5 sebab kenapa 45,000 kakitangan awam tipu sijil cuti sakit

Ya Encik Ridhuan (bukan nama sebenar), boleh saya bantu?

Entahlah doktor, pagi ni, tiba-tiba jer kepala saya ni sakit

Ok, kita check dulu ye..

……selepas beberapa ketika….

Tekanan darah, pernafasan semuanya ok, tapi encik ‘still’ rasa pening ye. So, saya bagi MC untuk encik berehat.

Biasa dengan situasi di atas?

Ok. Kalau perasan, semalam Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ada melaporkan perihal 45,000 ribu penjawat awam memalsukan sijil cuti sakit. Berita asal boleh rujuk di halaman ini.

Saya bukanlah seorang penjawat awam, tapi saya masih lagi seorang pekerja. Bagi saya, apa yang Cuepacs cuba dedahkan mungkin ada rasionalnya dan munasabah untuk dibincangkan walaupun ada yang menganggap ianya adalah kes terpencil.

Kenapa pendedahan ini munasabah untuk diteliti? Sudah tentu pada saya, ianya melibatkan beberapa perkara penting seperti:

  1. Tahap produktiviti – sudahnya kalau asyik cuti sakit saja, memanglah menurun produktivitinya.
  2. Nilai kebolehpercayaan majikan terhadap pekerja – kalau majikan tidak tahu, mungkin selamat, tapi sekali dah tahu, boleh dipecat @ turun pangkat dibuatnya.
  3. Kredibiliti pengamal/institusi perubatan – rasanya memang ada klinik yang ‘menjual’ MC, tapi bukan semua dan bila dah pesakit tu datang kata sakit sampai tak boleh kerja, doktor hanya menjalankan tanggungjawabnya saja.

Orang kita memang suka beri alasan itu dan ini. Kadang-kadang ada yang terpaksa dek keadaan semasa dan mungkin ini boleh dimaafkan. Namun, bagi saya yang menjadi masalahnya ialah bagi segelintir yang suka mengambil kesempatan dan menipu untuk mendapatkan sijil cuti sakit. Apa kata, kita sama-sama teliti, 10 sebab @ alasan kenapa pekerja samada kakitangan awam mahupun swasta menipu untuk dapatkan sijil cuti sakit aka MC.

  1. Nak buat kerja lainini yang didedahkan dalam laporan akhbar. Katanya, ponteng kerja sebab nak buat kerja sampingan. Ini memang pelik bin ajaib. Tak salah buat ‘part-time’ tapi biarlah kena pada masa dan tak kacau kerja kita yang asas. Kalau kita berniaga kat up-town contohnya, memang bagus tapi yang tak bagusnya bila pagi esok masuk kerja lambat, tiba-tiba pening kepala dan bermacam madah berhelah lagi. Sekali boss ok lagi, kalau berkali? Kena fikirlah sendiri..
  2. Bangun lambatsemua orang ada 24 jam. Kenapa orang lain boleh sampai pukul 8 pagi, tapi tidak kita? Kenapa? Orang lainpun ada juga tidur lambat, tapi masih boleh bangun awal untuk ke pejabat. Kenapa? Tepuk bantal, tanyalah diri. (Teringat pada budak praktikal, selamba saja tak datang penuh satu hari, bila ditanya kenapa? Jawabnya, tertidur sampai petang. Terus terbayang  beruang yang berhibernasi.)
  3. Tak seronok kerja boleh berlaku jika kita tidak minat dan tidak suka pada suasana kerja mahupun pada keadaan hubungan sosial ditempat kerja. Mungkin kita tiada geng sekepala, mungkin boss selalu pandang semacam saja, atau kita memang kerja kerna terpaksa. Bila ini berlaku, akal kita yang cerdas ini akan aktif berfikir seribu macam alasan. Betul tak? Kita jawab sendiri..
  4. Ada yang lebih utamacontohnya, tiba-tiba salah seorang ahli keluarga kita jatuh sakit dan perlukan rawatan segera. Hanya kita yang berkeupayaan menguruskannya. Saat ini, pasti kita akan lebihkan keluarga berbanding yang lain. Maka, keadaan memaksa kita (lebih memaksa kalau majikan yang susah nak faham situasi sebegini). Keadaan ini, kita rela dalam terpaksa. Majikan semua, sila lebih bertoleransi yer..
  5. Tiada alasan kukuh jenis pekerja sebegini, mungkin menipu untuk ‘kebahagiaan’ diri sendiri. Contohnya, semata-mata nak teman suami ‘outstation’ di sebuah lokasi (lokasi dirahsiakan.hehe), terfikir untuk menipu sijil cuti sakit atau lebih parah, semata-mata nak teman kawan tapi mesra di hospital, majikan ditipu hidup-hidup. Siapa rugi dan siapa untung? Kita fikir sendiri..

Ini antara bermacam alasan yang kadang-kadang tanpa kita sedari, kita menipu diri kita sendiri. Alasan tetap akan menjadi alasan dan rasanya majikan tidak suka pada alasan-alasan yang sama didendangkan. Bukan bermakna, kita perlu lebih kreatif memikirkan alasan-alasan lain, tapi memikirkan cara bagaimana untuk kita mengurangkan kes-kes sebegini.

Mungkin sistem seperti di United Kingdom iaitu tiada sistem MC tapi hanyalah makluman pada majikan jika tidak mampu bekerja pada hari tersebut. Maknanya, majikan 100% percaya pada pekerja. Mampukah kita laksanakan sistem sebegini?

® hafizmd – bukankah kita ada sistem penilaian bulanan mahupun tahunan? Kalau terbukti produktiviti menurun, majikan pasti tahu apa hak mereka. Tidakkah begitu?