Blogger dan Computer Vision Syndrome

Apa benda “computer vision syndrome” (CVS)?

Itu adalah istilah yang selalu digunakan untuk sesiapa saja yang ada masalah berkaitan dengan mata akibat penggunaan komputer.

Bila dah sebut penggunaan komputer, maka kita para blogger tidaklah terkecuali malah mungkin tanpa kita sedar, kita sedang merasai kesan dari CVS ini. Mata kita tidak lagi segar dan menawan seperti dulu. Kenapa ini berlaku?

"tips mata sihat segar menawan"Biasalahkan, kalau dah berjam-jam mengadap komputer mahupun laptop, kita kadang-kadang terlebih memaksa mata kita untuk bekerja. Lebih teruk lagi, kalau kita memang bekerja setiap hari menggunakan komputer. Itu di pejabat, tak kira balik rumah lagi. Mengadap komputer lagi. Al-maklumlah, dah hobi berblogging. Nak buat macam manakan? hehehe…

Tak perlu saya bagi contoh orang lain, saya sendiri pun dah biasa sangat. Bila dah terlebih seronok ‘merendek’ ke blog teman-teman, tanpa sedar kita sedang memberi tekanan yang lebih pada mata kita.

Lepas tu, mulalah mengadu (dan mungkin ada blogger yang cuba ke klinik untuk memohon cuti sakit…hohoho) sakit matalah, mata berair, letih, mata merah, gatal, sakit kepala, pandangan nampak bertindan-tindan, sakit leher, sakit belakang dan sakit bahu. Wooo…banyak juga kesannya tu.

Maka, saya cadangkan kita sama-sama amalkan 6 langkah pencegahan untuk mata kita kekal sihat dan bersinar lagi menawan macam iklan inner shine tu…

  1. Jarakkan diri kita dengan komputer sejauh 4 – 9 kilometer inci di bawah paras mata – cepat ambil pembaris dan ukur yer…
  2. Kedudukan komputer perlulah betul-betul di depan kita – Jika kita perlu mengadap komputer seharian, jangan senget-senget yer…
  3. Guna pelindung skrin pada komputer untuk kawal jumlah cahaya yang kita lihat seharian – kalau belum ada, boleh fikirkan budget untuk beli…
  4. Guna alatan kerja mudah alih – contohnya kerusi dan meja boleh laras (senang nak ubah kedudukan), skrin komputer yang boleh laras kedudukannya dan kecerahan serta warna kontras yang boleh dikawal.
  5. Pastikan kecerahan skrin hampir sama atau sama cerahnya dengan objek-objek sekeliling – baru mata kita senang untuk menyerap tenaga cahaya yang sama cerahnya…
  6. Bagi warna skrin, ada cadangan supaya gunakan karakter hitam di atas latar putih sebabnya ini yang paling mudah untuk mata melihat – adakah perlu kita tukar warna theme blog kita???

Macam mana teman-teman? Ada cadangan lain untuk kekalkan mata kita supaya sentiasa segar, sihat dan menawan?

® hafizmd – cuba-cuba untuk mengurangkan aktiviti blogging di rumah….:D