Seloka Selamat Hari Guru 2013

Assalamua’alaikum.

Seloka Selamat Hari Guru 2013. 16 Mei. Tema sambutan Hari Guru tahun 2013, “Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda.” Hari ni sekali lagi ambe berseloka khas untuk seluruh guru-guru di Malaysia. Selamat Hari Guru. Terimalah satu lagi seloka selamba dari ambe =)

Seloka Sempena Sambutan Hari Guru 2013

Bermula cerita setiap kita

Dihantar tadika bermulalah segala

Diajar mengeja juga mengira

Tak kira penat tak kira masa

Cikgu Tadika besar jasanya

Ingatkah kita ragam sendiri

Ada yang terkencing sambil berdiri

Katanya takut nak habai mai

Sabor ajelah cikgu boleh anak murid begini

Semakin ligat disekolah rendah

Setakat panjat pagar takde hal punyalah

Cikgu disiplin punyalah marah

Siaplah kamu Mat dah buat salah

Cikgu khabaq Pakcik Lah

Jiran sebelah rumah

Kepada cikgu-cikgu mak bapak serah

Serah kat cikgu nak marah, marahlah

Dengan harapan anak tahu mana betul mana salah

Mana yang salah mak bapak tambah bonus kat rumah

Dunia sekarang sudah berubah

Cikgu pula yang dicari salah!

Punyalah besar jasa cikgu dan guru

Mengenalkan kita setiap sesuatu

Tak pernah minta balasan ini dan itu

Berharap kita gembira selalu

Jangan dilupa jasa cikgu

Ada masa hantarlah sms ucap Selamat Hari Guru

Sebagai tanda kita ni ingat dia selalu

Walau jauh beribu batu

Jasa cikgu kami kenang selalu

Bak kata orang dulu-dulu

Kami kenangmu dalam doaku

Semoga dalam rahmat Allah selalu

SELAMAT HARI GURU

@hafizmd – Seloka Selamat Hari Guru 2013. Terima kasih buat cikgu-cikgu ambe. Semoga Allah jua yang membalas jasa kalian semua. Selamat Hari Guru juga kepada rakan blogger Cikgu Tehramuan, Cikgu Titan, Cikgu Naman, Cikgu Hairul =)

57 comments

  1. perghhh satu lagi seloka yang hebat,lepas ni kita boleh jv la ek,kumpul sajak dan seloka yang kita buat sendiri

  2. selamanya aku asyik jadi jurugambar je bila sambutan hari guru
    sudahnya gambar sendiri memang tak ada untuk dibuat kenangan

    selamat hari guru untuk semua

  3. Dulu cikgu denda pelajar macam mana sekalipun kita tak pernah marah, sebab tahu kita salah.. Tak berani report sebab nanti akan dipersalahkan balik..
    Dan alhamdulillah kini kita berjay (walau belum berjaya sepenuhnya) heheee

    1. Betul tu MJ, terbalik plak zaman sekarang, silap2 cikgu plak yg kena bantai ngn makbapak tanpa tgk apa salah anak

      alhamdulillah…berjaya jadi orang…tu yg lebih penting..betul tak MJ?

  4. hehe teringat zaman sekolah.. seloka camni kena baca kat perhimpunan sekolah.. maybe ada yang teriak dengaq hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *