Mama merah mengganas lagi!!

Eh! Siapa mama merah merah ni? Kenapa nak sampai nak ganas-mengganas ni? Sabar-sabar yer. Siapa dan apa yang saya maksudkan ni tak lain dan tak bukan ialah Mira Abu Bakar aka Redmummy.com. Kalau tak kenal juga, takpelah, bolehla usha ke blog beliau.

Tapi kenapa tiba-tiba saja saya bikin panas post ini yer? Sebenarnya, kalau anda perasan, beliau ada muncul dalam akhbar Harian Metro, 13 April lalu. Tajuk yang akhbar tu ‘highlight’kan ialah “Mewah tulis blog”. Jadi, dipendekkan cerita, apa yang saya akan cuba sampaikan kali ni ialah beberapa fakta menarik tentang beliau dan blognya serta pengajaran yang kita boleh ambil kalau kita benar-benar mahu jadi blogger kental dan berjaya serta banyak duit…hehehee

Fakta tentang Redmummy dan blognya:

  • Bermula hanya suka-suka bila berkongsi cerita semasa jadi peserta Fear Factor 2005
  • Suami mula-mula beri galakan join Nuffnang
  • Hanya mendapat cek pertama dari Nuffnang selepas 3 tahun berblogging iaitu RM90.
  • Kini, pendapatan dari Nuffang blog kadang-kadang boleh mencecah RM10,000 sebulan, termasuk Nuffnang, iklan dan promosi iklan.
  • Aktif terima jemputan untuk hadir perasmian produk baru, kemudian buat ulasan di blog
  • Dulu-dulu, hanya 1 post sehari, sekarang boleh cecah 10 3 hingga 5 entri sehari.
  • Banyak baca buku untuk cari idea penulisan dan review produk.
  • Pernah jadi finalist untuk menang Top Parenting Blogger (anjuran Nuffnang).
  • Mempunyai team sokongan yang kuat.
  • Pesannya ” Jika ada suami, kena minta restu dulu, baru mudah nak berblogging”.

Katanya lagi, untuk menjadi seorang blogger yang kental, berjaya dan jika mahu menjana pendapatan dari blog, mestilah;

  1. Punya tahap sabar yang tinggi – ye la, kalau setakat buat 2-3 bulan terus down..mesti tak jadi
  2. Jangan cepat putus asa – sentiasa istiqomah
  3. Semangat yang kuat  – macam mana nak bagi kuat semangat? haa..nasib baik ramai  kawan-kawan blogger selalu singgah..semangatlah tuh! kan?
  4. Guna template@themes yang menarik – adeh, ni yang rase nak tukar theme lagi ni..hihi
  5. Mendapat restu insan tersayang – jangan lupe bagitau suami@isteri apa yang anda buat. Nanti ada yang jeles pula..hehe
  6. Jangan lupa baca blog-blog yang glamer dan tinggalkan komen serta belajar sesuatu dari blog tersebut – macam blog Rohaizad, Kak Jie
  7. Update blog sekerap yang mungkin – adeh, panas rase telinga!hihi..
  8. Bolehlah start daftar di mana-mana agensi pengiklanan macam Nuffnang, Advertlets, dan sebagainya.
  9. Kena banyak membaca untuk jadi lebih kreatif.

Macam mana? Harapnya, kita semua dapat sesuatu yang berharga dari perkongsian beliau.

® hafizmd – dan jangan lupa juga, apa niat dan objektif kita berblogging, kalau boleh, biarlah ada juga niat untuk memberi manfaat dan faedah bersama yer, bersama menjadi da’ei..

Rujukan: harian metro