Kegembiraan Berganda Dalam Sejuta Keresahan

Assalamua’laikum.
Kegembiraan Berganda Dalam Sejuta Keresahan. #PrayForLahadDatu. Isu yang semakin kelihatan rumit bila angka korban polis Malaysia semakin meningkat. Sejuta keresahan pasti menyelubungi seluruh rakyat Malaysia terutamanya di Lahad Datu dan kawasan sekitar.

1. Sejuta keresahan ni menyebabkan ambe sukar untuk berbicara soal ni. Sama-sama kita panjatkan doa untuk keselamatan rakyat Malaysia di Lahad Datu dan seluruh pasukan keselamatan Malaysia yang berkorban jiwa raga mempertahankan bumi bertuah Malaysia. Boleh baca seterusnya di blog INI.

2. Kegembiraan berganda yang ambe maksudkan pastinya tentang bola. Pasukan kesayangan ambe, Terengganu nampaknya semakin bangkit selepas 3 kemenangan berturut.

3. Lagi berganda bila pasukan Manchester United menang malam tadi. Lebih manis bila Shinji Kagawa meledak hatrik dan kalau tak silap, menjadi pemain pertama Asia yang hatrik di BPL.

4. Ambe kira ini tonik terbaik menjelang pertembungan timbal balik menentang Real Madrid nanti.

5. Oklah. Ambe nak p tambah kekacakan ambe di mata isteri ambe. Nak p tolong lipat baju sat. Sekadar entri ringkas dan santai.

@hafizmd – Kegembiraan Berganda Dalam Sejuta Keresahan. Semoga semuanya cepat kembali aman di Lahad Datu. Ameen.