Assalamua’laikum.

Cuti sekolah dah dekat sangat dah. Mesti ramai yang dah dapat kad jemputan kahwin. Berebut pakat nak kahwin. Alhamdulillah. Menangislah setan-setan bila pasangan berkahwin! Antara misi berkahwin ni, pastinya untuk dapatkan zuriat keturunan. Baby. Tapi, adakalanya pasangan yang baru berkahwin diuji Allah. Isteri tak juga mengandung. “Dilema Menantu Belum Mengandung.” Ada pasangan lain yang “bunting pelamin.” Mudah benar melekat. Rezeki Allah. Usaha tetap kena usaha. Apakah petua untuk hamil bagi pasangan yang sedang berusaha keras?

Petua untuk hamil. Paling penting, jangan putus asa untuk berusaha. Antara perkara yang boleh diusahakan untuk hamil ialah;

1. Dapatkan rawatan. Boleh dicuba apa jua rawatan moden mahupun tradisional. Janji tak melanggar syariat Islam. Awas, kalau ada rawatan yang kena buat perkara pelik seperti “rawatan batin oleh tok bomoh,” ini memang sah penipu besar! Jangan mudah terpedaya atas mereka yang mengambil kesempatan atas keterdesakan pasangan. Rawatan ni, jangan dibiar isteri saja. Suami juga wajib diberi rawatan juga. Dua-dua kena usaha.

2. Doa – Doa petua untuk hamil yang paling elok untuk beramal ialah doa Nabi Zakaria iaitu ayat 89 Surah al-Anbiya & ayat 38 Surah al-Imran. Bacalah doa ni setiap kali selepas solat fardhu dan di waktu doa mustajab. Antaranya antara dua khutbah jumaat, waktu hujan turun dan masa berQiamulail. Lagi satu, sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Pasti Allah melewatkan dikurniakan baby atas sebab tertentu. Diawalkan kurniaan juga dengan sebab tertentu. Ingat, rezeki Allah tak pernah lambat, tak pernah awal. Ianya TEPAT 100%. Yakinlah.

3. Perbanyakkan amalan sunat. Ini juga petua untuk hamil dengan cepat. Perbanyakkan sedekah, solat sunat, tolong orang tanpa mengharap balasan, permudahkan kerja orang lain, bangun malam berqiamulail, banyakkan masa baca al-Quran dan lain-lain amalan.

4. Pelihara diri – Penting juga nak kena jaga diri dari buat dosa-dosa kecil yang berpanjangan. Jangan kita asyik ‘menganyam ketupat’ (mengumpat), tipu kiri kanan dalam kerja kita. Maksudnya, kenalah sentiasa muhasabah diri untuk jadi lebih baik. Dengan ni, insyaAllah Allah akan kurniakan rezekinya kepada mereka yang DIA inginkan.

5. Periksa jadual subur isteri – Ini pun satu hal juga. Kenalah bijak dalam bab kira-kira jadual subur isteri. Jangan rajin “menanam” saja.

  • Bagi isteri yang kitaran haidnya normal, biasanya waktu subur isteri ialah hari ke-10 hingga hari ke-15 dari hari pertama dia haid. Pepandailah yer…
  • Kalau kitaran tak tetap? Dunia dah serba moden. Boleh guna alat OPK (Ovulation Predictor Kits – lebih kurang Rm20 di farmasi). Alat ni akan ukur kadar hormon LH (hormon ni terlibat dalam proses penghasilan telur, ovum). Test dengan alat ni, kalau positif, silalahkan tingkatkan kekerapan hubungan kelamin untuk tingkatkan peluang kehamilan. Boleh baca lagi petua untuk mudah hamil di sini, “5 Petua Untuk Hamil Mudah Berkesan InsyaAllah.”

6. Baca panduan yang lengkap tentang 15 kaedah nak tentukan hari subur, cara pemakanan untuk mudah hamil dan banyak lagi tips dan petua untuk hamil. Kalau minat, boleh ke sini;

Panduan Petua Untuk Hamil Mudah Berkesan InsyaAllah

Akhirnya, penting juga jaga pemakanan dan gaya hidup. Itu juga termasuk dalam ketegori USAHA. Mana yang bakal berkahwin bini muda, diucapkan tahniah dan selamat menjalani kehidupan berumahtangga yang mencabar lagi best!

@hafizmd – Petua untuk hamil tatapan bersama. Usaha usaha usaha. Semoga berjaya. Tahun depan boleh beraya bertiga…

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.