7 Petua Mudah Kempiskan Perut & Kuruskan Badan Tanpa Ubat!

7 petua mudah kuruskan banda tanpa ubat dan selamat

Β Assalamua’laikum.

7 Petua Mudah Kempiskan Perut & Kuruskan Badan Tanpa Ubat! Mudah ke nak kempiskan perut? Ada ke cara dan petua untuk kuruskan badan tanpa makan ubat? Maklumlah, macam-macam ubat kurus badan yang ada di pasaran sekarang sampaikan ada antara kita yang berhabis ratusan mungkin ribuan ringgit untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing lagi menawan macam zaman anak dara atau bujang dulu. Kata orang, kalau nak selesaikan masalah, kenalah tahu apa punca masalah. Jom pakat baca 7 petua mudah untuk kita kempiskan perut dan kuruskan badan tanpa perlu makan ubat.

Apa 7 Petua Mudah Untuk Kuruskan Badan dan Kempiskan Perut?

Untuk tak mengecewakan diri sendiri, petua untuk kuruskan badan dan petua untuk kempiskan perut boroi ini hanya akan berjaya jika kita disiplin dan kuat iman menahan godaan pelbagai jenis makanan yang super enak dan masyuk yang ada di sekitar kita. Ingat yer, apa jua jenis petua dan cara, disiplin tetap nombor satu untuk kita berjaya.

7 petua yang anda boleh cuba untuk kempiskan perut dan dapatkan badan yang lebih kurus berbanding sekarang;

  1. Minum air masak banyak-banyak. Berapa banyak nak minum? Satu lori tangki? Ada yang kata 8 gelas sehari ataupun paling tidak 2 liter sehari. Banyakkan minum air mineral atau air kosong dan kurangkan minum air manis. Cubalah tengok warna urin anda. Kalau jernih/’slightly’ kuning, oklah tu. Kalau kuning sangat, silahlah minum air kosong yer! InshaaAllah minum air kosong juga boleh sebabkan kita rasa kenyang dan kurangkan nafsu makan. Cubalah!
  2. Kualiti senaman. Tak perlu kita nak beli macam-macam mesin. Kalau ada duit, belilah. Kalau tak, cukup kita berjoging pusing taman perumahan. Jangan malu. Bukan mereka yang nak kuruskan badan. Senaman ringkas-ringkas pun cukuplah. Yang penting, kita tahu jenis senaman (kena tanya mereka yang pakar). Lagi elok kita bersenam setiap hari. Biar kita rasa seronok bila bersenam.
  3. Tukar snek. Kurangkan makan kek dan coklat sebagai snek utama kita. Ganti dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pandai-pandailah anda ubahsuai buah dan sayur untuk jadi lebih menarik untuk dimakan. Buah apa? Amalkan makan buah epal, betik, belimbing sebelum anda makan makanan utama.
  4. Ubah cara kita makan. Maksudnya makan perlahan-lahan. Kunyah makanan sampai benar-benar hancur luluh. Mudahkan kerja perut kita untuk hadam. Sebab tu Nabi pesan suruh kunyah 40 kali. Ada hikmahnya kita ikut sunnah Nabi. Kalau makan cepat-cepat, udara boleh terkepung dalam usus. Tu yang jadikan perut kita “buncit angin”.
  5. Tingkatkan dan kekalkan motivasi. Minda yang aktif dan positif penting untuk kita berjaya kuruskan badan & kempiskan perut. Bacalah pengalaman mereka yang berjaya turunkan berat badan. InshaaAllah kita akan lebih bersemangat untuk bersenam dan ikut jadual pemakanan yang teratur. Kalau orang lain boleh kurus, kenapa tidak kita?
  6. Kurangkan garam. Banyak makan garam memang banyak mendatangkan masalah pada badan kita. Darah tinggi tu pun satu! Banyak makan garam akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan tubuh dan boleh lambatkan proses air nak keluar dari sel badan.
  7. Bakar lemak dengan betul. Senaman joging atau main badminton boleh membakar lemak. Jadi elakkan minum air milo dan 100plus. Nanti dah tak berapa berkesan senaman kita tadi.

Ada Cara Lain Untuk Langsingkan Badan & Miliki Badan Yang Menawan Tegap?

Amalkan diet yang sihat. Cara senaman yang tidak melampau, betul kaedahnya sememangnya terbukti boleh kuruskan badan dengan selamat tanpa ubat kurus.

Bukti? Anda lihat sendiri gambar di bawah.

cara kuruskan badan tanpa ubat seminggu
cara kuruskan badan tanpa ubat seminggu

Hanya dengan menjaga diet makan dan senaman yang tepat, kuruskan badan dengan mudah bukan lagi mitos!

Orang dalam gambar di atas sanggup untuk berkongsi rahsia dan cara untuk kuruskan badan. Dia telah dijemput oleh Saudara Kevin Zahri untuk menjadi salah seorang leader dalam projek Jom Kurus. Cukup mengujakan! Betul tak?

Beliau telah menulis sebuah ebook Formula Kurus. Di dalam ebook ini, beliau ada kongsikan beberapa tips dan cara beliau kuruskan badan sampai berjaya. Anda hanya perlu ikut cara-cara yang beliau buat. InsyaAllah, berat idaman anda akan tercapai.

Apa tindakan anda selepas membaca entri ini?

Anda sampai ke entri tips kuruskan badan tanpa ubat ini dengan satu impian iaitu ingin kuruskan badan tanpa perlu makan apa-apa ubat atau supplemen. Maka saya tanya anda lagi sekali. Apa tindakan anda selepas ini?

  1. Adakah anda akan terus google dan google tips-tips lain tentang tips dan cara nak kuruskan badan? Ok. Saya faham, kita memang sentiasa berfikir.
  2. Cuma, sampai bila nak kita terus cari tips dan cara nak kurus? Tapi kita masih lagi depan laptop tak buat apa-apa senaman dan tak tahu nak makan apa esok untuk turunkan berat badan kita. Betul tak?
  3. Membaca tanpa tindakan memang tak akan bawa kita ke mana-mana. Kita tetap akan tak kurus-kurus. Kita tak akan mampu pakai pakaian idaman kita yang bersaiz lebih kecil.
  4. Sampai bila kita nak google dan google tanpa bertindak?

Apa langkah yang perlu kita ambil sekarang untuk kuruskan badan?

  1. Ketahui tahap sebenar kesihatan kita. Kalau boleh, pergi klinik dan check darah. Tengok berapa kadar kolesterol dan lemak dalam badan kita. Senang kita nak pantau sebelum dan selepas. Tekanan darah kita sekarang berapa?
  2. Dah tahu semua benda ni, kita perlu sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan rapat untuk beri semangat. Kalau kuat semangat, sorang-sorang pun boleh jalan. Betul tak?
  3. Kita perlu ilmu untuk kuruskan badan. Ya. Nak berjaya dalam apa jua perkara, ilmu sangat penting. Jadi, jika anda dah google sana-sini, anda mesti pening nak ikut yang mana satu. Betul tak?
  4. Nasihat saya, kalau mampu boleh upah jurulatih untuk bantu anda kuruskan badan. Kalau tak mampu, anda boleh tiru mereka yang dah berjaya kuruskan badan mereka. Bagaimana?
  5. Ok. Saya kenal beberapa figura yang memang benar-benar berjaya ubah hidup mereka 360 darjah. Antaranya ialah penulis Ebook Formula Kurus dan Ebook Teknik Bakar Lemak Pantas.

Kalau anda benar-benar serius nak kuruskan badan, anda perlu dapatkan salinan ebook Formula Pantas ini.

Ebook Formula Kurus – Cara Berkesan Kuruskan Badan

Apa yang didedahkan dalam ebook Formula Kurus ini?

  1. Membina asas otot.
  2. Memastikan pemakanan yang hanya menyumbang pengurangan berat badan. Saya tidak akan menghalang anda makan.
  3. Mengelakkan kecederaan ketika proses mengurangkan berat badan.
  4. Jadual yang terbaik untuk bersenam TANPA perlu menyeksa diri.
  5. Mengawal pemakanan TANPA perlu menyeksa perut.
  6. Paling penting – mengurangkan berat badan dengan optimum – bukan maksimum, supaya kekal kurus selamanya.
  7. Jadual pemakanan secara spesifik dan apa yang saya makan – saya akan dedahkan.

cara cepat mudah kuruskan badan tanpa ubat senaman

DAPATKAN SALINAN EBOOK FORMULA KURUS DI SINI

 

EBOOK TEKNIK BAKAR LEMAK PANTAS

Apa lagi yang anda tunggu? Tunggu dan tunggu tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada berat badan kita.

Hanya ilmu, tindakan, kuat semangat, tak mudah putus asa akan membawa kejayaan mengurangkan berat badan dan mencapai berat yang ideal.

Saya doakan anda membuat keputusan yang pantas demi kesihatan diri kita sendiri. Tiada yang mampu mengubahnya melainkan kita sendiri yang berusaha untuk kuruskan badan kita!

@hafizmd – 7 Petua Mudah Kempiskan Perut & Kuruskan Badan Tanpa Ubat! Ambepun kenalah lupakan makan laksam dan nasi dagang sokmo-sokmo =)