Buah mahkota dewa..
Lama rasanya saya tak berbicara bab-bab kesihatan ni. Selepas entri kami sayang Abah, terniat juga berkongsi serba sedikit perihal kesihatan ini. Terutamanya melibatkan sakit jantung, darah tinggi, kolesterol tinggi, kandungan gula darah. Semuanya berkait rapat dengan satu organ yang cukup penting iaitu jantung.
Saya bukanlah seorang doktor, jauh sekali pakar sakit jantung. Namun, yang pasti saya ada jantung..hehe. Maka, sedikit pengalaman yang dikongsi Abah dalam mendepani sakit jantungnya, darah tingginya..kolesterolnya..dan sedikit pembacaan, saya rasa perkongsian ini mampu membantu sesiapa saja yang mahu mencuba ubatan alternatif.
Kalau bercerita pasal ubat jantung (yang diambil di IJN), hati saya cukup pilu bila terkenangkan Abah yang terpaksa telan juga ubat-ubat ini. Bukan satu jenis, tapi kalau tak silap..ada dalam 6 atau 7 jenis ubat yang perlu diambil 3 kali sehari.
Oklah. Pernah dengar nama buah mahkota dewa?
Namanya saja sudah cukup “gempak”kan?. Mana dapat nama ni? Walluhua’lam..Nama saintifiknya ialah Phaleria Macrocarpa. Buah ini asalnya dari Papua/Irian Jaya di Indonesia. Rasanya, memang agak sukar sedikit untuk mendapatkan buah ini, tapi khasiatnya cukup banyak dengan kandungan bahan yang tertentu. Saya senaraikan di bawah ini.
- Alkaloid – bersifat detoksifikasi yang mampu meneutralkan racun dalam tubuh
- Saponin yang bermanfaat sebagai:
- sumber anti bakteria dan anti virus
- meningkatkan sistem imun tubuh
- mengurangkan kadar gula dalam darah
- mengurangkan penggumpalan darah
- Flavonoid yang mampu:
- melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah
- mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi pengumpulan lemak pada dinding pembuluh darah
- mengurangi kadar risiko penyakit jantung koronari
- mengandung antiinflamasi (antiradang)
- berfungsi sebagai anti-oksidan
- membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan
- Polifenol yang berfungsi sebagai anti histamin (antialergi).
Bagaimana cara penyediaan? Cara yang termudah ialah hiris buah mahkota dewa ini (kulit dan isi) nipis-nipis, kemudian jemur sampai betul-betul kering. Kemudian, rebus hirisan tadi dan minum air rebusan.
InsyaAllah, apa yang Abah amalkan untuk kawal darah tinggi..salah satunya dengan meminum air rebusan buah mahkota dewa ni. Alhamdulillah, setakat ni..berkesan, tapi Abah masih lagi ambil preskripsi ubat IJN. Maksudnya, Abah kurangkan sikit kebergantungan pada ubat-ubatan sintetik ni.
Mana nak cari ni? Ini yang saya tak pasti. Kalau tak silap, ada produk kopi mahkota dewa, tapi saya tidak pasti bagaimana cara penyediaannya. Samada dikeringkan dan terus dikisar halus atau dikering, direbus kemudian airnya di’freeze dry’kan. Kalau tak salah, cara penyediaan herba sebegini perlu teliti supaya hanya bahan aktif saja yang kita minum, bukan termasuk serbat-serbat kayu mahupun bahan-bahan tak aktif yang lain.
Apa yang saya dengar, buah ini ada ditanam di Malaysia, tapi saya masih lagi mencari tempatnya. InsyaAllah, kalau jumpa, bolehla saya kongsikan di sini. Saya tahu, ramai antara kita yang mak ayah malah adik-beradik kita ada darah tinggi, sakit jantung, koleterol tinggi dan sebagainya. Harapnya, perkongsian ini sedikit membantu yer..:D
® hafizmd – moga Abah dan Ma sentiasa sihat dikampung..
Sumber: Indonesia Herbal dan Wikipedia
perkongsian yang menarik.. moga2 semuanya sihat2 belaka..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Blogger Yang Terdesak =-.
@fiezaradzi, begitulah hendaknye..ameen
.-= hafizmd´s last blog ..Buah mahkota dewa =-.
@hafizmd, pokok ini ada banyak dijual di kawasan Sungai Petani Kedah. Untuk buah pula ada yang diproses dan yang belum diproses lagi dijual dikawasan kampung di daerah tersebut.
terima kasih yer…dah dapat info ni..senanglah mane2 yg berminat utk daptkan buah ni..:D
Hi
nama saya jimmy saya minat nak beli makota dewa buah sebelum proses sudah proses pun nak….
saya dari butterworth
contact saya 012 2671606
terima kasih
sye sdg mencuba air rebusan mahkota dewa. bru saje bermula…..
Semoga berjaya! ameen
tak pernah kenal sebelum ni bro buah tu…harapnya semua berada dalam kesihatan yg baik sepanjang ramadan ni 😀
.-= etomyam´s last blog ..Sabotaj Diri Sendiri Dalam Penulisan Blog =-.
InsyaAllah..moge dapat barakah Ramadhan tu sendiri..ameen
bolehla try p cari…kot nak try..hehe
salam sahabat..
wah dgr nama dah cukp mnrik apatah isinya juga bgus utk di buat perubatannya..
kata org lboh baik vari jln alternatif dari makan ubatkan.bukan apa sebab ubat klu di mkan msti sdkit sbyk akan ada kesan sampingannya jua.
terima ksh bro ats perkongsian yang di beri. moga2 ayhnya kmbli sht sperti hari2 yg sllu 😉
salam suri,
name buah ni ni mmg gempakkan?1st time dgr..tergelak pun ade..hehe..
pasti yg natural itu lebih baik..macam kite juge..yg natural tu baik..:D
thanks singgah..mudah-mudahan ayah suri juge sihat:D
bro buha ni rasa masam ke manis heeee… sje nak tahu.kot kat sumebr tu ada kasi tahu buah ni manis cam jmabu batu ke heee
lau tak silap…pahit sikit air rebusan tuh..tapi yg pahit itulah ubatkan?
saya ada 2 pokok mahkota dewa ni..member bawa benih dari indon. So far pokok tu dah berbuah dan dah banyak saya semai dan bagi jiran2. Mudah hidup..tanam dalam pasu pun ok..cepat berbuah.
buah nie pernah dengar… memang buat ubat kalau tak silap.huhu
.-= zik´s last blog ..Komunikasi yang berkesan =-.
betul tu zik..buat ubat..macam2 ubat boleh jadi buah ni..salah satu hadiah berharge dari Yg Maha Pencipta utk hambanya..
Ada mula mengusahakan penanaman pokok mahkota dewa
http://mahkotadewamalaysia.webs.com/.
Boleh kita berkongsi pengetahuan dan peluang perniagaan
Alhamdulillah…mana2 yg berminat…bolehlah terjah blog en ishak ni..
first time dengar…tapi yang semulajadi memang lebih baik
.-= adamfaiz´s last blog ..Aksi Terlampau Di Khalayak Ramai =-.
betullah bro..yg natural tetap yg terbaik..:D
Assalamualaikum..sy ada stok buah mahkota dewa yg siap kering tp tak ada lah berpuluh kilogram..sy ada tanam pokoknya..buahnya amat lebat..sy hiris dan keringkn sdiri..mmg elok sbg alternatif kpd ubat2n kimia utk pnyakit jantung tsumbat, kolestrol tinggi, darah tinggi ,kencing manis dll…blh search dlm internet..sape2 bminat nk beli utk kgunaan sdiri blh hbgi @ whatsApp 0199320494..berniaga sambil bsedekah ..in sya ALLAH
tak pernah lagi dengar nama buat tu sebelum ni.. banyak juga rupanya khasiat buah tu..
.-= kulanz´s last blog ..Cerita Hari Rabu =-.
buah2 camni mmg byk khasiat..tunggu kite ajer nk gune ke tak..hehe..paling mujarab utk kawal darah tinggi..
buah nie mudah didapati di indonesia, dan sememangnya agak terkenal khasiatnya dalam perubatan ..saya dapat tau nie pun sebab nenek saya pernah sakit, dan seorang pakar perubatan indonesia mengesyorkan buah ini dicari..untuk dijadikan ramuan dalam ubatnya
buah yg abah aku dapat pun..ade orang bagi dari indonesia juge..harap, ade kajian yg benar2 saintifik..baru orang kite lebih percaye pada2 ubatan alam semulajadi ni..thanks mad..sudi singgah sini
salam bro..belum pernah dengar lagi name buah,tengok pn bru kats cni..
.-= hanif´s last blog ..VCD Cetak Rompak Pun Ada Dijual di Bazar Ramadhan =-.
salam..akupun tau sbb abah aku minum..lau tak..mmg tak tau juge..hehe
thanks singgah 😀
buah ni nampak macam jambu air sikit2..
.-= dedoku´s last blog ..Teknik Viral Dengan Twitter =-.
Memang ade iras2 tuh..tapi rasenye mmg jauh skali..hihi
saya ada tanam pokok ni.boleh tanam dalam pasu sebagai pokok hiasan.daripada tanam pokok bunga lebih baik tanam pokok herba.
betul jugak tu..hehe
psst..mana arbiha dapat benih pokok ni yer?
Kepada sesiapa yang berkenaan;
Kami berminat untuk membeli Buah Mkhota Dewa dalam kuantiti yang banyak sila rujuk atau menghubungi saya di info.mrhservices@gmail.com
@razali, saya ialah pelajar praktikal di yaacob berkat enterprise. sila berhubung dgn tn hj yaacob. beliau ada tanam beratus pokok mahkota dewa. dijual dlm bentuk basah atau kering dan kapsul.boleh layari yaacoberkat.blogspot.com utk maklumat lanjut
Saya ada menjual benih pokok buah mahkota dewa,dan buah mahkota dewa yang telah di keringkan dengan harga istimewa.. sesiapa yang berhampiran di daerah kluang dan batu pahat johor serta berminat untuk mendapatkanya hubungi saya di talian 012 7489445, Pn Nora
.-= Noorzza´s last blog ..SYABAS MALAYSIA- KITALAH JUARA =-.
Terima kasih Puan Nora.
Jadi, sesiapa yang berminat, bolehlah berhubung terus di talian yg tertera.
salam…mahkota dewa mmg buah yg hebat skrg sudah keluar produk yg saya kira boleh membantu dan saya juga amalkan iaitu kopi pracampuran mahkota dewa..kalau berminat nak mencuba boleh hubungi saya
@maslina, boleh sy mendpt no tel awak krna sya bminat untk mbeli kopi pracampuran mahkota dewa
Salam semua…
Pokok Mahkota Dewa telah diusahakan secara kecil-kecilan oleh ayah saya yg bereada di Pekan Banting. Anggaran 60-70 pokok telah ditanam di sekeliling rumah semenjak tahun 2008. Kami malakukan proses pengeringan sebelum diedar/dijual kepada yg berminat..
010-7034273-Hairul
As salam hairul,
Terima kasih. Pada mereka yg berminat, silalah berhubung dgn encik hairul
@Hairul, salam kpd semua yang membaca. sihat ke? saya ingin bertanya di mana boleh saya dapatkan buah mahkota dewa dan berapa harganya? saya berasal dari Penang. saya juga ingin mengetahui mengenai buah ini dan ingin saya membuat perniagaan buah mahkota deva di kawasan saya. saya akan tunggu untuk email anda terima kasih
Salam, sy ada menjual buah mahkota dewa……sila hubungi sy pd talian 0125282861…terima kasih
Sila hubungi ery yer jika berminat…thanks
@Hairul, marilah kita minum kopi mahkota dewa disamping menderma dan menjana pendapatan. call 012-9265272
salam..buah ni memang banyak khasiat.sebb tu namanya dipanggil mahkota dewa diindonesia sana.tapi sekarang sudah ada produk mahkota dewa..ble wt duit lagi.berminat..singgah blog ni jap..terima kasih..
Saya dah tanam pokok ni dalam pasu bunga dah mula berbuah cukup cantik buahnya macam jambu bola
mmg best kalau dapat tgk sendiri buah ni…terbaiklah amin!
Saya baru tengok ank pokok nye…mudah je hidup…tak perlu kwsn luas…dlm pasu leh gak tnm…Kat Jengka Sebelas Pahang…leh la tanya org nye 014 5432472…
alam kpd semua yang membaca. sihat ke? saya ingin bertanya di mana boleh saya dapatkan buah mahkota dewa dan berapa harganya? saya berasal dari Penang. saya juga ingin mengetahui mengenai buah ini dan ingin saya membuat perniagaan buah mahkota deva
saya baru je beli produk mahkota dewa ni.. mahal sgt kot sekotak utk sebulan rm39. tp berbaloi dr ambil ubat sintetik. Alhamdulillah kandungan gula saya turun dr 17gmol ke 8.6 lepas consume dalam seminggu. Kalau boleh nak control gula dlm darah ni dgn minum air ni berterusan. sebab masih baru didiagnose kena diabetis. so kalo boleh nak stop ubat hospital.
alhamdulillah…baguslah..abah saye juga ada minum air rebusan mahkota dewa ni utk kawal darah tinggi…nmpknya ada juga kesan yg baik…alhamdulillah
Salam,
memang betul banyak khasiat yang terkandung pada buah makhota dewa.. saya ada tanam 20 pokok agak2 dalam 8 tahun, jiran-jiran sy pun sudah merasakan khasiatnya yang kebanyakan berpenyakit kencing manis.. sekarang mereka tak berpantang sangat saat makan, dokter pun hairan selepas beberapa hari makan buah mahkota dewa tingkat gula dalam darah menjadi normal.. saat ini saya nak meluaskan pasaran buah mahkota dewa kering yang siap hidang dalam bentuk pack 50 gr dengan harga rm 16, mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi agent atau pengedar sila hubungi saya ( 017-9588-728 )
khasiat dr buah mahkota dewa ni mmg baik……ibu sy dh x der darah tinggi n kencing manis,,,,,,setiap pg minum air rebusan buah mahkota dewa…alhamdulillah,,,,,,kita sekadar ikhtiar,,,hanya allah yg memberi kesembuhan segala penyakit,,,,,
Orang yang sudah mencuba memang sudah tahu kesannya…dulu saya selalu terasa penat bila balik dari kerja atau memandu kereta untuk perjalanan jauh.Sejak saya cuba amal kan minum air rebus mahkota dewa, saya tidak lagi terasa sangat penat sudah.saya juga menjadi pengedar mahkota dewa di sekitar sandakan saja, sebab tidak banyak bekalan saya dapat dari kampung.013-5532098
Mmg terbukti dapat turunkan tekanan darah tinggi
Salam semua….
Saja lah saya nk kongsi ngan kawan-kawan semua. Merujuk kepada buah mahkota dewa ni, secara kebetulan juga kawan sy di Indon pernah kirim kepada sedikit sample kepada saya untuk saya cuba dan mungkin ini boleh pasarkan di sini. Sebenarnya disana memang banyak dan tiada masalah untuk dapat bekalannya.
Kalau lah ada kawan-kawan yang nak buat bisnes ini ok juga. mungkin bole kita sembang lanjut. Saya boleh bekalkan lah pada yang berminat. Dapat la juga membantu yang ada masalah kesihatan selain bergantung pada ubat hospital.
Ni no HP saya 019-595 7556 – Ramli..
Email : rem2912@gmail.com
As salam En Ramli,
Terima kasih atas perkongsian ni. Memang ada kesan yg baik.
Jadi, sesiapa yg berminat utk mencuba, bolehlah hubungi En Ramli spt no di atas 😀
di upm ada banyak pokok dan buahnya even kat office saya pon ada dan sedang berbuah dengan lebatnya..klu nak minta buahnya boleh datang ke taman herba bukit expo UPM..kat sana ada banyak..tanya saja pengawainya
Jika ada yang berminat utk mendapatkan anak benih atau mahkota dewa boleh hubungi saya – 0192366797. Area Seri Kembangan
Salam…terima kasih pada sesiapa yang pernah berurusan dengan saya untuk mendapatkan benih ataupun buah mahkota dewa yang telah di keringkan.Untuk makluman kepada pengidap kecing manis dan darah tinggi yang minum air rebusan buah mahkota dewa agar di nasihatkan supaya sentiasa memeriksa kandungan gula dalam darah(klinik @ farmasi) kerana ada beberapa costumer saya yang mengidap kencing manis pada bacaan yang sangat tinggi…dan mengamalkan air rebusan tersebut berterusan tanpa kawalan..ia akan menyebabkan kandungan gula terlalu rendah…yang menyebabkan sering pitam..Sememangnya buah mahkota dewa ini sangat sangat mujarab. dan ia perlulah di ambil dengan teratur mengikut keperluan. Sesiapa berminat silalah hubungi saya di talian 012 7489445.( Pn Nora ) terima kasih sekali lagi.
Salam Norza,
Terima kasih berkongsi dan bagi sesiapa yg berminat, boleh terus ke hubungi Norza yer
Salam semua..Mahkota Dewa ni bukan sahaja dengan buahnya..tetapi dengan keseluruhan dari hingga akar umbi ada khasiatnya yg tersendiri..Ayah saya juga mengalami tekanan darah tinggi dan selepas mengamalnya setiap hari alhamdulillah sudah berkurangan selepas mengamalkannya. Jika wanita diluar sana mengalami “Barah pangkal Rahim dan Barah Payudara” ini khasiatnya yg mana dengan mengamalkan minum sabut buah Mahkota Dewa ini akan menyurangkan risiko tersebut.Jika sesiapa yg berminat dan ingin mengetahui khasiatnya dari pucuk hingga ke akarnya..hubungi saya di talian 017 3063917.Terima kasih.
Salam. Mmg ramai yg pernah guna jadi sesiapa yg minat, boleh terus hubungi wawa yer
Assalammualaikum.
Abah saya ialah seorang penanam ,penjual dan pengedar pokok & buah mahkota Dewa di Merbok, Sg petani kedah,memang buah ni menjadi teramatlah laris di daerah kedah sebab khasiatnya yang xboleh dipertikaikan lg.Jika saudara & saudari berminat,dan Minat bertanya,Bukan sekadar Buah Mahkota Dewa tetapi Pokok Ubatan seperti SERAI CINA & CUCI DARAH yang amat popular dan menjadi rebutan orang cina.
bolehla berhubung terus abah saya.HASHIM TIGER 019-9660413.
Wasalam :))
Salam Bro
Saya diberitahu oleh pemilik warong sarapan pagi pada 8 pgi Jan 1, 2012 ini dan ditunjukkan pokok Mahkota Dewa di tepi jalan di kawasan perumahan saya ini. Buahnya lebat, tapi tiada dimanfaatkan oleh sesiapa. Tolong beritahu cara menyediakannya untuk perubatan (darah tinggi, kolesterol dan glukosa melebihi had) Bro? Jazakalloh bikhair.
Salam.. tajudin.. Amik buahnya yg dah masak kaler merah tu.. Hiris halus2 kulit dgn isi je.. Tapi Ingat! bijinya mesti buang coz beracun.. Pastu buah yg dihiris tu taburkan elok2 kat dulang then jemur kat panas matahari selama 2 hari.. Pastu cara minum plak yg paling sng amik dlm 10 hirisan yg dah kering letak dlm cawan,pastu isi air yg baru dijerang isikan dlm cawan tadi..tgu smpai 20 minit gitu klu warna dia dah naik kuning & air pun dah suam2,amik sudu godak2 bagi sebati,baca bismillah,minum!.. Lg afdal selawat 3x dulu sebelum minum… Amalkan setiap malam@2 hari sekali sebelum tidur.. InsyaAllah…
Terima kasih En Nazri utk petua ni…
Sesiapa di kawasan Dengkil, Sepang, Cyberjaya, Putrajaya, Bangi, Kajang, Nilai…boleh dapatkan anak pokok mahkota dewa dan isi buah yg telah dikeringkan untuk dibuat the herba….www.biakbemban.blogspot.com atau 0146360828
Antara Penyakit Yang Dapat Disembuhkan Dengan Campuran Mahkota Dewa
1. Kanser & Tumor
2. Eksim (Penyakit Kulit)
3. Diabetis Melitus (Kencing Manis)
4. Hipertansi (Darah Tinggi)
5. Hepatitis (Radang Hati)
6. Reumatik (Sakit Sendi)
7. Asam Urat (Arthritis Gout)
8. Penyakit Jantung
9. Gangguan Ginjal
Berminat hubungi saya di talian ) 0127489445 atau email noorzza@yahoo.com.my, atau kunjungi blog saya di http://noorzza.blogspot.com.
Terima kasih Noorzza. InsyaAllah, jika ada yg bertanya, akan dihebahkan no contact ni.
Salam,
Saya nak menyibuk juga bukan apa saja nak berkongsi pengalaman. Nampaknya ramai yang mengambil kesempatan ini utk buat bisnes. Baguslah sambil bisnes sambil bantu orang lain sembuhkan penyakit. Saya dah baca semua komen yang ada tapi tiada seorang pun mention mengenai sakit gout.
Suami saya memang mengidap gout. Bagi yang pernah mengidapnya pasti tau bagaimana rasa sakitnya. Diperkenalkan oleh seorang kawan, dia mencuba rendam 3 keping dan minum 3 kali sehari alhamdulillah bengkak sangat cepat surut. Lepas sehari mencuba dia sudah boleh berjalan walaupun masih ada terhencot2 tapi tidaklah begitu ketara.
So utk anda yg ada sakit gout cari la buah dewa mahkota yg dah kering dan amalkan selalu. semoga kita sentiasa sihat dan dengan izinNya juga kita sentiasa dirahmati aminn.
Salam Shikin,
Mmg makin meletop buah ni. Saya hanya brkongsi ruang yg ada utk org2 macam Shikin berkongsi maklumat dan pengalaman. Mana2 yg baik, sama2 kita kongsi yer.
Terima kasih yer =)
make sure kalo nak keringkan jangan di bawah cahaya matahari.cukup kalo keringkan kat dalam rumah. ini untuk pastikan khasiat buah itu TAK hilang . correction sikit .
terima kasih utk pembetulan…
Saya ada menjual mahkota dewa yang sudah di keringkan dan sedia untuk di minum.. sesipa yang berminat untuk mencuba dan merasai keberkesanannya..serta ingin mengetahui lebih lanjut khasiat buah mahkota dewa dan cara cara menggunakanya..Harap sudi kunjungi FB saya, http://www.facebook.com/noorzza2biz.
Hubungi saya di talian 012 7489445
saya tak tau pula bnyak khsiatnya krn uma mama saya bnyak pokok nya
Menorika, gayanya mmg byk khasiat….kalau byk, boleh menjual atau berikan pada mereka yg memerlukan =)
saya telah menanam pokok mahkota dewa ini,benihnya saya dapat semasa saya melancong ke bali 2 thn lepas,pokok ini senang hidup, kini dah berbuah . sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buah ini boleh hubungi saya.
Terima kasih puan atas perkongsian. Jadi, sesape yg berminat, boleh terus mintak email dgn saye yer…
Assalamualaikum wbt
Saya mendapat bekalan mahkota dewa di pasar tani kuantan setiap ahad. Saya dah amalkan minum air mahkota dewa selama 6 bulan dan hasilnya amat baik. Tekanan darah saya telah kembali stabil dan badan semakin sihat. Bagi yang berminat, silalah ke pasar tani kuantan setiap ahad untuk mendapatkan bekalan mahkota dewa.
Waalaikumussalam wbt.
Alhamdulillah. Terima kasih Saudara Azman atas perkongsian ni. Nampaknya, terbukti air rebusan mahkota dewa mampu menstabilkan tekanan darah.
Terima kasih sekali lagi.
Mmg benar khasiat buah mahkota dewa ini dlm mengurangkan tekanan darah tinggi, saya dah cuba, baru minum seminggu darah dah kembali normal..saya perkenalkan dgn rakan sekerja , yg dah cuba terus bagitau saya yg tekanan darah mereka dah beransur turun..ada jual di Sabah di Pasar daerah Tenom.
salam’
semenjak minum air rendaman dan air rebusan saya mendapati teknik rendaman mahkota dewa dlm air panas yg baru mendidih lebih menyakinkan saya..
Alhamdulillah,dada saya dulu sering sakit,kini berkurangan, dan gout /kencing manis dah normal dalam masa 20 hari sahaja….2 gelas malam dan 2 gelas pagi…Makan jangan berpantang.Kembali ke menu biasa…..Air kosong@mineral lebihkan…kalau cuba 48 jam dahj dpt rasa kewsan awalnya, jgn panic kalau ia mengusik kesan awal sakit pada bahagian dada ,kepala, pinggang atau kaki mahupun bahagian sulit.Selamat mencoba..saya dah mula menjual pada rakan rakan terdekat….dan ada menanam pokok tersebut….
Terima kasih En.Kamal berkongsi pengalaman. Terima kasih
ok. mudahan dengan badan yang sihat atas segala penawar kurniaan ALLAH makanya wajar sesama kita kuat beribadat pada erti kata sebanar meningkatkan ketakwaansebagai tanda kesyukuran agar kita sentiasa dirahmatiNYA duniakhirat tak gituuuuuuu bang. k. wassallam
Setuju. Terima kasih utk peringatan sesama kita.
Assalamualaikum…
Saya dah amalkan minum air rebusan dan rendaman buah mahkota dewa dah lebih 3 bulan…Setakat ni Alhamdulillah ada perbezaan, sakit kepala dan kencing manis saya berkurangan. Saya beli buah mahkota dewa yang telah siap diproses dan dikeringkan melalui internet di Herba Malaysia dengan harga RM 80/kilo dan bayaran pos RM 15.00 dan boleh bayar melalui paypal. Sekian terima kasih.
Wa’laikumussalam.
Terima kasih En. Azhar berkongsi pengalaman dan tempat utk dapatkan stok ni. Terima kasih
asalam…….sy pon amalkn minum air rebusan mahkota dewa……dan pakai skali sabun pencuci muka…..kalau sape2 berminat nk dapatkan barang2 mahkota dewa dengan harga berpatutan boleh call ke no ni….mie 0145086200
Terima kasih Mie berkongsi rahsia dan peluang ni.
Saya ada menjual benih pokok buah mahkota dewa,dan buah mahkota dewa yang telah di keringkan dengan harga istimewa.. sesiapa yang berhampiran di daerah kluang dan batu pahat johor serta berminat untuk mendapatkanya hubungi saya di talian 012 7489445, Pn Nora
http://www.facebook.com/noorzza2biz
Terima kasih Noorzza utk info ni 😀
Ooo lagu ni mahkota dewa buah dia…tak pernah jumpa lagi buah mcm ni..hehe
hehe..kat Ganu kita mmg payah nak jumpe bro…
Asalam…..kpd sesiape yg berminat nak borong barang yg diperbuat dari mahkota dewa seperTI SABUN PENCUCI MUKA,PIL KAPSUL,HIRISAN BUAH KERING,KOPI dll boleh coll si di talian mie;0145086200…..
Saya ambil 4 helai saja dalam air panas mendidih , macam buat teh . Kemudian minum bila dah suam. Segelas pagi dan kadang kadang sebelum tidur. InsyaAlllah, takde gout, dan semua kolesterol, tekanan darah, gula normal. Tapi kena minum air selalu (sekurangnya 5 gelas sehari) untuk membuang segala toksik dan agar kelancaran buang air besar setiap pagi. Kami tanam buah ini beberapa tahun lalu di Shah Alam, buahnya dari pokok Makcik saya di Jakarta. Dia yang memperkenalkannya kepada kami. Dia berumur 86 tahun dan adiknya berumur 83 tahun, Alhamdulillah masih sihat dan kuat berjalan Dua tahun lalu pergi Umrah. Tenaga saya boleh tahan kerana semua perjalanan darah lancar. Jarang sakit. Saya suka menyelam skuba dan menunggang motosikal besar ke seluruh Malaysia dan Thailand. Inilah amalan kesihatan paling ekonomikal yang harus diamalkan oleh semua. Saya tak ada pantang larang, makan apa saja (tapi sederhana). Umur saya 61 tahun. Pernah diserang Gout 8 tahun lalu dan sejak amalan minum mahkota dewa tidak ada lagi serangan gout .Alhamdulillah .
salam..memang bsr khasiat buah mahkota dewa tpi jgn memandai2 proses sendiri ye..biji dia tu beracun. Ambil @ tanya dr yg pakar aje. Lagi senang dptkn yg dh siap proses & diperakui selamat. Saya minum jus rayyan..di dalamnya ada ekstrak mahkota dewa, jamblang. tambara malika, pasak bumi (tongkat ali), zaffaran dan kurma..semua tu utk memelihara kesihatan dan merawat penyakit2 kronik…for infi details tgk sini & like :-:- https://www.facebook.com/pages/Rayyan-Herbal-Juice-Jus-Herba-Rayyan/282921898480270?ref=ts
saya sedang mencuba.. kiranya berjaya… akan saya info untuk anda semua..