Lagi kes buang bayi!!!
Nota: Harap maaf. Entri kali ni akan menggunakan kata ganti nama diri “Aku”. Sebab? Sebab aku tengah bengang dan geram! Cuba tengok gambar ni..

Mama, apa dosa saya??
Belek-belek tajuk akhbar hari ni. Ade lagi kes buang bayi di Sungai Choh, Hulu Selangor. Aku memang cukup geram dan sakit hati. Dalam kita semua sibuk-sibuk Kempen Kami Prihatin, ade lagi yang dengan selamba buat kerja tak bertamadun dan tak berakhlak dengan buang bayi. Sudahlah dosa mengandung tanpa nikah belum terhapus, ditambah lagi dosa buang anak yang tak berdosa. Ibarat sudah jatuh tangga, dihempap kren pula.
Kalau dikira-kira dan diambil statistik, aku cukup yakin yang kes-kes macam ni berlambak dan tak menang tangan untuk dikira dan dicatat. Akupun makin keliru dan tak faham, adakah remaja sekarang (yang terlibat) dah takde lagi akal fikiran? atau mereka memang sudah hilang kewarasan? atau sudah menjadi manusia bertopengkan syaitan?
Pagi tadi, dalam perjalanan ke pejabat, sempat juga layan Kempen Kami Prihatin di radio IKIM. Ramai yang telefon bercakap itu ini. Semuanya menyatakan perasaan yang sama iaitu sedeh dan kecewa dengan kes-kes sebegini yang semakin merobek sifat kemanusiaan. Ramai juga yang bagi pendapat kenapa dan bagaimana nak tangani masalah ni dari terus berlaku.
Antara sebab yang mereka nyatakan seperti;
- Parents sekarang sibuk mengejar harta dunia sampai lupa anak-anak. Hampir semua tugas ‘parenting’ sudah bertukar tangan kepada ‘maid’.
- Parents tak tunjuk model yang baik. Anak-anak dah cukup bagus dihantar ke taska/sekolah yang mengajar lengkap etika pemakaian dan akhlak, tapi parents sendiri pakai baju tak cukup kain. Kalau kami ke shopping complex, mesti jumpa parents yang spesis pelik macam ni. Bapaknya berseluar pendek, maknye berseluar ketat tak ingat. Anaknya? Apa yang kite jangkakan? Bertudung litup ke?
- Parents terlampau lemah dalam aspek ‘parenting’. Ada yang kata, parents takut nak tegur anak-anak kalau tengok anak-anak berpakaian atau berkelakuan tak senonoh. Betul tak? Kita boleh tengok sendiri. Kalau keluar ke mana-mana, mesti jumpa punya. Mak dan ayah dah cukup cantik pakaiannya, tapi anak pakai baju dengan seluar yang tak berapa cukup sifat. Tak berani tegur ke? atau takut anak lari dari rumah?
- Ada juga yang salahkan masyarakat sebab tak ambil peduli.
- Ada juga yang meletakkan ianya bergantung kepada diri sendiri. Semuanya kerna diri sendiri. Kalau sayang diri sendiri, mesti takkan berlaku perkara-perkara sebegini.
- Kegagalan dasar kerajaan sejak dulu untuk menangani isu-isu sebegini.
- Kegagalan peranan media massa, dan lain-lain lagi.
Pada aku, kalau kita hanya terus tuding jari mencari salah orang, ia tetap takkan selesaikan masalah. Tapi, apa yang lebih penting sekarang ialah mencari solusi yang lebih ampuh dan macam mana kita nak sedarkan anak-anak kita, adik-adik kita, kakak-kakak kita, abang-abang kita, masyarakat sekeliling kita dan yang lebih penting adalah diri kita sendiri!
Ini satu isu yang amat besar. Adakah kita mahu negara kita penuh dengan gejala sebegini? Apa kata anda?
Diakhirnya, solusi ampuh itu ada dalam pegangan agama kita sendiri. Jika kita boleh menjadi muslim yang mu’min, muslimah yang mu’minah, insyaAllah kita pasti selamat.
Dari Anas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bertemu Abu Zar RA. Baginda SAW telah bersabda:
“Abu Zar, mahukah aku khabarkan kepadamu dua perkara yang mana mengamalkannya adalah terlalu mudah dan sangat berat pada neraca timbangan berbanding amalan lain?”
Abu Zar RA telah berkata: “Ya Rasullullah, khabarkanlah”
Baginda SAW bersabda:
“Biasakanlah diri untuk berakhlak mulia dan berdiam diri. Demi zat yang jiwa Muhammaad SAW ditangannya! tidak ada amalan yang dilakukan oleh semua makhluk yang sebaik-baik kedua-dua amalan ini.”
(Hadith riwayat Al-Baihaqi)
® hafizmd – bersama menyokong Kempen Kami Prihatin dan bersama memperbaiki kelemahan diri.
Artikel lain yang mungkin anda minat..
Tagged with: anak luar nikah • apa sudah jadi • buang bayi • kempen jangan buang bayi • kempen kami prihatin • remaja sudah mengandung luar nikah
Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!






lau citer pasal ni saya pun cukup marah.. sanggup mak die buat camtu.. cam nak ketuk2 aje mak die tu.. macam mana leh takde rasa bersalah & syg sikit pun pda baby yg tak bersalah tu..
saya rasa punca nya dari diri sndiri.. sbb lau mak ayah jaga, kate mak ayah mngongkong.. bila tak jaga kata tak syang.. sibuk kerja.. tah la.. jadi diri sendiri kena tau tahap diri tu katne.. lau dah tau tak cukup ilmu agama, kena cari.. jgn igt seronok jer.. yg rugi pompuan la terutamanya..
mungkin ptut buat DNA bank.. so, sesape yg buat leh ditngkap.. apa pun, sepatutnya kita perlu mcegah dari mrawat..
fiezaradzi´s last blog ..Fenomena Digital
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
April 12th, 2010 at 5:08 pm
memang cukuo sakit hati..kalau boleh..buat same macam yg dia buat kat baby tuh..sumbat dalam beg plastik, bungkus dalm paper..buang dalam tong sampah..baru tahu!!
mak ayah mesti buat yg terbaik utk anak2…jadinye…wahai anak2..jgnla kite asyik fikir kite ajer yg betul..dan fikir nak seronok ajer..
p/s – bank dna mmg perlu wujud kat malaysia ni..
[Balas Komen Ini]
salam~
bg sy, sy memilih menyalahkan individu itu sendiri.. jgn nak salahkan mak bapak, dorg dah cukup menyediakan kita sebagai anak2 ngan kasih sayang walaupun mereka kurang ada quality time ngan kita.. dorg xpernah nak suh kita jd bohsia, bohjan atau sebagainya.. betul tak?? ada ke mak bapak yg nak suh anak2 dorg jd mcm 2?? kalo ada, mmg mak bapak tu ada masalah mental..
apa pun, individu tu yg slah.. sndiri pikir ar salah atau betul setiap tindakan kita.. tepuk dada tnya iman..
Lp Lum´s last blog ..Terima Kasih Semua.. Moga Berjumpa Lagi…
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
April 12th, 2010 at 5:06 pm
ada point di sini..diri sendri juge akhirnya yg tentukan siapa yg kita nak jadi..mcam lp_lum cakapla..kalau die nak jadi bohsia, die p kawan ngn orang2 jenis macam nie..mesti jadi punye..kalau die nk jadi baik..paling kurang berkawan dengan orang yg berakhlak…pandai pilih kawan itu penting…
p/s – jgn sampai tepuk dahi kerana sudah terkene..wana’uzubillah
[Balas Komen Ini]
salam..
terkadang menitik tgok air mata bayi yag tak berdosa ini d buang bgtu shja.
aurat, pergaulan, , pertalian antara keluaraga,didikan agma haruslah seiring dalam membentuk jati diri ank dan bukannya speti melepaskan batuk di tangga..
mrka yg bersalah harus di hukumi.jgn sesekali biarkan mrka terlepas..
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
April 12th, 2010 at 5:03 pm
utk membendung kes2 camni..pertalian yg suri nyatakan memang perlu diamik kira..kalau tak..memang makin merumitkan keadaan..
p/s – biasanye, yg si jantan selalu cuci tangan..yg merana..si gadis yang sudah hilang gadisnya..wana’uzubillah
[Balas Komen Ini]
suri
Reply:
April 13th, 2010 at 2:35 pm
@hafizmd, hu..btul tu..klu sama2 nak tanggungjwb oklah sikit..geram btul lah…
suri´s last blog ..Tips Mengatasi Masalah Dengkuran
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
April 13th, 2010 at 8:23 pm
@suri, adakah ini petande ramai lelaki makin kurang berkualiti?oh!tidak..hehe
[Balas Komen Ini]
inilah tanda2 akhir zaman..
nak tuding jari dkt sapa2 pun dah tak guna kalau aktiviti2 yg boleh menjerumuskan seseorang ke arah maksiat masih berleluasa..
kdg2 parents bagi didikan agama yg cukup dkt anak2..tapi bila anak2 dah bergaul dgn rakan2 diluar, semuanya dilupakan dek mengejar keseronokan..
pucuk pangkalnya, anak2 mesti tahu batas2 dalam pergaulan..
Nadri´s last blog ..Anai-Anai & Al-Quran
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
April 12th, 2010 at 5:01 pm
sgtlah setuju dan tepat..kempen yg dianjurkan contohnya kempen kami prihatin mmg cukup bagus tapi kalau dalam mase yg same..aktiviti2 seperti lambakan hiburan melampau, pesta2 sambutan tertentu yg melampau seiring naiknye..rasenye same saje..
pucuk pangkalnye..macam en nadri katelah..anak2 mesti tahu batasnye…
[Balas Komen Ini]
erm terlalu mengejar dunia… lupa nak mendidik anak2..setuju.. kena belajar lagi ilmu kekeluargaan nie… walau sibuk mana pun kena amik berat pasal keluarga … tak gitu bro..
zik´s last blog ..Negeri 9 menjulang piala FA Malaysia!
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
April 12th, 2010 at 4:59 pm
betul tuh zik..duit bukan segala2nya walaupun hampir semua benda perlukan duit..mase berkualiti ngn famili perlu kite titikberatkan…samee kite belajr yer..
[Balas Komen Ini]
apalah nak jadi dengan dunia sekarang. hampir setiap hari ada kes-kes macam ni… tapi betul jugak, ada parents sekarang yang dah tersasar dari ajaran Islam. kalau dah parents macam itu, anak2 apatah lagi….
Amir´s last blog ..Harga dan Nilai Sebuah Persahabatan
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
April 12th, 2010 at 4:57 pm
itu yg saye takut dan risau..mendidik dan membesarkan anak sekarang agaknye lebih membimbangkan dan mencabar..moge semua parents diberi rahmat dan kekuatan utk bimbing keluarge ke arah yang didhaiNYA..ameen…
p/s – kalau mak bapak dah semacam ajer peliknye..moge anak2nye tidak terikut same..
[Balas Komen Ini]
Satu je bagi saya.. Setiap manusia lahir dengan akal fikiran. Andai kata ibu bapa tidak cukup mendidik kita tentang agama, kita masih ada akal untuk timbang baik buruk tindakan kita sendiri.
Kesimpulannya, mereka2 yang buat perkara keji mcm ni mungkin dah kehilangan akal mereka. Kita just boleh doa yang kita dijauhkan daripada melakukan benda yang sama. amin..
Dila.13´s last blog ..Freelance Gig Update!
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
April 12th, 2010 at 4:55 pm
Betul3..yang bezakan kite dgn makhluk lain pastinya kurniaan akal..tapi kalau ade manusia yang bersifat camni..boleh dikatekan kurang gune akal..moge kite dijauhkan dari benda2 camni..ameen..
[Balas Komen Ini]
Dila.13
Reply:
April 14th, 2010 at 5:27 am
@hafizmd, jadi, yang mana satu yang patut kita sokong? datuk shahrizat nak propose buka pusat jagaan untuk perempuan yang mengandungkan anak luar nikah atau sokong pembuangan bayi berleluasa? mungkin ramai tak sedar betapa rumah jagaan tu salah satu solution untuk hal ini. bukan “penggalak” maksiat sepertu yang ramai dok canang. so, tepuk dada tanyalah iman. nak educate sorang demi sorang mungkin dah terlambat. just my 2 cents
Dila.13´s last blog ..Freelance Gig Update!
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
April 14th, 2010 at 12:09 pm
@Dila.13, kalau nak diikutkan..kalau tak buat rumah tuh pun..maksiat tetap juge berlaku selagi ade sumber dan tiada kawalan mahupun kesedaran..jadi langkah proposal shahrizat ade baiknye dalam membendung gejala buang bayi..mengurangkan maksiat mungkin kurang berkesan..tapi untuk mengatakan ianya akan menggalakkan aktiviti maksiat..rasenye tidak tepat..tepuk dada tanyelah iman..
p/s – moge rumah tuh juge berfungsi sbg pusat khidmat bantuan kpd remaja2 yg bermasalah..
[Balas Komen Ini]
secret person Reply:
August 24th, 2010 at 2:29 pm
sepatut nya ibu bapa memainkan peranan ni x bebas kn anak p mrayau je. anak laki pun kna jga gak jgn smpai rosakkan anak anak dara org………………………
[Balas Komen Ini]
terlalu mengikut nafsu dan godaan syaitan..inilah akibatnya.
Bb Hussain´s last blog ..Spaghetti Bolognese & Sambal Gulai Tempoyak
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
April 12th, 2010 at 4:53 pm
Benar tu Bb Hussain..angkara nafsu mengatasi iman..semua diredah tanpa berfikir panjang..
[Balas Komen Ini]
hmmm. mase ni p0m kes cam ni dah berleluasa.
es0k2 apatah lagi ?
nauzubillah
mintak2 Xtjadi kat kaum kerabat kita 
miss lolly´s last blog ..Aku terkena GANGGUAN SEKSUAL ! hell you.
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
April 13th, 2010 at 8:25 pm
@miss lolly, wanauzubillah..itulah..mmg makin menakutkan..moge kite amik teladan dan pengajaran..
[Balas Komen Ini]
ish..tak tau nak cakap apa dah, makin dibuat kempen makin berani dan ada idea deme tu nak buang bayi yg tak berdosa…
etomyam´s last blog ..Seram: Rumah Aku Ada Hantu?
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
April 13th, 2010 at 8:25 pm
@etomyam, makin dibuat, makin menjadi-jadi..tak buat..lagi parah diorang ni..moge remaja2 lebih bijak dalam erti kate sebenar..
[Balas Komen Ini]
salam singah… sedih betul…bila iman dan akal dikuasai nafsu dan syaitan…
mancai´s last blog ..speedtest untuk hosting
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
April 13th, 2010 at 8:26 pm
@mancai, betul tu mancai..ini sebab nafsu dah mengatasi iman dan akal..
[Balas Komen Ini]
ni yg aku bengang ni… x habis2 lagi!! apa dh gila kh semua org Malaysia ini? kalau nak buang puj letak je lah kt pintu2 surau ke masjid ke..buang kt mama aku ke.. boleh aku ade adik kecil seorang lagi! jgn lh buang sesukahati diaorang! buat tahu, nak buang x tahu.. bodoh punya org!!
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
April 14th, 2010 at 12:11 pm
@Hafiz Mohd, uish..marah bonar bro..bile nafsu dah atasi segalanya..inilah yg jadi..mase berseronok, tak ingat ape dah..main redah ajer..akhirnya diri sendiri yg tanggung azabnye nanti..
p/s – hehe..belum semua orang Malaysia kite gile, hanye yg terlibat ut saje dah kurang waras..
[Balas Komen Ini]
mmg sedih bila tgk berita2 mcmneh .. sampai bilakah pekara ini akan terus terjadi???
marki´s last blog ..Bahang Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 17 Semakin Dirasai
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
April 14th, 2010 at 12:14 pm
@marki, sedeh mmg sedeh bro..tapi benda ttp akan menjalar ibarat api dalam sekam..memusnah anak bangsa seagama kite sikit demi sikit..semua pihak perlu lebih serius dalam isu ni..bukan setakat kementerian tertentu, badan NGO tertentu, atau masyarakat tertentu..kite semua harus bangkit dan berani..
p/s – moge kite diberi kekuatan utk tegur dan same2 baiki diri..huhu
[Balas Komen Ini]
patut kat hotel kena ada signboard cmni ’sila pakai kondom kalau nak main’.
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
April 14th, 2010 at 12:14 pm
@x-po, agaknyela bro..baru diorang rase semacam ajer..adeh..
[Balas Komen Ini]
ery
Reply:
April 15th, 2010 at 1:14 pm
@x-po, aku setuju..
pakai la kondom… bangang tol ~
ery´s last blog ..Drama Keluarga Kucing
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
April 15th, 2010 at 4:25 pm
nampaknya idea ko dah mendapat persetujuan ahli kabinet ni..hehehe
[Balas Komen Ini]
sy zul Reply:
August 26th, 2010 at 4:01 pm
@hafizmd, ishh….pakai kondom pun tapi kalau dah over power menjadi jugak
[Balas Komen Ini]
amboi diorang ni… melampau dah ni..
ingat anak tu anak patung ke hah??
xde perasaan langsung…
kalau betul tak nak..
apsal x gugurkan je…
at least xde lah sempat bernyawa…
ery´s last blog ..Drama Keluarga Kucing
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
April 15th, 2010 at 4:26 pm
ni la masalahnye bro diorang nie..mase buat kerje tak senonoh tu dulu..tak fikir ape akan berlaku.bile dah pregnant, baru susah hati, then akhirnya dibuang juga bayi yang tak berdosa tu..sungguh kejam dan tak berperikemanusiaan..
[Balas Komen Ini]
Ini adalah salah 1 petanda dunia akhir zaman.
Nak bendung pun sudah agak terlambat juga.
Ramai yg bersalah dalam hal ini.
Yang penting, kita jangan turut membuat perkara terkutuk ini dan cuba nasihatkan kenalan ataupun saudara lain menjauhi drpd melakukan maksiat.
aktechpage.com´s last blog ..eBook LY-EB01: Netbook Termurah di Dunia???
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
April 15th, 2010 at 4:24 pm
Betulla bro, moge kite terus perbaiki kelemahan diri dan sama-sama nasihat menasihati..
[Balas Komen Ini]
ya aku pun cukup bengang dengan isu ni
dimana nilai kasih sayang?
entah ada lagi bayi yang dibuang dan tidak ditemui
Wan Perlis´s last blog ..Perspektif Aku Tentang Isu Pembuangan Bayi
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
April 19th, 2010 at 4:50 pm
@Wan Perlis, nilai kasih syg dah hilang dek kerna nafsu menguasai hati dan fikiran, mengatasi iman..sungguh sedih.
[Balas Komen Ini]
Negara kita dah semakin menuju kemusnahan kerna bila benda begini terjadi menunjukkan maksiat di negara kita sudah tidak mampu dibendung lagi..
nuaeman´s last blog ..Negara Kita Negara Orang
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
April 19th, 2010 at 4:51 pm
@nuaeman, seiring menuju akjir zaman..moge kite tergolong dalam golongan yg dirahmati Allah jua..ameen
[Balas Komen Ini]
Sebab apa orang buang bayi? Sebab maksiat. Nak elakkan maksiat? Cara terbaik adalah dengan ikut undang-undang Allah. Insya Allah berkesan. Setakat buat akta, talian Nur, ceramah, motivasi dan sebagainya. Mungkin kesannya hanya 1%.
imran´s last blog ..Netbook Percuma
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
May 10th, 2010 at 1:23 am
@imran, betul tu..mudah-mudahan akan tercapai jua nanti..
p/s-tapi oklah juge drpd takde langung inisiatif..
hafizmd´s last blog ..5 tips di bilik tidur..
[Balas Komen Ini]
Salam, bukala mata seketika dan renungkan kejadian yang berlaku akhir2 ini…apa yg dapat sy katakan dekatkan diri kita pada Tuhan,berusahalah utk jadikan keluarga kita ini kebal dari godaan..terlalu banyak yang berlaku menunjukkan dunia ini semakin hampir ke penghujungnya. entah bila akan terjadinnya ‘KUN FAYA KUN” terlalu hampir rasanya seruan itu..
apapun yang berlaku memang telah ditakdirkan..menunjukkan manusia ini terlalu ego dan mencabar kuasa tuhannya,sy hanya perpegang apa yang berlaku sebenarnya banyak yang tersirat..yang hanya menjadi rahsia Allah.
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
August 26th, 2010 at 5:03 pm
@ine, benar ine..setiap benda yg berlaku itu pasti ade yg tersirat disebalik yg tersurat itu jelas dan nyata..ape yg perlu..kite persiapkan diri dan keluarga..kuatkan institusi keluarga..insyaAllah..masyarakat dan negara akan lebih kukuh dan bertakwa..
terima kasih utk pandagan dan nasihat ni..
hafizmd´s last blog ..Sama-sama kita hayati video iniSubhanallah
[Balas Komen Ini]
hrm …ak akan mjadi seorg y pendiam muler dr are ni …kihkih3(;
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
August 26th, 2010 at 5:05 pm
@syiera, syiera..nape nk jadik pendiam plak?ke dah tak tahan ek ngn benda2 yg menyenakkan kepala dan perasaan ni?huhu…
[Balas Komen Ini]