Disebalik Popeye The Sailor Man puppuuuu….

- 23 September 2010. Updated 5 April 2013Kesihatan

Ingat lagi cerita Popeye dan si aweknya Olive Oyl yang kurus? Pasti juga si Bluto yang tak habis-habis cuba mengorat awek Popeye dan akhirnya dibelasah teruk oleh Popeye walaupun pada mulanya Popeye yang kena belasah!

Rasanya, sesiapa saja yang lahir sekitar tahun 80an dan ke atas, pastinya tak ketinggalan setiap kali cerita Popeye ke udara. Mungkin tidak segah kartun Voltron, Suria Perkasa Hitam, mahupun Gaban Z potong 3! Namun, setiap kali Popeye dah kena balun dengan Bluto yang obesiti tu, memang tertunggu-tunggu…bilalah Popeye nak makan makanan penguat dia tu kan? Ada ingat tak?

Haaa…spinach atau sayur bayam atau nama saintifiknya ‘Spinacia oleracea’. Kenapa watak Popeye terus jadi kuat bilamana satu tin bayam ditelan rakus si Popeye? Habis setin, otot-otot tangan Popeye terus berketul-ketul mencanak naik bak traffik yang mencurah masuk dan takkah kita terfikir..kenapa bukan sawi? lobak? atau kobis? atau kangkung mak limah? atau mahkota dewa?

Jom! Kita sama-sama teliti dan fahami, adakah pembawaan watak Popeye yang secara tiba-tiba menjadi kuat dengan hanya setin bayam…benar atau dusta semata-mata? Ini dia entri Mythbuster versi aku..hehe..

Senang cerita, sebelum saya cerita…semua kenal sayur bayamkan? Nanti, dah habis baca..rupa bayampun tak terbayang lagi..jadi, kita kenal bayam dulu..ini rupa bayam yer, adik abang kakak…hihihi

"gambar sayur bayam dan khasiat bayam"

Ok. Dah kenal baru kita bercerita. Tak kenal maka tak cintakan?

Setelah diteliti, khasiat utama bayam pastilah kaya dengan vitamin A, C, E dan zat besi (kalsium, potasium, magnesium, mangan, zink).

Diringkaskan, saya senaraikan 6 khasiat bayam untuk kesihatan kita bersama (sekaligus membuktikan kekuatan Popeye akan bertambah selepas menelan setin bayam bukanlah mitos semata-mata!)

1. Tulang yang lebih kuat – makan bayam boleh mengelakkan kita dari osteoporosis. Jadi, tak perlu kita terlalu bergantung pada makanan tambahan yang mungkin terlalu mahal. Dengan sumber vitamin K yang terbaik dari bayam, ia cukup membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan maksimum!

2. Membina salur darah yang lebih baik – kaya dengan zat besi! zat besi penting dalam membina sel darah merah (tukang bawa oksigen ke seluruh badan). Jadi, kalau kurang zat besi, kita rasa lemah saja, mudah mengantuk, mudah hilang tenaga batin, dan akhirnya boleh dapat anemia.

3. Jantung yang lebih sihat – kaya dengan sumber antioksidan. Maka, sudah tentu bagus untuk mencegah terkumpulnya plak kolesterol pada arteri (kalau tersumbat di saluran arteri jantung, maka risiko untuk dapat sakit jantung amatlah tinggi!). Bagus juga dalam mengawal tekanan darah.

4. Mencegah kanser – adanya flavanoid mampu mencegah jangkitan pada tubuh. Maka, risiko untuk dapat kanser kolon, ovari, paru-paru dan kanser prostat akan berkurang.

5. Bagus untuk ibu hamil – ada 2 benda yang penting untuk ibu mengandung. Vitamin A untuk pembentukan paru-paru dan folat untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap. 2 benda ni ada dalam bayam. InsyaAllah, mudah-mudahan dapat mencegah kekurangan seperti bibir sumbing.

6. Miliki mata yang sihat – nak mata yang kekal sihat? Amalkan makan secawan bayam dalam makanan kita. InsyaAllah penglihatan kita kekal sihat. Lutein yang ada dalam bayam juga mampu melindungi mata dari proses penuaan yang ikut berubah seiring usia.

Macam mana? Apa kata, kita tambah bayam dalam senarai menu kita malam ini? Kalau nak tambah dalam menu anak macam mana? InsyaAllah, nanti saya keluarkan satu enrti berkaitan ini..

Terbukti…Popeye bijak sebab pilih sayur bayam yang penuh berkhasiat walaupun sedikit tak logik..habis setin terus gagah perkasa. Biasalah kan…dah nama cerita kartun..hihihi…

® hafizmd – suka makan sayur bayam masakan isteri…nyum nyumm…

Sumber: Diolah dari Majalah Rapi Julai 2010

210 total views, 4 views today

{ 30 comments… read them below or add one }

zezebel September 23, 2010 at 4:56 pm

Hehehehehe…. Dah lama tak tengok kartun ni d TV.
girlfriend dia tu nama siapa.., olive? kurus giler. Hehehehe
.-= zezebel´s last blog ..Old pictures bring nostalgia =-.

Reply

hafizmd September 24, 2010 at 10:55 am

name awek kurus tu olive oyl…mcm olive oil plak…hehehe..

sekarang, kalau tak silap…kadang2 ade gak kartun ni kat tv9..kalau tak silaplah..best jugak sesakali layan..

Reply

Lp Lum September 23, 2010 at 7:33 pm

salam hafiz~

huhuhu.. sy memang tak makan bayam.. walaupun doc suh sy makan bayam tuk penambahan darah merah sy, sy tetap gak tak mo makan.. lebih rela telah asid folik tetiap arie daripada makan bayam… :)
.-= Lp Lum´s last blog ..Maafkan Aku Wahai Teman =-.

Reply

hafizmd September 24, 2010 at 10:54 am

salam,
ooo…gitu ek..mmg gitulah…kalau jumpe doktor..kalau kurang darah merah..mesti doktor suruh makan bayam..lebih2 lagi kalau wanita mengandung..tahap hemoglobin perlu tinggi dari 11 mata..lau tak…kenalah makan ubat tambah darah tuh…ngeehehe

Reply

klcitizen September 23, 2010 at 9:48 pm

memang suka makan bayam , lebih lagi bayam air/ bayam direbus air dan cicah sambal belacan
.-= klcitizen´s last blog ..Berat ke ringan =-.

Reply

hafizmd September 24, 2010 at 10:51 am

ini mmg feveret aku jugak ni…sayur air bayam cicah belacan…ikan goreng..nasi…lengkap….adess…meleleh

Reply

etomyam September 24, 2010 at 12:41 am

bagsu strategi mat leh nak galakkan bebudak makan sayur..aku dulu pun terpengaruh jugak nak jadi kuat cam popeye kena makan sayur banyak2 ngehehe
.-= etomyam´s last blog ..Bila Kim Kardashian Nak kawan Dengan Etomyam =-.

Reply

hafizmd September 24, 2010 at 10:51 am

itulah…strategi baik punye…budak2 suke tgk kartun…jadik buat kartun yg suke makan sayur..budak2 mesti ikut suke punyelah…hehee

Reply

Sir Marcello September 24, 2010 at 9:00 am

kerana popeye lah gua mampu makan sayur bayam…lain2 sayur boleh blah…mak gua pun tension..dah besar nie pun masih lagi xmo makan sayur kecuali bayam..hahaha

Reply

hafizmd September 24, 2010 at 10:48 am

biar betul ni bro…biase aku dengar..kalau tak makan sayur, mmg semua jenis sayur kene blah..ni bro tidak..makan bayam saje2..tapi sayur lain..boleh blah…hhihi…tp oklah tuh…at least makan sayur…hehehhe

pssstt…bro mesti punye tulang dan mata yg bersinar…try cube check tgk…hahaha

Reply

zezebel September 24, 2010 at 10:13 am

Ramai juga yang terpengaruh dengan si popeye ni rupanya. Hehehehe
.-= zezebel´s last blog ..KK Tower clock VS 16 storey hotel =-.

Reply

hafizmd September 24, 2010 at 10:47 am

hehe…salah satu citer yg saye tunggu2 mase kcik2 dulu..hehe

Reply

dedoku September 24, 2010 at 4:16 pm

kartun popeye ni bagus kalo nak ajar anak2 makan ssayur..ha3.. bayam kalo cicah ngan sambal belacan memang meletop..ha3..aku kalo mkn sume sayur campur ngan sambal baru sedap
.-= dedoku´s last blog ..Memori Laptop Anda Rosak Camne Nak Tukar dan Upgrade RAM Baru =-.

Reply

hafizmd September 25, 2010 at 4:02 pm

@dedoku, itulah..pandai diorang buat strategi…

ulam/sayur cicah sambal belacan…perghhh…mmg sodappplahhh!

Reply

fiezaradzi September 24, 2010 at 5:13 pm

suka bayam merah buat sup.. dah habis makan nasi hirup kuah dengan letak sikit sambal belacan..

adakah saya kena masak bayam malam ini? hehee
.-= fiezaradzi´s last blog ..Information Technology Youth Movement ITYM =-.

Reply

hafizmd September 25, 2010 at 3:59 pm

itu feveret tuh…mmg meletop habis!

malam ni?nantilah…kite perabis sayur kailan dulu..hehehe

Reply

aktechpage.com September 24, 2010 at 7:09 pm

Aku x suka makan bayam
Aku lebih suka makan Kacang Botol, Pucuk Daun Ketereh, Pucuk Ulam Raja, semua ni kalo cicah dgn sambal tempoyah, fuhhh MELETOP beb…
.-= aktechpage.com´s last blog ..Duit Raya Daripada HazmanFadzilcom =-.

Reply

hafizmd September 25, 2010 at 3:56 pm

bro..ko punye list ulam tu sebijik ngn feveret aku…hohoho..mmg meletop kebaboooomm!

Reply

dnoBiz September 30, 2010 at 3:42 pm

@aktechpage.com, tengok je senarai kau Mal buat aku lapar je, tambah pula ada budu huhu
.-= dnoBiz´s last blog ..‘Kami mahu keadilan’ =-.

Reply

hafizmd October 1, 2010 at 10:47 am

bro akmal kite ni…kalau takde budu…mmg tak sah…hehehe…sedap tuh!

Reply

lowongan kerja September 25, 2010 at 10:53 pm

memang benar tu.. bayam memang bergizi.. banyak zat besi didalamnya..
.-= lowongan kerja´s last blog ..Sukabumi Garment Jobs Sept 2010 =-.

Reply

hafizmd September 26, 2010 at 2:26 pm

sayur yg mmg byk khasiatnye…:D nikmat Allah yg tak terkira..

Reply

Khairol Ghani September 26, 2010 at 9:31 am

aku suka juga kartun ni masa kecik..bagus cerita ni..menggalakkan budak2 makan bayam..
.-= Khairol Ghani´s last blog ..kisah pakcik tua dan tomboy =-.

Reply

hafizmd September 26, 2010 at 2:23 pm

hehe…mmg budak2 cepat terpengaruh ngn citer2 kartun ni..hihi

Reply

suri September 28, 2010 at 2:10 pm

bayam ni grong masak bgtu sja mmg enak.. heee..

klu makan tgri tak der lauk sayur rasa mcm tak lengkap jer heeee

Reply

hafizmd September 28, 2010 at 10:51 pm

bayam goreng…bayam sayur air..uishh…semua sedaplah…nyummy….:D

Reply

hanif September 29, 2010 at 11:12 pm

aku makan bayam ni pun boleh dikira..xminat makan syur..ehee

Reply

hafizmd October 1, 2010 at 10:49 am

haaa..ni nk kene belajar makan sayur ni..eheehee

Reply

dnoBiz September 30, 2010 at 3:41 pm

Sebut pasala Olive aku teringat kat member sekolah aku dulu, tapi masa tu pangil Bini Popeye je, tah sapa la jdi Popeye agaknya
.-= dnoBiz´s last blog ..‘Kami mahu keadilan’ =-.

Reply

hafizmd October 1, 2010 at 10:47 am

tu diaa…teringat kisah lama..hehe..sapekah dia?

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge