Pak Din Bolognese…
“…kita bako…kita bako…”
Terkejut Pak Din Bolognese dari tidurnya.
“Bakpe pulok ayat ning hok duk musing dalang pala aku ning? Sapa pulok nok bako…” Pak Din terus bingung memikirkan ayat yang sama dalam 3 malam berturut-turut.
Pak Din Bolognese memang tak percaya pada mainan mimpi, tapi kali ni…Pak Din memang rasa tak sedap hati sungguh. Kalau ayat-ayat cintanya dengan Mek Nah Pasta yang keluar dalam mimpi, Pak Din pasti khising* sampai ke petang. Ini tidak, ayat “…kita bako, kita bako..” juga yang menghantui 3 malamnya berturut-turut.
“Dok buleh jadi ning…aku kene siasat molek…” Pak Din Bolognese mula berfikir. Tangan dan kertas sudah tersedia di tangan. Pak Din mula menulis…
Chot vs Saod
Pernah ke anda dengar tentang humor terapi? Kalau pernah, adakah anda percaya dengan hanya beberapa saat kita ketawa berdekah-dekah, ianya mampu memberi kesan yang positif kepada kesihatan kita? Di negara barat, humor terapi sudahpun berjaya mendapat tempat di beberapa hospital untuk merawat beberapa jenis penyakit. Antaranya ialah penyakit kanser. Walaupun ianya tidak memberi kesan yang begitu besar, namun sedikit kelegaan kepada pesakit selepas menjalani sesi humor terapi sudah cukup mengurangkan beban derita yang ditanggung.
Apa kata, kita cuba sesi humor terapi dengan membaca kisah dua sahabat baik ini. Mungkin ianya mampu meredakan sedikit ke’tensenan’ kita. Walau tidak banyak, sedikitpun sudah cukup memadai kerana tekanan yang berterusan mampu membuatkan salah satu saraf penting kita hilang fungsinya (Mungkin ini penyebabnya kenapa banyak orang hilang pertimbangan bila asyik tertekan, mana tidaknya..ada urat saraf yang dah “putus”..adei).
3 Blogger Sensasi
5 Entri Terkini
5 Ulasan Terkini
- tehr: Wah, dapat tempat ketiga la
Tahniah kepada semua dan kepada tuan... - akubiomed: Top terdiri 2 lelaki kacak dan 1 wanita jelita. Tanniah kepada...
- Azman: Tahniah kepada pemgomen terbanyak.
- anif:
Yey! Kali ini Saya berada dalam senarai! - HAFIZMOHD.COM: avatar di sidebar kanan. Menyusul kemudian review blog di...






