Doa Petua Demam Panas & Demam Campak

Assalamua’laikum.
Doa & Petua Kurangkan Demam Panas dan Demam Campak Pada Bayi (Kanak-kanak). Demam sudah dianggap penyakit biasa kepada kita. Demam panas yang terlampau boleh mendatangkan bahaya kepada kita terutamanya kepada bayi atau kanak-kanak. Ada kes suhu yang mencecah 39-40 darjah celsius menyebabkan bayi mengalami sawan tarik. Jom ambe kongsikan beberapa potong doa & amalan serta petua untuk kurangkan suhu di saat kita orang dewasa mahupun bayi dan anak-anak kita mengalami demam panas atau demam campak.
Petua/Doa Merawat Mengurangkan Demam Panas
- Baca surah al-Fatihah sekali.
- Baca selawat ‘Tib iaitu selawat Penyembuh (selawat Syifa’) sekali.
- Baca doa berikut;
Kemudian, hembuskan atas segelas air dan diberi minum kepada bayi/kanak-kanak yang demam panas. Boleh juga dilapkan ke tubuh bayi tadi.
Petua/Doa Menurunkan Panas Badan & Menegeluarkan Campak Di Badan Bayi
- Baca surah al-Fatihah sekali.
- Baca selawat Syifa’ sekali
- Baca ayat 21-24 surah al-Hasyr
Kemudian, hembuskan di atas air sejuk atau air kelapa muda lalu diberi minum kepada bayi yang demam campak tadi.
Petua tambahan untuk mengurangkan demam panas/demam campak pada bayi atau kanak-kanak;
Petua Kurangkan Demam Panas
- Boleh kurangkan panas badan dengan mengjelum (membasahkan) kepala bayi/kanak-kanak. Ambil daun bunga raya atau daun pokok rambutan atau asam jawa (yang ada biji tu)
- Ramas daun tadi dengan air sehingga keluar lendirnya.
- Jelum kepala bayi/kanak-kanak/bapa bayi tadi.
- Ulang beberapa kali.
- InshaaAllah, suhu badan yang panas akan kurang dan reda.
Β Petua Redakan Demam Campak Pada Bayi
- Untuk hilangkan gatal akibat demam campak
halus, gunakan air basuhan beras yang terakhir (jernih) untuk membilas badan bayi yang demam campak. - Boleh diberi minum air kelapa muda hanya setelah bintik-bintik merah campak mulai kelihatan di tapak tangan dan tapak kaki bayi yang demam campak tadi.
Jangan dilupa untuk sentiasa memantau suhu badan bayi/anak-anak. Disarankan untuk menyediakan alat jangkasuhu yang boleh didapati di kebanyakan farmasi dengan harga yang murah. Persediaan ubat-ubatan yang sesuai juga perlu ada (contoh: ubat demam, cold fever dll) juga perlu diberi perhatian.
Inilah sedikit sebanyak usaha, doa dan amalan serta petua meredakan demam panas dan demam campak yang melanda bayi dan anak-anak kita.
Setiap penyakit ada ubatnya. Bersabar juga adalah ubat yang paling manis untuk kita hadami dan praktiskan di saat kita diuji. Andai rakan-rakan punya petua dan tips untuk mengurangkan panas akibat demam, bolehlah berkongi diruang komen di bawah.
@hafizmd – Petua Kurangkan Suhu Demam Panas Demam Campak Pada Bayi & Anak-Anak. Bila anak-anak tak sihat, kita mula rinda pada keletah mereka. Betul tak?
Sumber rujukan: Indahnya Hidup Bersyariat & Pengalaman Penulis
fuhh..aku pernah kena ke tidak..
pun tak tahu pernah kena tak kecik2 dulu…
@fieza, kalau belum kena, org tua2 kata, ada peluang nak kena lagi
mintak jauhlah yer
aik ada juga ikut jawapan sama dia
@titan, belum kot…tu yg kurang kacak tuh…hahahhaa
masa jadi bby mesti pernah
saya mesti korek rahsia ini dri mak dan ayah saya
Sebab zaman semakin maju di kampung saya dah tak ada lagi yang mengamalkan alqurΓ‘n untuk perobatan
Tu yg tak bagus tu. Kena kita beramal sungguh2
saya tahu cuma baca al fatiha berapa kali ke dalam air dan hbus..selawat
artikel yg sgt2 membantu…skang ni cuaca x menentu..ramai yg kena demam panas..
Betul tu. Cuaca kejap panas kejap hujan…budak2pun senang nak kena demam
terutama kanak-kanak dan bayi kecil
mak bapa demam selalu anak2 akan demam dulu baru ibu bapa mereka
Assalamu’alaikum Hafiz.. π
Terimakasih kerana info yang menarik dan memberi manfa’at buat kak Ummi dan semua…bilalaa nak berpantun di blog kak Ummi… π
Waa’laikumussalam kak ummi,
Terima kasih kemabali.
InshaaAllah, terjah jugak ke blog akak =)
daha da note dr kak ummie heeee
Emm dulu anak saya ada deman panas biasa jer..mujur lah tak kena demam panas yang melampau..terima kasih bro atas perkongsian ni..hehe..boleh dijadikan rujukan pada saya kelak..
Moga anak bro Pk sihat dan aktif sokmo.
Elok jugak, ambe pun samalah…nak kena beramal
usia bayi ke 7 tahun ke bawah kena kena berjaga lebih sikit..bab2 panas dalam badan buka blh buat main2
haah betul tu bila anak sakit kita kesian dan rindu nak main dengan dia
Jadi, bila anak sihat,kenalah kita layan baik2..tak gitu bro?
rindu dan mula sayu bila kta pernah marahkan dia
pengalaman itu sy bru dpt kutip awl tahun 2013 mmg agak sedih tgo anak kena demam campak huhu..
Asam garam ibubapa. Anak2 demam campak ni, gatal dan susah nak tidur…tu yg kesian tu
bila anak2 demam ibu bapa tak senag duduk klu pi jbt rasanya deras2 nak balik rumh tgok anak
Betul tu suri. Serba tak jadi kerjanya
bagus perkongsian ini bro, bolehlah nanti diamalkan
Terima kasih bro. Sama2 kita beramal
ibu bapa mesti tahu serba sedikit akan hal ini
betul tu bila anak kecik deman buat kita macam nak demam jugak. moga amalan ini dapat membantu, insyaAllah
InshaaAllah.
Demam ni kalau dibiar, bahaya…takut anak2 tarik
Bila anak demam sunyi je rumah dengan gelagat nakal dan mulut yang berceloteh..
Mulalah kitapun kurang ceria
wah kebetulan sungguh.. baru semalam mengamalkannya..
alhamdulilah skrg ini mulai sihat.. hehehe
Alhamdulillah. Moga bang maza sihat sokmo =)
wah dah guna nampak mujarab tu
Panduan yang berguna terutama pasangan muda yang tinggal berjauhan dari orang tua2…… sesekali pandang kebelakang perlu untuk mengatur langkah kedepan dengan lebih berkeyakinan….. ingat yang memberi sakit dan memberi sembuh Allah tugas manusia adalah berusaha laksana perintah Allah sesempurna mungkin termasuk mencari ubat untuk sembuh penyakit dan berserah ketentuan Allah dengan sabar.
Betul tu. Tiap segala sesuatu pasti Allah berikan penawarnya =)
mencuba selagi terdaya kita berdoa sahaja dan jangan putus harapan
Doa dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis pilihan Nabi Muhammad
amat baik dalam perubatan.
Sama-sama kita amalkan. π
InshaaAllah. Inilah senjata utama kita
semua rahsia itu ada dalam quran
bagus perkongsian ni..bila anak-anak sakit, memang makpak nya risau..
sudah pasti…tidurpun tak cukup nanti
Teringat kecil-kecil dulu. Umi saya selalu jelum. π
Bestkan? Bila mak kita jelum, inshaaAllah cepat jer baik
pernah dengar pasal doa ni. tapi tak amalkan jadi lupa balek. hmm
hehe..biasalah bro..kita mmg camtu..tahu tp bila tak buat, mmg cepat lupa
Info yg bagus bro, terutamanya utk ibubapa muda….
Ibubapa muda yg berjauhan dgn mak ayah…nak kena pandai berdikari
takde perkara yang lebih menyenangkan hati ibubapa selain dari anak-anak membesar dengan sihat..
Setuju 200%
terima kasih atas perkongsian… menarik… banyak boleh praktik ni..
Silakan. hehe
petua ni semua bagus klu cuba amalkan.mana tau salah satu berkesan..kita ikhtiar je,yg menyembuhkan Allah jua..:)
Betul. Usaha ttp kena usaha
tambah kalau cam saya ada 1 org cahayamata
Bagi saya pulak bila anak-anak demam saya akan galakkan mereka mandi macam biasa. Kerana air adalah terapi semulajadi untuk tubuh, tapi kalau demam campak rasanya petua paling mujarab ialah minum air kelapa dan kemudian mandikan anak juga dengan air kelapa walaupun sekali. Gunanya untuk menghilangkan bekas parut campak tu.
Setuju. Teringat pesan moyang ambe yg pesan kat parents supaya mandi paling tidak 3 kali sehari.
Terima kasih Lynn utk petua demam campak ni
saya selalu buat itu.kalau dpt air kolah sejuk saya mandikan sahaja sb doc izinkan..
elok juga ada perkongsian ni.. salah satu alternatif perubatan..
maklumlah anak2 kecil memang selalu diserang demam panas.. kalau nak harapkan hospital saja tak boleh juga terutama kalau duduk jauh dengan hospital
Itulah. Sebelum sampai hospital, ada baiknya kita ikhtiar dgn doa. Doa ttp senjata utama kita
kalau anak2 demam, mmg biasanya mak ayah tak tidur malam.. takut tinggi sgt demamnya..
bagus perkongsian ni, mudah2 an sihat anak2 selalu..
Itu mmg pasti =)
Petua kurangkan demam panas atau demam campak ni mmg nak kena belajar juga. Baru boleh jadi super daddy =)
elok sgt amalkan ni, sebagai persediaan awal π
Betul tu. Doa2 ni nak kena amalkan, inshaaAllah menjadi =)
pentingnya ada ilmu dalam diri
molek sangat untuk diamalkan bersama
aku sendiri tak tahu pernah kena demam campak atau tidak
Imun dah kuat dah..jadi mungkin agak sukar dah nak kena =)
terima kasih cikgu, petua kurangkan demam campak ni mmg nak kena tahu jugak..nak2 org maacm ambe ni yg duduk jauh ngn parents
Kecik kecik kena dah. Terseksa badan. Selamat kena masa kecik, so parut parut tak nampak bila besar le ni.
Parut deman campak. Demam panas dop kena lagi. π
@TQZ, ooo..parut dmm campak ek..hehe..samalah kita..ada jugak parut sbb kena hujan
hehe..kalau dah kena, biasanya dah selamatlah..
Insya Allah dengan memanjatkan doa2 diatas sakit demam dan campak bisa berangsur-angsur pulih π
saye sekarang tengah demam campak..kawan n warden saye cakap jangan mandi nanti makin teruk betol kew??