Jadual Siaran Langsung Piala FA Suku Akhir 6 April 2013

Assalamua’laikum.

Jadual Siaran Langsung Piala FA Suku Akhir 6 April Astro Arena 801 & 802. Perlawanan suku akhir pertama Piala FA bakal menemukan 8 pasukan. Selangor, Johor DT, Kelantan, Terengganu, N. Sembilan, Sarawak, Sime Darby dan Pahang. Perlawanan tumpuan pastinya terarah kepada pertembungan Johor DT vs Selangor dan Kelantan vs Sarawak. Pasukan pilihan anda?

1. Siaran Langsung Piala FA Suku Akhir Pertama Astro Arena

Dua perlawanan siaran langsung di Astro Arena ialah;

  • Kelantan vs Sarawak. 6 April. 8.00 malam. Astro Arena 801
  • Johor DT vs Selangor. 6 April. 8.45 malam. Astro Arena 802.

jadual siaran langsung piala FA suku akhir pertama 6 apil

2. Live streaming Piala FA Suku Akhir

Tonton live di sini –> Link live streaming Johor Dt vs Selangor & Kelantan vs Sarawak

3. Perlawanan suku akhir lain Piala FA;

  • N. Sembilan vs Terengganu
  • Pahang vs Sime Darby

4. Khidmat terakhir Guiza dalam pasukan Johor DT pasti akan dikenang seluruh penyokong setia Harimau Selatan. Del Nero juga pada ambe antara pemain import yang cukup berkualiti. Sama seperti Guiza.

5. Terbaru, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletak jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ). Mungkin untuk ‘meredakan’ situasi panas yang melanda TMJ selepas pergantungan 6 bulan.

6. Skuad Hoben Jang Hoben yang menghuni kelompok bawah Liga Super pasti akan mencari tonik terbaik beraksi di tempat sendiri menentang Penyu yang terluka akibat tewas di taring Harimau Selatan dalam aksi Liga Super yang lalu. Piala FA pasti menjadi ubat terbaik buat dua pasukan seolah-olah kehilangan rentak musim ini.

6. Selangor punyai rekod baik ke atas Johor DT (pertemuan terakhir Selangor menang 4-1) pastinya bermisi untuk bangkit selepas tewas 1-2 kepada Sa Gon Xuan Thanh sebentar tadi dalam saingan Piala AFC.

7. Turut mencuri tumpuan ialah finalist Piala FA tahun lalu iaitu Sime Darby dan pasukan Sarawak. Mungkin Sarawak mampu memberi kejutan terbesar tahun ni.

8. Ayuh, pakat ramai-ramai kita memeriahkan stadium dengan sokongan kepada pasukan masing-masing. Kalau tak, boleh layan di Astro Arena, live streaming atau di saluran RTM1 (akan cuba dikemaskini secepat mungkin).

@hafizmd – Jadual Siaran Langsung Piala FA Suku Akhir 6 April 2013. Demam kempen semakin hampir!