Buah mahkota dewa..
Lama rasanya saya tak berbicara bab-bab kesihatan ni. Selepas entri kami sayang Abah, terniat juga berkongsi serba sedikit perihal kesihatan ini. Terutamanya melibatkan sakit jantung, darah tinggi, kolesterol tinggi, kandungan gula darah. Semuanya berkait rapat dengan satu organ yang cukup penting iaitu jantung.
Saya bukanlah seorang doktor, jauh sekali pakar sakit jantung. Namun, yang pasti saya ada jantung..hehe. Maka, sedikit pengalaman yang dikongsi Abah dalam mendepani sakit jantungnya, darah tingginya..kolesterolnya..dan sedikit pembacaan, saya rasa perkongsian ini mampu membantu sesiapa saja yang mahu mencuba ubatan alternatif.
Kalau bercerita pasal ubat jantung (yang diambil di IJN), hati saya cukup pilu bila terkenangkan Abah yang terpaksa telan juga ubat-ubat ini. Bukan satu jenis, tapi kalau tak silap..ada dalam 6 atau 7 jenis ubat yang perlu diambil 3 kali sehari.
Oklah. Pernah dengar nama buah mahkota dewa?
Namanya saja sudah cukup “gempak”kan?. Mana dapat nama ni? Walluhua’lam..Nama saintifiknya ialah Phaleria Macrocarpa. Buah ini asalnya dari Papua/Irian Jaya di Indonesia. Rasanya, memang agak sukar sedikit untuk mendapatkan buah ini, tapi khasiatnya cukup banyak dengan kandungan bahan yang tertentu. Saya senaraikan di bawah ini.
- Alkaloid – bersifat detoksifikasi yang mampu meneutralkan racun dalam tubuh
- Saponin yang bermanfaat sebagai:
- sumber anti bakteria dan anti virus
- meningkatkan sistem imun tubuh
- mengurangkan kadar gula dalam darah
- mengurangkan penggumpalan darah
- Flavonoid yang mampu:
- melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah
- mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi pengumpulan lemak pada dinding pembuluh darah
- mengurangi kadar risiko penyakit jantung koronari
- mengandung antiinflamasi (antiradang)
- berfungsi sebagai anti-oksidan
- membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan
- Polifenol yang berfungsi sebagai anti histamin (antialergi).
Bagaimana cara penyediaan? Cara yang termudah ialah hiris buah mahkota dewa ini (kulit dan isi) nipis-nipis, kemudian jemur sampai betul-betul kering. Kemudian, rebus hirisan tadi dan minum air rebusan.
InsyaAllah, apa yang Abah amalkan untuk kawal darah tinggi..salah satunya dengan meminum air rebusan buah mahkota dewa ni. Alhamdulillah, setakat ni..berkesan, tapi Abah masih lagi ambil preskripsi ubat IJN. Maksudnya, Abah kurangkan sikit kebergantungan pada ubat-ubatan sintetik ni.
Mana nak cari ni? Ini yang saya tak pasti. Kalau tak silap, ada produk kopi mahkota dewa, tapi saya tidak pasti bagaimana cara penyediaannya. Samada dikeringkan dan terus dikisar halus atau dikering, direbus kemudian airnya di’freeze dry’kan. Kalau tak salah, cara penyediaan herba sebegini perlu teliti supaya hanya bahan aktif saja yang kita minum, bukan termasuk serbat-serbat kayu mahupun bahan-bahan tak aktif yang lain.
Apa yang saya dengar, buah ini ada ditanam di Malaysia, tapi saya masih lagi mencari tempatnya. InsyaAllah, kalau jumpa, bolehla saya kongsikan di sini. Saya tahu, ramai antara kita yang mak ayah malah adik-beradik kita ada darah tinggi, sakit jantung, koleterol tinggi dan sebagainya. Harapnya, perkongsian ini sedikit membantu yer..:D
® hafizmd – moga Abah dan Ma sentiasa sihat dikampung..
Sumber: Indonesia Herbal dan Wikipedia

sesiapa yg inginkan nuah mahkota dewa bolehlah hubungi saya melalui email saya norman_5043@yahoo.com.
pokok ini agak susah untuk dibiakkan kalau tak kena cara nya… saya telah cuba menanam nya dalam pasu …10 pokok
saya dah tanam 2 pokok mahkota dewa di jalan duta, kuala lumpur.
sepokok telah berbuah.
Alhamdulillah….tunggu untuk dipetik.
Saya menjual Herba Mahkota Dewa yang di import dari Indonesia, Mahkota dewa yang saya jual ni ditanam di daerah pergunungan dan tempat yang sgt subur di kawasan Bandung. sekilo saya jual rm115 dah termasuk pos.. jika memesan lebih dari 5 kg akan dapat harga istimewa.. berminat boleh hubungi fb saya http://www.facebook.com/sufi.syazwi atau hubungi 019 8312885..
assalamualaikum..ibu sya ada menjual buah mahkota dewa yg telah dikeringkan,malah ibu saya juga pengidap kencing manis dn telah 2 thn mengamalkn minum air rendaman mahkota dewa yg telah dikeringkan ni,alhamdulilah setakat ni kencing manisnya blh dikawal,begitu juga dgn bapa sya yg mengamalkn untuk penyakit darah tinggi,alhamdulilah doc pn terkejut bila check darah tinggi bapa saya dh tiada..sesipa yg berminat untuk mendapatkan buah mahkota dewa yg dikeringkan ni blh la hubungi sy,sharifah-o19-9252202..
askum,pada sesiapa yang berminat untuk membeli hirisan kering mahkota dewa boleh hubungi email sy hani.yahani@yahoo.com
sy newcomer.santai-santai.good info at ur blog.
Salam Semua,
Saya adalah pembekal buah serta pokok mahkota dewa di Sarawak terutamanya di bahagian Miri dan Bintulu. Kepada yang berminat boleh hubungi saya di no tel saya 013-5622395.
kat rumah saya ada tanam ni. tuan rumah saya tanam. dia kata dari indonesia. dia pun tak tahu khasiat buah ni.kalau nak boleh saya poskan buahnya.
Kami juga ada membekalkan buah mahkota dewa yang telah dikeringkan dan di paket. sesiapa berminat boleh emel kami. kami berada di Kelantan.
Alamak sy dh terpotong sekali dgn biji tp belum rebus.selamat tak klu nk guna lg?racun kt biji dia tu meresap kt kulit/isi dia tak?
Walaupun kita tidak berpenyakit…Herba ini juga sesuai di jadikan minuman harian di waktu pagi atau petang…✔✔✔
Cegah lebih baik dari mengubati..kanser terutamanya..
Cara menyediakannya…
1. Masukan 7-8 keping Mahkota Dewa ke dalam teko@jug
2. Tuangkan air panas hingga penuh
3. Tunggu hingga air berubah warna,
tambahkan 1@2 helai daun stevia untuk rasa manis gula
4. Boleh digunakan berulang kali sehingga pudar warna hanya tambah air panas
( sangat menjimatkan.- 1 pack boleh guna 1 bulan )
➳ Untuk hasil terbaik gunakan 3 x sehari selama 2 bulan berturut-turut
SANGAT SESUAI UNTUK SEGALA UMUR ✔✔✔
➳ Perhatian PENTING : Wanita HAMIL dilarang minum
Sesiapa berminat boleh PM/whatsapp/Wechat/sms saya di talian
➳ 012 7489445 Noorzza
➳ 1 PACK HANYA RM 30/ free poslaju