Tidakkah kita berfikir dan bersyukur?
Gempa bumi dan tsunami di luar pesisir Sumatera, Indonesia cukup membuat diri kerdil ini diam seribu bahasa. Alam kini bersuara lagi.
Tidakkah kita berfikir dan bersyukur?
Pernah kita ditimpa musibah tsunami dan gegaran berulang kali, namun Rahmat Allah pada bumi bertuah Malaysia masih mencurah tak bertepi.
Tidakkah kita berfikir dan bersyukur?
Alangkah besarnya rahmat Illahi, mencipta gunung-ganang gagah memacak bumi Malaysia tanpa membawa beban di kerak bumi.
Tidakkah kita berfikir dan bersyukur?
Tidak cukup gempa bumi dan tsunami, Gunung Merapi pula mengaum memuntah debu panas melitupi bumi. Bersedia memuntah lahar yang dikandungi.
Sungguh, alam benar-benar sudah lama bersuara.
Tidakkah kita berfikir dan bersyukur?
Fakta gempa bumi dan tsunami yang melanda luar pesisir Sumatera, Indonesia;
- Gempa bumi sekuat 7.7 skala Richter menyebabkan tsunami setinggi 3 meter
- Tsunami ini menenggelamkan hampir 10 buah kampung
- Dianggarkan 113 orang maut, 502 orang masih hilang akibat tsunami
- Garis gelinciran gempa bumi kali ini sama seperti yang berlaku di Aceh pada 2004 (9.1 skala Richter, 230,000 nyawa terkorban)
Fakta Gunung Merapi;
- Gunung Merapi yang mula batuk-batuk memuntahkan debu panas sudah mengorbankan 15 orang termasuk seorang bayi 2 bulan akibat sesak nafas
- Dianggarkan 11,000 penduduk sekitar Gunung Merapi dipindahkan ke kawasan selamat
- Andai Gunung Merapi tidak melepaskan tekanannya secara perlahan-lahan, dijangka letusan terkuat bakal diletuskan sejak beberapa tahun lalu
- Korban pada tahun 2006 ialah 2 orang, tahun 1994 ialah 60 orang dan tahun 1930 seramai 1,300 orang
Semua bencana alam yang berlaku begitu hampir dengan kita.
Tidakkah kita berfikir dan bersyukur?
® hafizmd – Ya Allah Ya Rabbi, sesungguhnya kami hambaMU yang lemah, berilah hidayah dan petunjuk kepada kami…ameen
Salam. Betapa bertuahnya kita kan? Takde berlaku bencana seperti itu di tempat kita. Tapi, yang bersyukurnya sikit saja. Untuk benda yang remeh temeh pun kita nak mengeluh…dapat benda besar macam yang berlaku di negara lain karang,takdenya kita nak peduli pasal politik, harga minyak etc, yang penting nyawa…
Salam zezebel.
Memang cukup bertuah dilahirkan di bumi Malaysia tapi masih ramai juga yg mengeluh itu dan ini…serba tak kena…cube berfikir sejenak..luaskan perjalanan…tgk negara dan manusia lain….insyaAllah, kite akan rase betapa nikmatnya diberi dan dilahirkan disebuah negara bernama Malaysia!
Setuju dgn zezebel…thanks
@hafizmd,
ni la akubat nya bila tak pernah merasa kesusahan yang betul betul susah.
.-= dnoBiz´s last blog ..Tugasan Hari Jumaat – Riadah Di Masjid =-.
eerm…betullah kate pepatah “jauh perjalanan, luas pengalaman…”
Subhanallah. Bersyukur sebab Malaysia takde bencana2 macam ni. Apa2pun kita sama2 doakan saudara kita di Indonesia. dugaan mereka datang bertimpa2. semoga kita ambil iktibar daripadanya.
.-= Amir Said´s last blog ..5 Pulau Tercantik di Malaysia =-.
Betul tu bro amir. Ambil iktibar dan doakan moge mereka tabah dan sabar atas dugaan yg hebat ni..
Peringatan buat sekalian alam, janganlah kita kufur nikmat. Astagfirullahhalazim
.-= Zala Wajik´s last blog ..MARA Tidak Mesra Pelanggan Ini Kata Aku =-.
Kufur nikmat tu yg jadi banyak bencana dan bala…wana’uzubillah…
Yup, amat bersyukur..negara kita masih dilindungi dari bencana 😉
.-= Bb Hussain´s last blog ..Maher Zain Live in Concert Feb 2011 =-.
Alhamdulillah…Ya Allah…lindungilah kami dari bencana dan musibah…ameen
selalulah kita bersyukur, bukan saja selamat malah de alam yg sgt cantik..
.-= fiezaradzi´s last blog ..5 Peristiwa =-.
dahlah banyak tempat cantik2…selamat dan aman lagi…:D
Alhamdulillah
Sentiasa bersyukur kerana dilahirkan, dibesarkan dan menetap di negara yang tercinta 🙂
.-= anif´s last blog ..Liberalisasi Untuk Maju =-.
Alhamdulillah..bertuah kite yer..
TSUNAMI= Tuhan Siksa Umat Nabi Agar Mereka Insaf.. siapa sangka 1 hari nanti Malaysia akan tenggelam?? jika ISLAMnya hanya pd nama sahaja.. ISLAM letaknya di hati.. bukan di ic no….
Salam Ukhwah dr saya.. 🙂
.-= Mohd Hafiz´s last blog ..DiGi BroadBand : Always The Smarter Choice =-.
siap ade huraian ni…:D
harapnye camtulah…bukan Islam hanya pada nama dan ic…same2 kite fikirkan
baru tau pasal kejadian ni
bersyukur sgt2 jika nak dibandingkan negara lain
.-= Wan Perlis´s last blog ..Final Piala Malaysia 2010 : Kelantan vs Negeri 9 =-.
begitulah ketentuan Allah….Malaysia dicipta mmg hampir tetapi dipelihara dgn penuh rahmat..
Masa tahu Indonesia dilanda Tsunami secara tak sengaja semasa membaca latest news Utusan. Mengenai gunung berapi memang dah aware tapi bencana Tsunami macam tak percaya bahawasanya ia benar-benar berlaku
.-= akubiomed´s last blog ..Comment on Plugin untuk WordPress by suffer8zine =-.
Masa mula2 dengar berita kat TV3, takde lagi tsunami tuh…mmg wakil tv3 kat indon tu ade sebut, tpi katenye hanya kecil saje dan tak bahaye..tpi sekali esoknya…dah jadi 3 meter…itu semua kuasa Allah…
Syukur Msia selamat dari bencana tersebut 🙂
.-= mankuchai´s last undefined ..Response cached until Wed 27 @ 19:11 GMT (Refreshes in 54 Minutes) =-.
Alhamdulillah…syukur Ya Allah…:D
di pergunungan merapi tu ada kegiatan kurang sihat – urusan jual beli toyol dilakukan di situ dan setiap hujung tahun ada upacara penebusan[macam upacara ancak] 🙁
.-= sangilapi´s last blog ..cabaran disahut =-.
waaa..kalau benar bagai dikata…tak mustahil Allah turunkan peringatan buat hambaNYA…huuu
Selagi kita bersyukur maka kita akan selamat dari bermacam musibah.
.-= hyprobulksms´s last blog ..Pemasar affiliate =-.
InsyaAllah. Mudah-mudahan kita dilindungi dari segala macam musibah dan bencana..ameen
peringatan kepada hambanya….agar beringat…
betul tu zik…peringatan buat kita..huuuu
Tulah kita kena bersyukur apa yang dikurnia oleh Nya
.-= akubiomed´s last blog ..Comment on Plugin untuk WordPress by suffer8zine =-.
sentiasa bersyukur…insyaAllah akan ditambah nikmatNYA…ameen
Aduh, terima kasih Hafiz. Terkesan.
Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat.
sama-sama berkongsi dgn teman2…
terima kasih singgah sini 😀
syukur pada Allah…alhamdulillah
teringat kejadian post Dipang, yang dilanda banjir lumpur suatu masa dahulu
.-= dnoBiz´s last blog ..Tugasan Hari Jumaat – Riadah Di Masjid =-.
haaa…tragedi banjir lumpur yg cukup dahsyat…ade jugak dgr2 cerita kurang enak disebalik kejadian tu…
memang bencana kali ni banyak kali ya.. 🙁
.-= lowongan pekerjaan´s last blog ..TAX Specialist for e-SPT Compliance and Web Specialist Vacancy Sudirman =-.
bencana yg datang mengingatkan kita..huhu
aku bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia. Lokasi yang bebas daripada lingkaran gunung berapi!
.-= dedoku´s last blog ..Tutorial- Cara Install Driver Genius Full Version =-.
alhamdulillah…sipi2 jer ngn lingkaran tuh…subhanallah
Bumi kita selamat dari bencana.
.-= Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua =-.
masih seronok ke disko.
.-= Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua =-.
perlu diingat.negara kita
dikelilingi laut.
sekali hujan susah
bertakung air dalam rumah.
jiran kita tu
Indonesia.kita selamat lagi
dari bencana.