Menang Contest Kaca Mata PapaMifz.com

Assalamua’laikum.

Menang Contest Kaca Mata PapaMifz.com. Alhamdulillah. Terima kasih kepada PapaMifz, isterinya dan rakan PM kerana telah memilih entri ambe yang ini; Contest Kaca Mata PapaMifz.com sebagai pemenang utama contest. Memang ambe tak jangka, entri santai pengalaman pertama ambe memakai kaca mata menjadi pilihan juri. Rezki Allah memang tak terduga.

Ambe memang tak sempat jenguk entri pengumuman “Pemenang Contest Kaca Mata Papamifz.com” sehinggalah pagi ni Bro Asyrof Asri dan Puan Sukma menyapa di ruang komen. Macam tak percaya. Maklumlah, ramai blogger yang berentap dengan entri mereka cukup menarik, cukup rempah ratusnya.

Hadiah Utama – Hafizmohd.com

Hadiah Kedua – Umikasum.blogspot.com

Hadiah Ketiga – Hanhanis.com

Apa rahsia entri ambe menang?

  • Pertama, ia memang sudah menjadi rezki ambe yang Allah tentukan melalui contest kaca mata ni. Alhamdulillah.
  • Ini kali pertama atau kedua ambe menang contest yang memilih pemenang berdasarkan penulisan@review.
  • Jadi, ambe takde apa-apa rahsia cuma mungkin masa menulis ni, ambe tulis sepenuh jiwa. Meluah apa yang ambe benar-benar rasa saat mula-mula pakai kaca mata. Apa yang ambe tulis untuk contest ni adalah pengalaman sebenar (termasuk usaha kakak angkat tu ‘mengusha’ ambe..hahaha).
  • Jadi, benarlah kata-kata Bro Titan yang pesan kalau nak menang contest bercorak penulisan, kena tulis cukup rasa cukup jiwanya (tagline dia: “cukup makan cendolnya! kat entri mana dia tulis, ambepun tak ingat daaa….).

Ambe masih lagi teruja menang contest. Kiranya inilah antara kemenangan paling besor yang ambe pernah dapat sepanjang berblogging. Terima kasih lagi sekali pada PapaMifz.com, isteri dan rakan PM. Moga semakin dimurahkan rezki. Mana tau, ada lagi contest hebat yang akan menyusul. Kita tunggu dan sama-sama beri sokongan selagi terdaya kepada rakan blogger.

Besar kemungkinan, andai kedai optik PapaMifz berhampiran dengan kawasan liputan ambe, ambe akan terjah kedai beliau dan mungkin juga ada review khas untuk kedai optiknya =)

@hafizmd – Menang Contest Kaca Mata PapaMifz.com. Boleh baca entri ambe berkaca mata –> Entri Bertuah Kontest Kaca Mata