dari Johor nun jauh di selatan sana.

Jadi, mana saya tahu ayam penyet ni? Kisahnya bermula dalam 7 bulan dulu. Tahun 2009. Bulan Disember. Di UTM. Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Iyer betul! Pastinya di Seminat Smart Blogging Bro Rohaizad. Kesedapannya makin teringat bila baca Bro Rohaizad akan hasilkan ebooknya yang terkini. Apa kaitannya? ermmm..

Sejak dari tu, kalau ada kesempatan, saya bertemankan isteri tercinta akan cuba nasi ayam penyet, tapi bukan di Johor, hanya di Kuala Lumpur. Lokasi dulu di Wangsa Walk, di Wangsa Maju. Sedap tak? Ada rasa macam kat Johor tu ke?

Bila dah rasa yang kat Wangsa Walk tuh, akhirnya saya akui yang ayam penyet (yang dimakan beramai-ramai di SSB UTM) lebih sedap ayamnya, lebih pedas cilinya, dan pasti lebih mencabar lidah ni. Hanya mulut saja yang mampu menggambarkannya..hehe..Itu pendapat peribadi saya ajer yer. Itu cerita hampir 3 bulan lepas.

Sekarang, lokasi terbaru yang saya akan cuba try test ialah di Sri Gombak! Nasi ayam penyet Best. Camtulah nama kedai ni. Lokasinya bersebelahan Sri Gombak Fasa 1. Berhampiran juga dengan gelanggang futsal Sinamax. Kiranya dekat juga dengan Greenwood.

"nasi ayam penyet best"

Kedai ni belum buka lagi. Tengah renovate. Dah tiap-tiap hari lalu depan kedai ni. Itu yang rasa nak kongsi dengan anda semua. Mana tahu, ada yang mengidam nak makan ayam penyet..bolehlah ke kedai ni nanti. InsyaAllah, nanti kalau dah try, bolehlah saya update kat sini.

Jadi, bolehlah sesekali bawak insan tersayang keluar makan dan mungkin kedai sebegini boleh jadi lokasi anda yang seterusnya. Tukar selera sekali-sekala (hanya berjaya kalau anda bukan orang Johor@Jawa yer…hihi).

® hafizmd – Sedang bersantai tunggu berbuka. Hari ni kan kita cuti Nuzul Quran. Johor memang banyak makanan yang sedap-sedap..betul tak?