Contest SEO Eridy | Syok Main SEO?

contest seo eridy

Assalamua’laikum.

Contest SEO Eridy. Dah lama sangat dah tak turut serta dalam mana-mana contest SEO. Paling akhir, kalau tak salah, contest SEO anjuran Klinik Cinta. Oleh sebab SEO dan blogging ni dah macam ibarat kambing golek yang menari ronggeng menggoda, akhirnya kena juga cari peluang dan ruang untuk tingkatkan kemahiran berSEO. SEO ni bagi ambe, memang masih masih benda misteri. Makin dibaca, makin keliru dan mengelirukan. Enjin carian makin banyak songehnya bagi pemain blogger amatur macam ambe.

Contest SEO Eridy | Ada Apa Dengan SEO?

1. Blog Eridy.com. Kalau tengok sekarang, memang ringkas seringkasnya blog Eridy ni. Nampak macam blog baru. Kalau tengok angka Alexa pun, memang masih baru. Tapi itu sekarang. Dah habis contest SEO Eridy ni, siaplah angka Alexa tu. Meme akan berdesup mengecil dan semakin comel!

2. Contest SEO Eridy ni memang pastinya menarik ramai blogger yang sukakan cabaran. Nak semua menang, mana boleh. Ada yang menang, ada yang kalah. Biasalah. Yang dah tau selok-belok bab SEO memang senang nak tempatkan apa jua katakunci di muka pertama enjin carian. Bagi yang masih tak mahir bab cilok-mencilok SEO ni macam ambe, memang akan terus cuba teknik-teknik yang tahu dan kurang tahu serta samar-samar. BacklinkΒ  untuk blog Eridy mahunya mencanak-canak lepas ni. Memang taktik yang baguskan?

3. Meriah. Meme meriah. Takat ni, dah ramai blogger yang turun padang untuk uji kemahiran SEO masing-masing. Ambe tengok keputusan di muka pertama Google.com pun saling pintas memintas. Memang terbaiklah! Ambe mungkin mampu tengok jer manusia power SEO berlumba di muka pertama. Ambe kalau dapat jejak mukasurat 3 pun dah kira bagus. Jadi, ini satu cabaran untuk blog ni dalam contest SEO Eridy. Bukan senang wooo nak pintas jejaka kacak dan anak dara, makcik pakcik ni semua!

Contest SEO Eridy
Contest SEO Eridy. Sekarang dah makin panas!

4. Ada yang cakap, kalau themes mesra SEO macam themes Thesis dan Genesis tu senang nak ranking bagus di enjin carian. Ambe tak berapa nak pasti, tapi ambe yakin ianya memang ada kaitan jugak serba sikit. Jadi, kalau themes yang mesra SEO, mungkin ada peluang lebih besar nak menang contest SEO Eridy kali ni. Itu ramalan amatur jer. Sama jugak yang guna platform blogspot, ada kemungkinan tinggi jugak boleh kaut duit dalam contest blog Eridy ni.

5. Ada apa lagi dengan SEO? Mana boleh lupa bab duitkan? Mana-mana blogger yang terer main SEO ni, ambe yakin benar yang sumber jualan mereka datangnya hasil mainan SEO. Bab pasang umpan tu satu hal jugak. Tapi yang penting, macam mana nak letakkan entri kita dengan katakunci yang kita sasar berada di muka pertama enjin carian. Bila dah ada kat situ, umpan yang kita pasang tu, baru ada guna. Kalau tak, boleh basi umpan tu.

6. Pentingnya SEO. Nampak tak pentingnya SEO? Sebab tu, ambe rasa masih banyak lagi ilmu SEO yang belum diterokai oleh pencari ilmu SEO termasuk ambe sendiri. Itu tak bermakna kita tak boleh cuba dan terus mencuba.

Tips Terbaik SEO | Masih Keliru!

1. Rasanya ramai lagi blogger yang masih keliru dengan SEO macam ambe ni. Teringat pulak entri ni, “Adakah Blogger Keliru dengan SEO?” Antara ulasan menarik ialah;

Apabila kita berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada para pembaca, kemudian di tambah dengan teknik SEO yang betul. Ini pastinya akan memberikan kesan yang lebih baik kepada blog kita, pembaca kita, dan seterusnya memberi tambah nilai dalam komuniti atau masyarakat secara umumnya – Blogger Eizil

2.Β  Ada blogger yang secara luarannya nampak macam tak bermain dengan SEO tapi entri mereka cukup power untuk memikat hati enjin carian. Mungkin faktor entri unik dan kena dengan selera pembaca memberikan bonus terbaik buat mereka. Antara blogger dalam kelas ni ialah blogger Kak Jie. Memang kagum sungguh dengan cara dia menulis entrinya. Santai tapi berkesan! Cuba gi baca entri Kak Jie yang ni, “Teknikal SEO: Kesalahan Kerap Dilakukan oleh Blogger.”

3. Macam kata Encik Titan, platform blogspot memang ada kelebihan tersendiri dalam SEO. Ada yang senang-senang jer buat duit hanya guna blogspot. Tak perlu nak fikir renew domain dan hosting, cukup sekadar ada blog blogspot. Terpulang dengan ‘kepercayaan’ masing-masing. Betul tak? Tak perlu kita kondem sape-sape yang guna blogspot ataupun rasa bangga sebab pakai hosting berbayar.

Hasil entri SEO?

contest SEO Eridy
Hasil main-main dengan SEO. Itu baru main-main. Cuba bayangkan kalau betul-betul tahu SEO?

1. Ini komisen yang sempat ambe dapat selepas keluarkan entri, “Cara Mudah Nak Buat Putu Bambu Homemade.” Semuanya memang semata-mata entri tu jer. Takde buat benda lain. Takde giler ping sana, ping sini. Takde giler mintak google plus kat mana-mana. Malas betullah ambe ni. Jangan tiru ambe kalau nak rembat komisen yang super power macam Encik Titan tu.

2. Adakah ini hasilnya daripada entri SEO? Ambe tak berani nak cakap. Mungkin ya, mungkin tak. Yang pasti, ambe usaha buatlah mana yang tahu, dan pasang umpan sikit. Ada rezeki, Alhamdulillah. Boleh beli putu bambu kat pasar malam pulak…hahahaha

Akhirnya, nampak tak kepentingan dan kebagusannya kalau kita tahu taktik dan kemahiran SEO ni. Banyak benda yang kita boleh buat. Banyak benda yang tak pernah kita jangka kita dapat, kita akan mulai rasa manisnya!

Soalnya ialah macam mana nak belajar SEO? Salah satu caranya ialah dengan masuk Contest SEO Eridy ni. Hentam bubuhlah apa jua benda yang korang rasa ‘itulah’ SEO. Nanti, kita tengok sape yang menang dan pakat skodeng apa yang dia buat. Kalau pemenang tu baik hati, dia ceritalah serba sikit, tapi janganlah harap dia nak cerita 100%….hehehehe

@hafizmd – Oklah. Selamat bercontest dalam contest SEO anjuran blogger Eridy ni. Ada rezeki dan usaha yang betul, rezeki kali ni milik kita.