1 cara mudah tambah saham akhirat..

Salam.

"tazkirah ramadan"

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda dan sahabat-sahabat Baginda.

Firman Allah dalam Surah al-Ma’idah, ayat 48 yang bermaksud;

‘…..maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan….’

Atas sahutan Kalam suci Allah ini, saya ingin sekali berkongsi satu cara yang mudah untuk kita menambah saham akhirat kita. Apa yang saya kongsikan ini adalah bukanlah dari hasil saya, tapi hanyalah satu perkongsian yang dikira mungkin mampu memberatkan amal timbangan di hari perhintungan yang tiada apa lagi membantu kita selain amal soleh dan kebajikan.

Namun, saya amat tertarik dengan cerita kesungguhan seekor burung pipit yang berusaha memadamkan api yang cuba membakar Nabi Ibrahim as.  dan kata-kata burung pipit;

Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak

Sungguh rasa kecil diri ini, jika seekor burung pun berusaha untuk menolong dalam urusan Agama, inikan kita yang diberi segala kelebihan dan kecerdikan.

Maka saya cuba sebarkan usaha Saudara Nuaeman kita yang insyaAllah akan menerbitkan fikrah atau helaian bahan bacaan yang bersifat dakwah dan perkongsian ilmu ini secara berkala. Moga usaha beliau dan juga mungkin usaha kita yang kecil ini, dengan penuh ikhlas akan mendapat Rahmat Allah.

Bagi yang berminat, boleh ke laman ini yer >>>> Al-fikrah sekadar usaha kecil dari insan kerdil

Helaian al-fikrah ni (dalam bentuk pdf) akan dihantar terus ke email kita. Jadi, bolehlah daftar dulu di laman di atas. Moga kita mampu menambah saham akhirat kita dengan usaha dakwah yang kecil ini..insyaAllah.

® hafizmd – Moga kita mampu menyumbang sesuatu yang berguna untuk agama kita…ameen