Assalamua’laikum.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013. Pemenang pastinya dipilih berdasarkan prestasi tahunan. Bukannya sekadar dalam aksi akhir atau sesuatu kejohanan. Nama besar seperti Piya, Mat Yo, Farhan, Amri, Shahril Ishak disebut-disebut untuk menjadi pemenang. Jomlah kita tengok siapa pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013.

Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013

  1. Pemain Paling Bernilai 2013: Badhri Radzi (Kelantan)
  2. Pemain Penyerang Terbaik: Norfarhan Muhammad
  3. Pemain Pertahanan Terbaik: Baihakki Khaizan
  4. Pemain Tengah Terbaik: Badhri Radzi
  5. Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat
  6. Pemain Import Terbaik: Marlon Alex James
  7. Pemain Harapan Terbaik: Junior Eldstal
  8. Anugerah Jurulatih Terbaik: Dollah Salleh
  9. Persatuan Bolasepak Terbaik – PBSNT (Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu)
  10. Kelab Bolasepak Terbaik: KL Sime Darby
  11. Kelab Penyokong Terbaik: Kelantan
  12. Anugerah FAIRPLAY: PDRM

Ini antara keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013. Tahniah kepada yang telah dipilih untuk menang.

Nyata Badhri Radzi pemain terbaik Malaysia 2013. Sayang beribu kali sayang, khidmatnya tidak digunakan dalam misi menyelamat Harimau Malaya.

keputusan anugerah bolasepak kebangsaan 2013
Tahniah Piya! Kredit gambar: Astro Arena 801
pemenang anugerah bola sepak kebangsaan 2013
Baihaki, Farhan, Badhri Radzi, Khairul Fahmi & Junior (Kredit gambar: Astro Arena 801)

Apakah “jauhari sudah tidak kenal manikam?” atau “yang mana intan yang mana kaca?”

Musim Liga Malaysia 2014 pastinya lebih menarik, gempak, panas dan menghiburkan dengan aksi pemain tempatan dan import yang power-power!

@hafizmd – Amacam? Ok tak dengan keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013?

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.