Assalamua’laikum.

Seloka Kurangkan Berat & Kuruskan Badan. Seloka kedua untuk minggu ni. Semalam sudah berseloka edisi lelaki, suami dan dot dot, hari ni seloka khas petua tradisional atasi masalah obesiti. Ingat, badan sihat memberikan kita kecergasan yang lebih baik. Jom baca seloka cara kurangkan berat badan dan kurangkan masalah obesiti.

Cara kuruskan badan secara tradisional

Bermula niat nak kuruskan badan

Demi kesihatan diri sendiri

Belum pun sampai bersenam seharian

Sudah pegang tali inci

Daun salam nama diberi

Khasiatnya buang kolesterol tinggi

Ditambah lagi kurangkan masalah obesiti

Ambil daun 5 helai pergilah cuci

Dah siap cuci masaklah lagi

Amalkan minum 2 kali sehari

Sebelum makan pagi dan dinner sekali

Petua kuruskan badan dikongsi bersama

Ambil 2 batang lobak merah dan sebatang timun diparut keduanya

Dah siap parut perah dapatkan jusnya

Nak lagi sedap tambah limau nipis penambah rasa

Minumlah dua kaii sehari sesedap rasa

InshaAllah berat badan dapat kurang sekilo dua

Masih tak cukup lagi petua kuruskan badan sendiri?

Minggu depan ada sesi fotografi

Jangan risau sampai sesakkan nafas sendiri

Ambil limau nipis potong empat segi

Perah jusnya dalam secawan teh pekat kaw-kaw lagi

Amalkan minum setiap malam sebelum tidurkan diri

Moga dapat kurangkan berat badan dua tiga kilo lagi

Itulah khasiat limau nipis vitamin C-nya tinggi sekali

Sekian dulu seloka ambe di pagi hari

Petua dan cara kuruskan badan sendiri

Nak kurus bukan boleh dapat dalam sehari

Kena jaga makan tambah buat aktiviti berlari

Satu ingatan untuk diri sendiri

Bila dah slim jangan lupa diri

Jangan mula nak tunjuk body yang dah mula seksi

Baik badan berisi daripada kita tambah dosa sendiri

Mahu kena ingatkan diri sendiri!

@hafizmd – Seloka Petua Kurangkan Berat Badan | Cara Kempiskan Perut Tradisional. Moga dapat kurangkan ukuran pinggang dalam seinci 😛

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.