HAFIZMOHD.COM

Personal, Kerjaya & Affiliate

Belajar Asas Al-Quran dengan Iqra’ Bina

Al-Quran. Nak belajar asas Al-Quran? InsyaAllah, dengan Iqra’ Bina proses pembelajaran jadi lebih mudah dan menyeronokkan. Teringat masa saya budak-budak dulu, antara perkara pertama yang diajar ialah huruf hijaiyyah. Dah kenal huruf hijaiyyah, barulah boleh mulakan dengan huruf berbaris atas, bawah, depan dan seterusnya. Dah kenal baris-baris tu semua, barulah naik kelas sikit, belajar ilmu […]

Rebut Hikmah Ramadhan & Selamat Berpuasa!

Assalamua’laikum. Ramadhan al-Mubarak. Bulan tarbiyyah menjadi manusia yang sebenar-benar manusia. Menunduk nafsu mazzumah yang sentiasa mengajak kita menentang Yang Maha Esa. Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik, dah sampai bulan Ramadhan 2014. Rasa macam baru jer kita puasa, tapi itu tahun lepas. Alhamdulillah. Itu maknanya kita masih diberi peluang untuk mencari keberkatan yang Allah kurniakan dalam […]

Berhenti Maki Hamun Mereka yang Buat Salah!

Assalamua’laikum. Berhenti maki hamun mereka yang buat maksiat! Membenci pelaku maksiat dengan menghina mereka menjauhkan mereka daripada agama. Kita membenci perlakuan maksiat tapi sikap negatif kita membenci pelaku maksiat tanpa disedari menjauhkan mereka daripada agama. Usah dibenci pelaku maksiat. Bagaimana kita harus bertindak? Saya bawakan satu kisah Nabi Isa a.s. dan sorang muridnya. Diceritakan Nabi […]

Belajarlah Untuk Redha…

Assalamua’laikum. Redha. Redha ni maksudnya kita berlapang dada dalam setiap perkara yang Allah berikan kepada kita. Semua perkara termasuk peraturan Allah, qada’ dan sesuatu ketentuan untuk kita sama ada baik mahupun buruk. Kita takde rasa terpaksa atau dipaksa bila buat apa yang Allah tetapkan dan berlapang dada dalam setiap kebaikan dan keburukan yang kita terima. […]

‘9S’ Akhlak Nabi Muhammad SAW Yang Patut Kita Cakna!

Assalamua’laikum. Kerinduan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW memang sewajarnya sentiasa kita pupuk dalam diri kita. Barulah senang untuk kita tunjukkan, didik anak-anak dan isteri kita. “Melentur buluh, biar dari rebungnya” memang tepat yang amat sangat. ‘Demam’ dan kehangatan Maulidur Rasul minggu lepas jangan sesekali kita biar ia hilang macam tu jer. Terutamanya kepada anak-anak kita. […]

Kembara Palestine Jejak Khalifah Umar al-Khattab r.a

Assalamua’laikum. Setelah kalah di kubu Ajnadin, tentera Rom kini tiada pilihan lain selain berkumpul dan berkubu di kubu terakhir mereka iaitu Baitulmuqaddis. Panglima tentera Islam, Amru al-As dengan pantas meminta bantuan seorang lagi panglima Islam, Abu Ubaidah al-Jarrah untuk datang segera membantunya mengepung Baitulmuqaddis. Pengepungan dalam waktu yang panjang akhirnya berjaya melemahkan semangat tentera Rom […]

#CakapYangBaikSaja Memadukan Hati Manusia!

Assalamua’laikum. #CakapYangBaikSaja. Bercakaplah perkara yang elok-elok. InsyaAllah kita akan jadi lebih positif. Lidah kita ni bukan senang nak jaga. Kerana lidah kita yang tebalnya tak sampai seinci, hubungan keluarga boleh putus. Bak pepatah “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.” Inilah kuasa lidah yang Allah berikan sebagai satu senjata yang boleh menjadi madu dan […]

Servis Diri Sempena Madrasah Ramadhan!

Assalamua’laikum. Madrasah Ramadhan. Jika kenderaan kita pun ada jadual servis, apa salahnya malah wajib bagi kita yang bernama manusia ni pun ada jadual servisnya. Elok benar rasanya bulan Ramadhan tahun ni kita pakat bertekad untuk buang mana-mana sifat buruk, perangai kurang elok kita untuk diganti dengan perangai yang lebih baik, disenangi kawan malah lebih best […]

Carilah Cermin Yang Jujur!

Assalamua’laikum. Cari dan jadilah cermin yang jujur. Apa yang bakal ambe tulis adalah peringatan untuk diri sendiri khasnya. Jika ada kebaikan, Alhamdulillah. Jika buruk, tegurlah. Semua tahu sifat cermin memantulkan imej. Imej yang dipantulkan hampir 100% sama dengan objek sebenar. Kalau kita tengok cermin, mesti nampak muka kita. Takdenya nampak muka Cik Kiah sebelah rumah. […]