Chot vs Saod

- 1 February 2010. Updated 11 October 2013Humor Terapi

Pernah ke anda dengar tentang humor terapi? Kalau pernah, adakah anda percaya dengan hanya beberapa saat kita ketawa berdekah-dekah, ianya mampu memberi kesan yang positif kepada kesihatan kita? Di negara barat, humor terapi sudahpun berjaya mendapat tempat di beberapa hospital untuk merawat beberapa jenis penyakit. Antaranya ialah penyakit kanser. Walaupun ianya tidak memberi kesan yang begitu besar, namun sedikit kelegaan kepada pesakit selepas menjalani sesi humor terapi sudah cukup mengurangkan beban derita yang ditanggung.

Apa kata, kita cuba sesi humor terapi dengan membaca kisah dua sahabat baik ini. Mungkin ianya mampu meredakan sedikit ke’tensenan’ kita. Walau tidak banyak, sedikitpun sudah cukup memadai kerana tekanan yang berterusan mampu membuatkan salah satu saraf penting kita hilang fungsinya (Mungkin ini penyebabnya kenapa banyak orang hilang pertimbangan bila asyik tertekan, mana tidaknya..ada urat saraf yang dah “putus”..adei).

Chot (bukan nama sebenar) baru saja habis bermain bola sepak. Dia sungguh puas sebab dah berjaya “score” hatrik. Dalam asyik berjalan menuju ke keretanya, “baru korang tahu, kalau bukan hatrik, bukan Chotla namanya..hehe”. Tiba-tiba bila saja sampai di kereta mitsubishi evonya yang baru dibeli bulan lepas, sekali ada kesan kemik di sebelah pintu belakang, seperti baru kene langgar. Chot relaks saja, setakat kemik, tak luakkan pun duit dia yang berkepuk dalam bonet keretanya. Esoknya, dia ke bengkel Ah Peng. Ah Peng sejak azali lagi dah tahu akan ke’bendulan’ Chot. Ah Peng memang suka kenakan Chot

Ah Peng: Chot, lu kalu mau mulah. Tatak payah latang sini. Lu moleh bikin sendiri lo..

Chot: Lu biar betul taukey, kemik ni. Mane gua tahu repair

Ah Peng: Manyak senangla. Lu pegi itu belakang. Lu nampak itu ekjos. Lu tiupla kasi kuat-kuat punyer. Kasi kaw-lawla punyer tiup. Nanti jam, itu kemik moleh hilang maa..

Chot: Lu biar betul taukey. Jangan tipu sama gua.

Ah Peng: Tatak tipu punyer. Kasi angkat tryla..baru tau..

Chot: Okey. Gua balik rumah try dulu. Kalau kemik tak hilang. Siapla taukey.

Chot pulang ke rumah dengan perasaan sugguh terharu. Rupanya ada cara untuk hilangkan kemik tanpa keluarkan duit. Selamat lagi duit aku. Chot terus parking ala-ala drift depan rumahnya. Terus ke belakang dan meniup sekuat hatinya. “Phuuuuuuhhh!! Phuuuuuhhhh!! Chot hampa sebab tiada apa-apa yang berlaku. Chot ‘try’ lagi dengan lebih kuat tapi pintu yang kemik tidak juga kembung. Hidungnya yang sudah sedia kembang dan mengembang lagi adala. Ini yang buat Chot marah!

Member baik Chot, Saod namanya keluar dari rumah selepas terdengar dengusan angin dari hidung Si Chot tadi lalu bertanyala dia.

Saod: Mung wak mnende tu Chot?

Chot: Pintu kereta aku ni kemik. Ah Peng taukey bengkel tu cakap, kalau tiup kuat-kuat ikut lubang ekzoz ni, pintu kemik tu boleh kembung semula.

KAH KAH KAH KAH KAH KAH dan KAH KAH lagi. Saod gelak terguling-guling persis kambing hilang tanduk.

Saod: Bakpelah mung beng*** sangat. Mung tutuplah dulu semua cermin tingkap ni. Barulah boleh!..

® hafizmd – Jangan kita jadi seperti ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan ibu ketam pun berjalan tak betul.

{ 11 comments… read them below or add one }

fiezaradzi February 1, 2010 at 1:16 pm

giler klakar tul 2-2 orang nih…
.-= fiezaradzi´s last blog ..Jadual Imunisasi =-.

Reply

hafizmd February 1, 2010 at 10:54 pm

Memang ngam la kirenya jadik housmate. Same ‘frekuansi’nya..hikss

Reply

azizan4444 February 1, 2010 at 9:45 pm

same tak cte yg geng brcakap tgh solat..nk ajar org len tp diri sndri x bpe btol…mmg terbaik la..ahaha..saod tu orang ganung ke?hahahaa
.-= azizan4444´s last blog ..Aku Benci Diri Sendiri =-.

Reply

hafizmd February 1, 2010 at 10:53 pm

Citer yang psal ”eh,mane boleh cakap mase solat, batal tu” ek? ni pun memang terbaik dari ladangla..hhehehe

p/s – Saod (identiti dirahsiakan) memang orang ganu, lebih dikenali sbg Pok U’d..hahahaha

Reply

azizan4444 February 3, 2010 at 1:37 am

aah..cte tu la..mmg pemes..semua org tahu kot..heheh

pok u’d?komersial ngat name tuh..hahaha

Reply

Faridrashidi.Com February 2, 2010 at 1:19 pm

Salam,

Suruh dia ambil pam angin kat kedai tauke, lagi kuat sikit tiup.. hehe.

Ketawa sekali sekala tak apa, ketawa berkali-kala tu yang bahaya.
.-= Faridrashidi.Com´s last blog ..Mencuba Theme Wordpress =-.

Reply

hafizmd February 2, 2010 at 4:27 pm

Salam,
Ade betulnye..sekali-sekala tak apa. Kalau banyak kali dan melampau..itu bahaya..

Reply

azman February 2, 2010 at 2:19 pm

Hahahaha mmng klakar…korang ni dua2 dah ada dotcom nie…jeles haku…tahniah2

Reply

hafizmd February 2, 2010 at 4:26 pm

Itula..bolehla hilangkan tensen kt tempat keje tu..kalau adela..hihi.

p/s – Dotcom biase2 jer Man..
.-= hafizmd´s last blog ..Chot vs Saod =-.

Reply

Ali ridha December 12, 2010 at 3:26 pm

hihi…boleh melegakan pesakit ke.
.-= Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua =-.

Reply

hafizmd December 13, 2010 at 12:06 pm

hehe…ini namanya terapi senyum 😀

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge