HAFIZMOHD.COM

Personal, Kerjaya & Affiliate

Tidakkah kita berfikir dan bersyukur?

Gempa bumi dan tsunami di luar pesisir Sumatera, Indonesia cukup membuat diri kerdil ini diam seribu bahasa. Alam kini bersuara lagi. Tidakkah kita berfikir dan bersyukur? Pernah kita ditimpa musibah tsunami dan gegaran berulang kali, namun Rahmat Allah pada bumi bertuah Malaysia masih mencurah tak bertepi. Tidakkah kita berfikir dan bersyukur? Alangkah besarnya rahmat Illahi, […]

Nikmati keindahan dan keajaiban serangga…

Hanya entri santai saja hari ni. Apa yang akan saya paparkan mungkin ada teman-teman yang tak suka tengok atau mungkin saja geli melihatnya. Kita biasa sangat tengok serangga-serangga ni tapi dalam kadar penglihatan manusia yang biasa. Maksudnya, takde kita boleh fokus dan “zoom”kan serangga ni hingga nampak bulu-bulu dan segalanya dengan lebih dekat. Apa gunanya […]

Video Ustaz Idrus dan isinya…

Video di atas disampaikan oleh Ustaz Idrus. Mungkin ada yang akan keliru dan tak faham sepatahpun apa yang Ustaz Idris cakapkan. Almaklumlah, Ustaz berceramah dalam dialek Terenngganu yang agak pekat. Dalam penyampaian beliau yang penuh bersahaja itu (walaupun diselang-seli dengan unsur jenaka), sempat saya kutip dan kongsikan beberapa isi penting. Antaranya ialah;

Sama-sama kita hayati video ini|Subhanallah

Salam Ramadahan. Alhamdulillah. Sudah hampir separuh Ramadhan kita tempuhi. Bagaimana dengan solat tarawih kita? Bagaimana dengan puasa kita? Bagaimana dengan cara kita berbuka? Semua ini, hanya kita dan DIA saja yang lebih tahu. Sama-sama kita fikir dan renung-renungkan. Alhamdulillah. Saya kongsikan satu video dari you tube ini untuk tatapan dan makanan jiwa kita yang sentiasa […]

1 cara mudah tambah saham akhirat..

Salam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda dan sahabat-sahabat Baginda. Firman Allah dalam Surah al-Ma’idah, ayat 48 yang bermaksud; ‘…..maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan….’ Atas sahutan Kalam suci Allah ini, saya ingin sekali berkongsi satu cara yang mudah untuk kita menambah saham akhirat kita. Apa yang saya kongsikan ini […]

Sedikit perkongsian Ramadhan 1431H..

InsyaAllah, dalam beberapa jam saja lagi, kita dan seluruh ummat Islam tak kira di mana-mana saja akan menjalani suatu ibadah yang mana mampu mencanai diri kita yang serba kurang dan lemah ini untuk menjadi insan yan terbaik disisi Allah. Apa lagi kalau bukan puasa di bulan Ramadhan. Sempena tu juga, saya ingin sekali berkongsi satu […]

Awasi pendapatan online kita..

Tidak halal seseorang yang menjual suatu dagangan, melainkan dia hendaklah menjelaskan ciri dagangannya itu. Dan tidak halal bagi seseorang yang mengetahuinya, melainkan dia harus menjelaskannya – Riwayat Hakim dan Al-Baihaqi Semacam sudah menjadi suatu trend apabila lambakan pelbagai produk fizikal, e-book, service, iklan dan sebagainya dihidangkan buat santapan kita yang seolah-olah begitu mendambakannya. Kenapa saya […]

Kenapa manusia makin ‘lupa’ dan ‘buta’

Saban hari kita baca, kita dengar dan mungkin juga kita saksikan dengan mata kepala sendiri akan perihal buang anak, anak derhaka, pasangan curang, vandalisma, kes rasuah, curi itu ini, penggubahan wang haram, skim cepat kaya, tipu sana sini,  dan macam-macam lagi tak ubah seperti tagline astro “macam-macam ada”. “Sekali ombak membadai, sekali pantai berubah” Persoalannya, […]

Kini telekung pula ‘bangun’

Selepas beberapa ketika kita dikejutkan dengan fenomena sejadah berdiri dalam keadaan seolah-olah sedang bersolat, kini fenomena itu kembali lagi. Bukan lagi sejadah, tapi telekung sembahyang milik seorang ibu tunggal di Bandar Sunggala, Port Dickson. Begini kata pemiliknya, Azizah Jalil; Selepas memakai kain sarung saya terkejut melihat telekung yang sebelum ini dalam keadaan berlipat, telah duduk […]

Sudin ‘Ajaib’ sudah hilang ajaibnya

Mempunyai nama panggilan yang unik, Sudin Ajaib membuatkan dua tiga hari ni, dia semakin meniti di bibir rakyat Malaysia lantaran ‘keyword’ namanya yang unik. Di manakah keajaiban si empunya diri ini? Mungkin keratan artikel ini boleh menerangkan serba sedikit keajaiban yang dimiliki oleh insan ‘ajaib’ ini. Apa yang kita perlu perhatikan dalam kes ini?