Aku trauma?

Bila saja kena ‘stay overnight’ atau ‘shift’ malam, macam malam ni (saat tengah tulis post ini ), saya memang terasa semacam. Bukannya takut pada makhluk halus tapi saya rasa gelisah, tak berapa selesa. Nak lelap mata sekejap pun susah, biasanya pantang jumpa bantal mesti terus lena tanpa sebarang alasan dan paksaan. Lagi-lagi kalau ada bunyi pelik sikit, mulalah bangun melilau cari punca.

Rasanya ni bukan kali pertama. Setiap kali bila kena ‘overnight’. Mesti rasa yang sama. Walaupun mengantuk lepas ‘kena belasah’ masa ‘production’, makin cuba nak tidur, makin bulat membujur mataku yang dah macam mata orang jawa ni. Bila saya tanyakan pada isteri, dia kata “Abang trauma kot?”. Trauma apa ke bendanya?

Oh! Terus ingat kat alkisah kereta Satria. Malam tu, sama macam malam ni. Kene ‘overnight’ juga. Macam biasalah, kereta Satria bertayar nipis dan ber’rim’ 16″, kami parking dengan jayanya depan pejabat. Lebih kurang pukul 4.30 pagi, isteri kejutkan saya (dia memang suka teman bila saya kena ‘overnight’..oh! dia memang isteri yang terbaik). Sekali dia cakap ada kelibat manusia dalam kereta kami. Saya punyalah terkejut, tak sempat dah nak fikir apa. Saya terus saja ‘sound’ sekuat hati.

Sekonyong-konyong aja kene sound, sorang mamat keluar ikut tingkap kereta terus je duduk atas motor member yang dah ‘get ready’. Ada seorang lagi, tengah ‘cover line’. Terus pecut motor membelah pagi yang sejuk sebab tengah hujan waktu tuh. Kami masa tu, hanya Allah saja yang tahu. Rasa geram, rasa marah, terkejut, takut, macam-macam ada.

Lebih kurang pukul 6 pagi baru berani turun tengok kereta. Cermin tempat duduk pemandu dah pecah berderai (masa tuh dah terbayang, berderai lagi poket pagi ni..), skrin video yang boleh lipat dah takde, radio pun takde, 2 amplifier pun takde, dashboard ruang audio tu pun habis kena kopak. Macam mana cermin tingkap tu berderai, hampir sama juga hati ni rasa. Adeh..

Bila difikir-difikir balik, betul juga kata isteri tadi. Mungkin juga saya trauma, tapi takkan isteri saya tak trauma? Saya tengok dia tengah layan cerita Korea “The birth of the rich”. Oh! tidak, saya perasan yang dia juga akan tiba-tiba terbangun waktu enak tidur (malah lebih cepat dari saya bilamana ada bunyi-bunyi pelik).

Mungkinkah saya terlampau banyak berfikir tentang pengalaman negatif tu?

Saya sedang mencari apa-apa info tentang trauma. Salah satu yang saya jumpa ( boleh baca di sini), tapi belum sempat dibaca sampai habis. InsyaAllah saya kongikan nanti.

® hafizmd – Ya Allah, tenangkah hati hamba-hambaMU ini, dan lindungilah kami dari bisikan syaitan yang direjam serta kejahatan manusia yang zalim..ameen