Surat untuk kekasih…

Alhamdulillah…

Akhirnya dapat juga saya kembali berblogging. Cuti hampir 2 minggu memang sikit sebanyak mengacau mood untuk berblogging. Apatah lagi dicampur dengan kacau bilau yang berlaku dalam perut akibat percampuran pelbagai jenis makanan dan minuman sepanjang cuti hari raya.

Dah lama bercuti, idea nak tulis entri pun malu-malu saja nak keluar. Dah puas diperah, masih jugak malu-malu kucing..hehe. Jadi, rasanya baik saya mulakan entri pertama selepas cuti raya ini dengan satu entri pengambil mood yang bertemakan entri menggeletek hati dan jiwa. Tak mahulah sedih-sedih selepas rayakan? Mana-mana yang terpaksa tinggalkan kampung halaman atau berjauhan dengan insan tersayang, harapnya entri ini mampu melegakan sedikit kegusaran dan kesedihan hati mahupun kepedihan ulu hati akibat makan terlampau banyak. Ini dia, entri ‘Surat untuk kekasih’..

Puteri Tijah (bukan nama sebenar) dah mula bosan dengan kekasihnya, seorang orang putih Sir Henry Gurney (bukan nama sebenar juga). Dek kerana kebosanan melampau yang melanda dirinya, nak tengok muka si Henry pun dah naik muak, maka Puteri Tijah dengan senang hatinya menulis sepucuk surat sebagai wakil dirinya  kepada si Henry itu..begini suratnya..

"gambar dan cerita lucu kelakar lawak"Hi my boyafriend. My motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, i have see you and she together at town with my eyes self. You always request apology back back. I don’t trust you again!!! My friend speak you play three wood behind me. Now, i know you correct correct play three wood. So, i break off to pull my body from this love triangle. I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. So, i break off to go far from here, but i always love where also i live…safe live…bye bye my exboyafriend..”

Macam mana? Pernah kita sendiri yang menulis sebegini? Saya pernah juga tunggang-langgang bahasa yang satu ini, tapi Alhamdulillah mula belajar dan terus belajar untuk menambah ilmu.

® hafizmd – pengajaran? jangan takut untuk belajar bahasa asing..asalkan bahasa ibunda kukuh di sanubari dan tidak tunggang-langgang!