Doa Petua Demam Panas & Demam Campak

petua kurangkan demam panas pada bayi anak-anak

Assalamua’laikum.

Doa & Petua Kurangkan Demam Panas dan Demam Campak Pada Bayi (Kanak-kanak). Demam sudah dianggap penyakit biasa kepada kita. Demam panas yang terlampau boleh mendatangkan bahaya kepada kita terutamanya kepada bayi atau kanak-kanak. Ada kes suhu yang mencecah 39-40 darjah celsius menyebabkan bayi mengalami sawan tarik. Jom ambe kongsikan beberapa potong doa & amalan serta petua untuk kurangkan suhu di saat kita orang dewasa mahupun bayi dan anak-anak kita mengalami demam panas atau demam campak.

Petua/Doa Merawat Mengurangkan Demam Panas

      1. Baca surah al-Fatihah sekali.
      2. Baca selawat ‘Tib iaitu selawat Penyembuh (selawat Syifa’) sekali.
      3. Baca doa berikut;

doa petua kurangkan demam panas demam campak bayi

Kemudian, hembuskan atas segelas air dan diberi minum kepada bayi/kanak-kanak yang demam panas. Boleh juga dilapkan ke tubuh bayi tadi.

Petua/Doa Menurunkan Panas Badan & Menegeluarkan Campak Di Badan Bayi

  1. Baca surah al-Fatihah sekali.
  2. Baca selawat Syifa’ sekali
  3. Baca ayat 21-24 surah al-Hasyr

Kemudian, hembuskan di atas air sejuk atau air kelapa muda lalu diberi minum kepada bayi yang demam campak tadi.

Petua tambahan untuk mengurangkan demam panas/demam campak pada bayi atau kanak-kanak;

Petua Kurangkan Demam Panas

  • Boleh kurangkan panas badan dengan mengjelum (membasahkan) kepala bayi/kanak-kanak. Ambil daun bunga raya atau daun pokok rambutan atau asam jawa (yang ada biji tu)
  • Ramas daun tadi dengan air sehingga keluar lendirnya.
  • Jelum kepala bayi/kanak-kanak/bapa bayi tadi.
  • Ulang beberapa kali.
  • InshaaAllah, suhu badan yang panas akan kurang dan reda.

Β Petua Redakan Demam Campak Pada Bayi

  • Untuk hilangkan gatal akibat demam campak halus, gunakan air basuhan beras yang terakhir (jernih) untuk membilas badan bayi yang demam campak.
  • Boleh diberi minum air kelapa muda hanya setelah bintik-bintik merah campak mulai kelihatan di tapak tangan dan tapak kaki bayi yang demam campak tadi.

Jangan dilupa untuk sentiasa memantau suhu badan bayi/anak-anak. Disarankan untuk menyediakan alat jangkasuhu yang boleh didapati di kebanyakan farmasi dengan harga yang murah. Persediaan ubat-ubatan yang sesuai juga perlu ada (contoh: ubat demam, cold fever dll) juga perlu diberi perhatian.

Inilah sedikit sebanyak usaha, doa dan amalan serta petua meredakan demam panas dan demam campak yang melanda bayi dan anak-anak kita.

Setiap penyakit ada ubatnya. Bersabar juga adalah ubat yang paling manis untuk kita hadami dan praktiskan di saat kita diuji. Andai rakan-rakan punya petua dan tips untuk mengurangkan panas akibat demam, bolehlah berkongi diruang komen di bawah.

@hafizmd – Petua Kurangkan Suhu Demam Panas Demam Campak Pada Bayi & Anak-Anak. Bila anak-anak tak sihat, kita mula rinda pada keletah mereka. Betul tak?

Sumber rujukan: Indahnya Hidup Bersyariat & Pengalaman Penulis