Siri 2:10 Tips Menjadi Ibubapa Cemerlang

Assalamua’laikum.
Ini siri kedua ‘Tips Menjadi Ibubapa Cemerlang.’ Saya masih lagi seorang bapa yang ‘mentah’ dalam soal ni. Maka, perkongsian ini lebih tepat lagi adalah menjadi peringatan dan ulaman untuk saya hadami dan praktikkan dalam rumahtangga saya sendiri. Jika ada yang bermanfaat, dialu-alukan untuk diambil manfaatnya untuk melahirkan pewaris agama dan bangsa yang gemilang. InsyaAllah. Siri 1, boleh dibaca di entri ini, “Siri 1:10 Tips Menjadi Ibubapa Cemerlang.”
Bersedia, Sabar & Menjadi Pendengar Yang Setia
Sungguh, menjadi ibubapa bukan sekadar membeli apa saja yang anak pinta. Bukan sekadar sediakan makan pakai anak-anak. Ianya lebih besar maknanya dan pasti lebih besar juga tanggungjawabnya. Apa yang kita pandang dan rasa ianya remeh-temeh, mungkin ianya dipandang besar dan hebat di mata anak-anak kita. Justeru, sama-samalah kita muhasabah diri dan perbaiki diri untuk menjadi ibubapa terbaik.
11. Buat persediaan sambut harijadi anak– Sekarang ni pun, di taska mahupun nurseri, mesti ada sambutan kecil-kecilan untuk menyambut harijadi rakan-rakan anak kita. Anak kita mesti tanya, bila pulak giliran dia. Betul tak? Jadi, sediakanlah sekadar termampu. Tak perlu besar-besar sampai pening fikir bab perbelanjaan. Kek cawan pun pasti mampu buat anak tersenyum lebar.
12. Sabar dalam mengajar – Karakter anak-anak memang berbeza. Tahap kecekapan belajar juga berbeza. Ada anak yang cepat faham apa yang diajar, ada yang perlahan. Maka, ubatnya ialah kena banyak bersabar. Sabar tiada batasnya, kita yang membataskan SABAR. Betul tak?
13. Luangkan masa di luar rumah – Orang kata kualiti masa yang penting. Ibubapa mana yang tak nak sentiasa bersama anak-anak. Pelbagai tuntutan ‘memaksa’ kita ibubapa era moden berjauhan dengan anak-anak. Masa yang terluang gunakanlah sebaiknya. Kalau berjalan bersama, pimpinlah tangan anak sambil bercerita tentang keindahan alam ciptaanNYA. Jangan biar ada rasa kekok antara kita dan anak-anak.
14. Dengar mimpi anak – Sampai masanya, anak-anak juga bermimpi. Macam kita juga. Jadilah pendengar setia. Pasti anak-anak rasa mereka ada kita untuk berkongsi cerita. Apa sahaja cerita.
15. Jangan biasakan anak tidur tanpa adab Islam – Ini penting. Nak didik mestilah bermula masa mereka masih kecil. Ajarilah mereka dengan baca doa untuk tidur contohnya. InsyaAllah pasti berkesan. Anak seusia 2 tahun dah boleh baca doa tidur walaupun pelat sebutannya. Usahakanlah. Begitu juga soal-soal lain.
16. Hargai mainan anak kita – Ada masa kita geram bila anak sepahkan mainan, mungkin ada masanya kita terlepas marah. Jomlah kita lebih bersabar sebab barang tu barang anak-anak yang dia sayang.
17. Terima hakikat yang kita bukan sentiasa super mama atau super abah – Kita ibubapa memang nak jadi yang terbaik. Tetapi, terimalah hakikat yang kita juga lemah, banyak buat salah. Jadi, pakatlah kita ubah perangai yang tak elok. Anak-anak sentiasa tengok kita.
18. Jangan bawa balik beban kerja ke rumah – Kadang-kadang mungkin terpaksa. Tapi kalau boleh, elakkanlah. Nanti anak-anak buat kesimpulan yang kerja ibubapanya lebih penting berbanding bermain dan layan mereka di rumah. Ingat yer. Kalau anda memang bekerja dari rumah, pepandailah bahagi masa. Bestnya!
19. Jangan terlampau stress bila anak menangis – Biasalah anak-anak. Menangis ni salah satu cara dia tunjuk sesuatu. Adalah tu benda tak kena. Kena belajar banyak bersabar. Nanti bila anak dah besar panjang, duduk jauh-jauh…kita yang mungkin menangis sebab rindukan suara anak-anak kita…huhu
20. Hargai perasaan anak – Pasti anak-anak juga ada emosi sama macam kita. Anak-anak juga nak diberi perhatian dengan cara mereka. Jadi, sama-sama kita jangan terlepas pandang dan belajar untuk menghargai emosi mereka sebaiknya.
Inilah tips tambahan menjadi ibubapa cemerlang. Paling penting, acuannya mesti ikut Islam. InsyaAllah selamat dunia akhirat. Sekali lagi, entri ni khas saya tujukan buat diri sendiri yang banyak lagi kelemahan dan kekurangan. Sungguh, bukan senang menjadi ibubapa yang terbaik. Ayuh, pakat kita jadikan Rasulullah sebagai role model kita dalam keluarga.
@hafizmd – Tips Menjadi Ibubapa Cemerlang. Ada pendapat? Silakan berkongsi. Like, Tweet dan G+ untuk entri ni =)
Rujukan: Majalah Wanita
Menarik tips nie tapi nak tambah sikit. Kpd ibu-bapa berhati-hati dengan percakapan kepada anak-anak, jangan mudah keluar kata-kata kesat sbb doa ibu-bapa kepada anak-anak sangat makhbul…
Betul tu. Memang nak kena jaga sangat2…anak2 mmg cepat belajar
kadang2 rasa seronok dengar anak mengigau
kadang2 rasa kesian pulak
hehe…kalau lebih2 sgt, mmg kesian
Bukan menjadi ibubapa terbaik bagi generasi Y ini.
Benar tu bro AB. Sama2 kita usaha jadi yg terbaik
tips yang berguna untuk para ibu bapa… kena save nih untuk rujukan dimasa akan datang…
save jgn tak save…hehe
Emm anak saya tu..bila nak tidur suruh baca doa tidur nya baca doa makan..lepas tu dia gelak pulak..suruh baca lagi, doa makan gak dia baca..dia bukan tak ingt doa tidur tapi saje jer nak bagi kami gelak sebelum tidur..hahaha..
hahaha…saje carik idea tak nak tidur…keh3
Emm tu lah pasal..kadang2 tu rasa nak cubit2 paha dia..haha
Tips yang sangat berharga, dengan cara diatas kita bisa makin dekat dengan anak2 dan mereka pun bisa jadi anak yang penurut dan pintar
Terima kasih telah mensharing ilmunya
nice sharing
harap boleh menjadi ibubapa yang terbaik 🙂
Semua tips kat atas tu sebenarnya ringkas dan nampak mudah. Tapi ramai yang gagal. Terima kasih berikan peringatan!