Speechless Thursday #6 Entri Super Thursday!

Assalamua’laikum.

Speechless Thursday #6 Entri Super Thursday! Serius, hari ni memang lemau macam biskut lemau. Dibuang sayang, dimakan tak berapa sedap. Dicicah teh O barulah sedap. Bersyukurlah! Oleh kerana nama entri speechless, maka hari ni ambe hanya tulis ringkas-ringkas jer. Saja nak kongsi entri yang layak ambe gelarkan, “Entri Super Thursday!”

Entri Pilihan Super Thursday!

1. Entri Blogger Akma Omar

  • Serius, entri ni ambe kira entri wajib baca untuk ‘Kontest Review Tak Terkalah’ anjuran Blogger AhmadFaizal.
  • Anda dah baca belum? Kalau belum, sila baca sekarang di sini –> ‘Ego Lelaki Kacak Yang Tak Terkalah’
  • Kenapa ambe pilih entri ni? Bukan ambe suka Blogger Titan di’belasah’ Sis Akma Omar, tapi cara penulisan Sis Akma memang cukup santai dan rasa memang jujur habis! Tak caya? Gi baca, gi baca!

tips blogging mudah

*gambar memang takde kaitan dengan entri…hehe*

2. Entri Blogger Hafizul

  • Entri ni memang khas Bro Hafizul karang khas sempena Hari Guru. Memang cukup syok membacanya!
  • Serius, terus teringat denda-denda yang pernah ambe terima dan buat kat kawan-kawan lama.
  • Nak baca? Gi baca di sini –> ‘Warkah Berlagu Pilu’ (tajuk entri macam tajuk lagu, best!)

3. Entri Blogger Fiezaradzi

  • Siapa yang masih ingat lagi nama cikgu Tadika? Kalau ingat, sila tulis kat bahagian komen yer dan ucaplah Selamat hari Guru.
  • Antara yang masih ingat nama guru tadikanya ialah Blogger Fiezaradzi ni. Ramai juga yang dia sebut. Maknanya, impak cikgu cukup hebat. Boleh baca entri ni –> ‘Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu’

Yeaay! Siap jugak entri hari ni. Jadi, apa tunggu lagi, gi baca…gi baca..gi baca…

@hafizmd – Speechless Thursday #6 Entri Super Thursday! Mungkin akan ada lagi ‘Entri Super Thursday!’ minggu depan =)

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.