Disebalik Popeye The Sailor Man puppuuuu….

Ingat lagi cerita Popeye dan si aweknya Olive Oyl yang kurus? Pasti juga si Bluto yang tak habis-habis cuba mengorat awek Popeye dan akhirnya dibelasah teruk oleh Popeye walaupun pada mulanya Popeye yang kena belasah!

Rasanya, sesiapa saja yang lahir sekitar tahun 80an dan ke atas, pastinya tak ketinggalan setiap kali cerita Popeye ke udara. Mungkin tidak segah kartun Voltron, Suria Perkasa Hitam, mahupun Gaban Z potong 3! Namun, setiap kali Popeye dah kena balun dengan Bluto yang obesiti tu, memang tertunggu-tunggu…bilalah Popeye nak makan makanan penguat dia tu kan? Ada ingat tak?

Haaa…spinach atau sayur bayam atau nama saintifiknya ‘Spinacia oleracea’. Kenapa watak Popeye terus jadi kuat bilamana satu tin bayam ditelan rakus si Popeye? Habis setin, otot-otot tangan Popeye terus berketul-ketul mencanak naik bak traffik yang mencurah masuk dan takkah kita terfikir..kenapa bukan sawi? lobak? atau kobis? atau kangkung mak limah? atau mahkota dewa?

Jom! Kita sama-sama teliti dan fahami, adakah pembawaan watak Popeye yang secara tiba-tiba menjadi kuat dengan hanya setin bayam…benar atau dusta semata-mata? Ini dia entri Mythbuster versi aku..hehe..

Senang cerita, sebelum saya cerita…semua kenal sayur bayamkan? Nanti, dah habis baca..rupa bayampun tak terbayang lagi..jadi, kita kenal bayam dulu..ini rupa bayam yer, adik abang kakak…hihihi

"gambar sayur bayam dan khasiat bayam"

Ok. Dah kenal baru kita bercerita. Tak kenal maka tak cintakan?

Setelah diteliti, khasiat utama bayam pastilah kaya dengan vitamin A, C, E dan zat besi (kalsium, potasium, magnesium, mangan, zink).

Diringkaskan, saya senaraikan 6 khasiat bayam untuk kesihatan kita bersama (sekaligus membuktikan kekuatan Popeye akan bertambah selepas menelan setin bayam bukanlah mitos semata-mata!)

1. Tulang yang lebih kuatmakan bayam boleh mengelakkan kita dari osteoporosis. Jadi, tak perlu kita terlalu bergantung pada makanan tambahan yang mungkin terlalu mahal. Dengan sumber vitamin K yang terbaik dari bayam, ia cukup membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan maksimum!

2. Membina salur darah yang lebih baik – kaya dengan zat besi! zat besi penting dalam membina sel darah merah (tukang bawa oksigen ke seluruh badan). Jadi, kalau kurang zat besi, kita rasa lemah saja, mudah mengantuk, mudah hilang tenaga batin, dan akhirnya boleh dapat anemia.

3. Jantung yang lebih sihat – kaya dengan sumber antioksidan. Maka, sudah tentu bagus untuk mencegah terkumpulnya plak kolesterol pada arteri (kalau tersumbat di saluran arteri jantung, maka risiko untuk dapat sakit jantung amatlah tinggi!). Bagus juga dalam mengawal tekanan darah.

4. Mencegah kanser – adanya flavanoid mampu mencegah jangkitan pada tubuh. Maka, risiko untuk dapat kanser kolon, ovari, paru-paru dan kanser prostat akan berkurang.

5. Bagus untuk ibu hamil – ada 2 benda yang penting untuk ibu mengandung. Vitamin A untuk pembentukan paru-paru dan folat untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap. 2 benda ni ada dalam bayam. InsyaAllah, mudah-mudahan dapat mencegah kekurangan seperti bibir sumbing.

6. Miliki mata yang sihat – nak mata yang kekal sihat? Amalkan makan secawan bayam dalam makanan kita. InsyaAllah penglihatan kita kekal sihat. Lutein yang ada dalam bayam juga mampu melindungi mata dari proses penuaan yang ikut berubah seiring usia.

Macam mana? Apa kata, kita tambah bayam dalam senarai menu kita malam ini? Kalau nak tambah dalam menu anak macam mana? InsyaAllah, nanti saya keluarkan satu enrti berkaitan ini..

Terbukti…Popeye bijak sebab pilih sayur bayam yang penuh berkhasiat walaupun sedikit tak logik..habis setin terus gagah perkasa. Biasalah kan…dah nama cerita kartun..hihihi…

® hafizmd – suka makan sayur bayam masakan isteri…nyum nyumm…

Sumber: Diolah dari Majalah Rapi Julai 2010