10 Blog Paling Sensasi Februari 2013

¬†Assalamua’laikum

10 Blog Paling Sensasi Februari 2013. Alhamdulillah. Sempat jua ambe keluarkan entri penghargaan untuk rakan blogger yang sentiasa rajin dan mesra singgah berkomen di sini. Satu stadium Old Trafford ucapan terima kasih pasti tak cukup untuk ambe berikan pada anda semua. 10 blog yang bakal ambe paparkan pastinya patut menjadi blog yang kita singgah. Ingat yer, bukan setakat singgah tapi baca dengan teliti dan cuba untuk hadami setiap patah kata entri rakan kita. Mungkin kita tak tahu, rakan blogger kita kerja keras demi nak siapkan satu entri untuk dihadami bersama!

1. Senarai blog Melayu paling sensasi Februari 2013.

2. Ambe sengaja cuba kelaskan setiap blog ni mengikut niche blog masing-masing dari sudut pandang ambe sendiri. Maaf jika tak tepat yer =)

3. InshaaAllah, 3 blog terbaik setiap bulan akan ambe tempelkan di sisi kanan selama sebulan di muka depan yang berPR2. Maka sudah tentu tempias jus blog ni akan terus ke blog anda. Moga ada kebaikannya.

4. Beberapa kontest utama seperti kontest 10 Blogger Terbaik Malaysia dah tamat, Kontest Kaca Mata PapaMifz.com masih berlangsung dan Kontest Sarikata Kucing belum ditamatkan lagi.

5. Satu lagi kontest hangat yang sedang berlangsung ialah kontest Destinasi Percutian Melastik Bintang. Kontest ni belum sempat ambe sertai. Masih lagi mencari bahan bukti =)

6. Kesimpulannnya, dunia blogging ini amatlah luas. Pandai-pandailah pilih rangkaian mana yang kita nak baca. Paling tidak, biarlah aktiviti blogging ni memberikan kita sesuatu. ‘Sesuatu’ ni pulak terpulanglah pada anda untuk mendefinasikannya.

7. Rasanya tiada istilah blogging tanpa tujuan@suka-suka. Setuju dengan pandangan Kak Jie, “Semua tu akan dihisab dan ditimbang disoal kelak” Noktah.

@hafizmd – 10 Blog Paling Sensasi Februari 2013. #PrayForLahadDatu. Dengarnya, pasukan ATM sudah mula ambil alih. Moga berakhir dengan cepat. Ameen.

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.