Lupa Nak Guna Plugin TAC Sebelum Pasang Themes Percuma!

bahaya guna themes percuma

Assalamua’laikum.

Themes percuma. Memang best bila dapat godek-godek themes ni. Tapi, dalam pada kita seronok download dan upload themes percuma, ada beberapa perkara nak kena tengok dan periksa. Ambe dalam peringat orang lain, diri sendiri pun lupa nak guna plugin TAC untuk periksa themes ni. Ambe memang tak pandai bab-bab teknikal ni. Nak upah Bro Eizil belum mampu. Jadi, ambe guna plugin ni untuk periksa tahap kesihatan themes sebelum dipasang.

Guna plugin TAC untuk uji tahap kesihatan themes percuma.

kenapa bahaya guna themes percuma cara check

1. Ada encryted code dikesan dalam themes ni. Mungkin takde code bahaya yang disembunyikan tapi demi kasih sayang terhadap blog ni, ambe ambil jalan selamat untuk berasa was-was. Benda was-was ni ambe kita elak (ada .php yang tak boleh diubah dalam themes ni).

2. Ada 3 link yang diletakkan di bahagian footer themes. Kiranya macam link penghargaan kepada pembuat dan penaja themes. Kalau anda tak kisah, takpe kot?

3. Tapi, cuba kalau kita sendiri yang sewakan 3 ruang link tadi. Dapat juga duitnya. Betul tak?

4. Kesimpulan: Ambe akan tukar lagi sekali themes ni kepada themes yang dirasakan lebih selamat selepas melalui tapisan plugin TAC. Gunakan tanpa was-was gitu…hehe

5. Kalau nak download plugin TAC. Sila ke sini, “Download Plugin TAC

Ambe nak gi tukar baju blog ni lagi. Maaf yer sebab memenatkan mata anda dengan jersi baru blog ni.

@hafizmd – Themes percuma. Ambe bukan pakar. Kalau salah, tolong tunjukkan.