senarai blogger melayu

Siri 5:Ambil Kesempatan Blogger November!

Assalamua’laikum.

Ada blogger yang tak kisah samada blog mereka ada komen atau tak. Ada yang sangat kisah dan rasa kurang semangat bila tengok entri mereka kurang terima respons. Terpulanglah pada masing-masing punya kepuasan. Ambe rasa, kalau ada seorang yang baca dan dia dapat manfaat daripada entri tu, itu dah cukup baik. Tapi, ada lagi yang terbaik dan super power yang ambe harapkan daripada entri yang ambe tulis iaitu….

Fokus Utama Penulisan Artikel

Fokus utama penulisan ambe ialah untuk peringatan diri sendiri. Kalau apa yang kita tulis tu ‘sampai’ untuk diri sendiri, itulah kejayaan terbesar seorang blogger.

Terima kasih kat korang yang selalu singgah sini. Ambe tau, ada yang singgah tapi tak tinggalkan komen. Terima kasih lagi sekali. Blogging ni best kalau kita tahu apa yang kita buat dan apa yang kita nak buat.

Jomlah pakat ambil kesempatan terjah blog pilihan bulan November ni. Semuanya blogger November hebat-hebat dan banyak yang boleh kita pelajari di blog mereka. Jom!

  1. suri Suri: Musim cuti sekolah ni, bagus juga ajar anak-anak skil gunting menggunting. Acu terjah entri ni, ‘Kotak Teddy Bear.’
  2. Hafizul Hafizul: Jom baca cerita En. Ahmad. Siapa dia En. Ahmad? Baca di sini,  ‘Cerita Encik Ahmad.’
  3. titan Titan: Ada satu entri ringkas bebenor. Tajuknya, ‘Delete’ jer. Dah baca? Gi baca di sini, ‘Delete.’
  4. TehR TehR: ‘Apa yang suami nak sebenarnya?’ Baik korang gi baca! Tak kahwin lagi? Gi baca jugak…
  5. papa mifz Papa Mifz: Ada yang tahu ‘Tempat best di Terengganu?’ Sila ke entri ni untuk berkongsi.

Terima kasih lagi sekali kepada semua yang sudi singgah. InsyaAllah, ambe pasti terjah kembali blog korang. Ada masa, insyaAllah sampai.

@hafizmd – Hari ni hujan sejak pagi. Alhamdulillah. Sejuk jer…

51 comments

  1. Salam. Lama betul tak singgah sini… bagi Sis komen penting untuk melihat respon terhadap isi yang kita tulis untuk tentukan apa yang kita tulis tu logik,boleh diterima akal ..

  2. Menulis blog ni jika memberikan manfaat kepada insan lain, ia boleh dikirakan sebagai ibadah. Walaupun ianya tidak mengeluarkan keringat, memberikan ilham kepada pembaca juga tetap memberikan manfaat untuk jangka panjang. Menulis blog ni, umpama menanam benih. Hasilnya tu, jadi atai tak jadi, kita cuma tau pada masa akan datang.

  3. Kadang – kadang je singgah sebab banyak benar blog yang ada nama hafiz ni. dah keliru yang mana satu. hehe. takpe, aku suscribe je lah. Eh, terima kasih juga sebab sudi lawat blog aku.

      1. aik berat tu bro larat ker hee… bila ornag hadir rasa seronok sangatkan.saya suka blog ini bab sukan saya ada berlagak sikit dengan dia nak kalau ada info best tentang team bola ARSENAL dan MU. atau team malaysia saya mula eksyen cerita pada dia pada hal saya tahu semua dari belong ini dan beberapa blog blogger lain jer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *