Contest Kaca Mata Papamifz.com
Assalamua’laikum.
Contest Kaca Mata Papamifz. Jika dikorek-korek kembali ingatan ambe tentang kaca mata, banyak kenangan manis dan pahit. Maklumlah, pakai cermin mata ni dah jadi macam pakai baju. Kalau tak pakai, serba tak kena jadinya. Semuanya nampak kabur tanpa kaca mata. Benarlah, anugerah pancaindera ini antara nikmat terbesar yang Allah pinjamkan pada kita. Sejak bila ambe pakai kaca mata? Adakah benar power kaca mata kita boleh naik dan turun dengan beberapa sebab? Kaca mata apa yang sesuai dengan kita? Ada petua nak cerahkan mata tak?
Bila ambe mula pakai kaca mata?
Seingat ambe, ambe terpaksa jua menerima kenyataan yang mata ambe mula kabur. Masa tu ambe di Tingkatan 2 rasanya. Hujung tahun. Satu hari tu, ada meksi mata (optometris) datang kat sekolah ambe. Habis semua pelajar diwajibkan periksa kesihatan mata masing-masing. Ada jugak kawan ambe yang takut nak periksa, takut diperiksa benda-benda lain. Pelik pulak ambe bila fikir balik..hahaha. Dipendekkan cerita, ambe salah sorang yang didapati positif rabun jauh. Sudahnya ditetapkan satu tarikh untuk ke klinik mata di bandar Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjutan dan juga untuk dibuatkan cermin mata percuma. Iya, memang percuma 100%!
Ambe ingat lagi. Masa periksa mata kali pertama tu. Kena pakai cermin mata ala-ala teropong ajaib. Berat betul. Kena tengok kat depan huruf-huruf dan nombor-nombor. Kalau ada rasa silau, kenalah cakap ada silau. Kalau tak, nayalah mata kita nanti. Kena kerja lebih kuat. Silap-silap tahap silau boleh bertambah teruk. Susah nak bawak kereta malam-malam. Gitulah lebih kurang kata-kata meksi (optometris) yang periksa mata ambe. Rupa meksi tu? Mana ambe ingat! Ambe budak-budak lagi masa tu…hahahahaha
Ok. Bila dah siap periksa mata. Meksi mata tu bagi sekeping surat rujukan agaknya. Kalau tak silap ditulis tentang berapa power rabun ambe, ada silau ke tak. Lepas tu diberi surat untuk ke sebuah kedai kaca mata. Kedai Cermin Mata Sanadi. Inilah namanya kedai kaca mata pertama yang ambe pergi. Hampir setengah jam jugaklah ambe belek-belek bingkai cermin mata. Tak tahu mana nak pilih. Nak pilih yang kaler gelap ke cerah. Bingkai bulat macam Harry Potter ke? Bingkai petak ke? Semuanya ambe tengok. Akhirnya ambe mintak tolong Abang Ngah dengan penjual kedai tu yang pilihkan. Bingkai bujur dipiliah. Warna bingkai coklat. Katanya sesuai dengan muka bujur sirih ambe. Bujur sirih? Tak tahan!
Pengalaman malam pertama pakai kaca mata.
Serius, memang rasa serabut bila ada benda yang melekat kat batang hidung. Kadang-kadang naik rimas dan geli pun ada. Oleh kerana tahun berikutnya ambe nak periksa PMR (Penilaian Menengah Rendah), kenalah gagahkan diri untuk pakai. Kalau tak, macam mana nak tengok tulisan cikgu kat papan hitam. Macam mana nak tahan bas kat tepi Pejabat Tanah Marang tu? Macam mana nak tengok seorang kakak yang asyik tengok ambe dua-tiga minggu ni? Macam mana ambe tau dia kakak eh? Ok, itu cerita lain dah. Malas nak cerita…hahaha
Adalah seorang kawan ambe ni cakap, “eh, nampak macam orang tua jer pakai spek….” Aduh, masa tu serius rasa macam nak campak jer cermin mata tu, tapi ambe ni jenis yang muka pat puloh sen. Buat tak tahu jer. Lagipun ada member-member perempuan yang cakap ambe nampak lagi hensem. Agaknya mereka ni saja cakap camtu sebab nak lepaskan diri tiap kali ambe tahan mereka depan pintu pagar sekolah sebab datang lambat. Biasalah, ambe catit jugak nama mereka sambil ambe cakap, “esok jangan datang lambat lagi yer…” Sesekali kena diplomasi dengan member-member ni, esok lusa pandai-pandailah mereka datang awal ke sekolah.
Waktu yang paling perit pakai kaca mata ialah bila tiba waktu bersukan. Ambe main bola sepak, sepak takraw dan ping pong. Sepak takraw dan ping pong ambe dapat teruskan bermain walaupun berkaca mata tapi tidak bola sepak. Ambe terpaksa mengalah juga dengan sukan nombor satu ni. Ambe tak menyesal sebab mak ambe pun sebenarnya tak bagi ambe main bola. Jadi, oleh kerana dah pakai kaca mata baru, bermain pun lebih semangatlah. Bola ping pong yang warna oren tu pun nampak lebih jelas. Senanglah ambe nak spin baik punya, smash laju-laju, backhand kaw-kaw punya. Menang ke? Tak ambe kalah sebab ada lagi pemain lain yang lebih power! Paling tidak, ambe nampak lebih hensem dengan kaca mata baru berbanding pemain lain….keh keh keh
Berapa banyak dah kaca mata yang ambe beli?
Rasanya sudah hampir 8 cermin mata termasuk yang ambe pakai sekarang. Banyaknya! Ambe bukan sengaja patahkan, jauh sekali ambe sengaja buang. Banyak kes-kes tak sengaja yang berlaku. Paling ambe ingat ialah cermin mata ambe yang kantanya boleh bertukar jadi gelap bila kena cahaya matahari (lupa nama jenis kanta ni…). Kanta ni kanta kaca. Berat sikitlah bila pakai. Jadi ada sekali tu, ambe mandiβ¦letaklah atas dinding tinggi. Sekali kawan sebelah mandi, dia sangkut tuala dan tarik lepas mandi bersama-sama cermin mata ambe. Jatuh berkecailah. Bukan salah dia, tapi salah ambe yang letak tak kena tempat. Akhirnya ambe serik bawak cermin mata ke bilik mandi dan pakai kanta jenis photogray. Selepas hampir 10 tahun, sekarang ambe kembali pakai kanta jenis photogray ni. Sesuai dengan cuaca panas terik. Kena cahaya matahari, kanta jadi hitam. Tak ke bertambah kacak si pemakai kanta photogray?
Spesis kaca mata yang ambe beli?
Ambe tak kisah sangat, janji kena dengan budget yang ambe ada. Kes paling parah bila cermin mata patah tiba-tiba. Nak-nak pula tengah bulan tak mengambang. Terpaksalah ambe korek wang kecemasan. Antara yang ambe ingat ialah jenis GA Blue. Dah patah sebab selalu bengkok dan akhirnya ia patah sendiri. Makan diri agaknya. Gambarnya?
Kisah kaca mata ni ada ambe abadikan di entri ni –> “Kisah Cermin Mata dan Laptop“
Kaca mata sekarang?
Ambe sudah pakai yang jenis photogray. Harga kantanya tidaklah mahal sangat, dan bingkainya memang agak murah sebab tidak berjenama. Memang teringin nak beli yang ada jenama seperti Bonia, tapi terpaksa dilupakan akibat belum dapat CPUV…hahahha. Bila dah jenis photogray, memang lebih nyaman pandangannya bila hari panas. Sudah tentu ada rasa lebih yakin dan mungkin juga nilai kehenseman ambe bertambah sebanyak 43.345 %.
Baiklah. Panjang bebenor dah ni. Tulis panjang-panjang sangat, kesian korang nak baca. Kesian lagi pada juri nak baca. Jadi silalah kasi ambe menang terus…keh keh keh. Lagipun banyak lagi blog nak kena singgah dan baca, kan?
Sekian, terima kasih.
@hafizmd – Entri ini dicipta khas untuk menyahut cabaran Contest Kaca Mata PapaMifz.com.
ramai yg join kontest nie…
btw selamat berjaya bro
terima kasih bro
ambe memeriahkan kontest rakan blogger
wah rasa ni adalah entri yh tepanjang setakut tahun 2013.. hiiii
hehe..mmg paling panjang setakat ni…
hoho..gua dah terlupa kejap benda nih. penat punya pasal.
lu mmg sah kena rehat lebih sikit..
tidur tu bior cukup weh..kang tak pasal2 penyakit pelik2 datang pulak
hensem2 skrg ni…good luck bro..
hahaha..sikit jer hensemnya..keh3
thanks bro
Ooo contest baru. Good luck bro… π
yup…kontest paling terbaru
Selamat berjaya kepada bro dengan penyertaan contest ini. π
Terima kasih bro AB
Anak kawe baru jer bagitahu semalam spec dia hilang. Adeh, mahu beli baru lagi. Hmm.. maybe bagus masuk contest ni jer kan?
haaa..nak tak nak..kena ganti baru gak tu..kalau tak kesian dia..
bab masuk kontest tu elok jugak bro..mana tau ada tuahnya nanti…lagipun cara menang kontest ni takde vote segala bagai..just penulisan saje
selamat masuk ke tengah gelanggang
belum tahu siapa kalah siapa menang
Siapa kalah siapa menang
Itu sudah adat gelanggang
Terima kasih ambe ucapkan
Buat cikgu tehramuan
selamat maju jaya, nanti menang jgn lupa spek mata yg lama.. hehe
terima kasih. mana boleh lupa…hehe
aik, de juga selit citer kakak2 sekalian ye? kononlah tu.. haha
cermin mata harry potter? haip..
hahaha..kasi maniskan entri jer…hahahha
harry potter? opsss
terima kasih sebab sudi join contest den…semoga berjaya bro…;)
terima kasih kembali
bila tarikh tamat contest ni ye??
15 mac yer…cepat2lah masuk
Hehe..sukan no 1 terpaksa mengalah yer?tapi hebat juga deme pakai spek main takraw..tak kena kat spek ke bola takraw tu?selamat maju jaya boh..hehe
amboi.. terer nya main pingpong.. ^_^. ambe tok pandai nok buat bola spin tu
ambe sikit2 jer pandainya…hohoho
Waaa, tahniah kerana join juga seperti saya. π
Moga saudara dapat tersenarai sebagai pemenang. π
Terima kasih.
Alhamdulillah. Masin mulut saudara Asyrof, rezki berpihak pada smbe
best baca citer kaca mata u nie…tahniah sebagai pemenang no. 1…
Terima kasih pn sukma.
Cerita benar ni…hee
Tahniah saudara Hafiz Mohd. π π
Saudara pemenang “Kanta Kaca Mata PapaMifz.com” no.1. π
Tahniah, moga terus menulis ya. π
Saya ingat, saya pemenangnya. hihihi π
Terima kasih saudara Asyrof.
InshaaAllah, ambe akan terus berkongsi entri santai yg bermanfaat. InshaaAllah
hhihi..inshaaAllah
tahniah π
terima kasih hans =)