Tanda sakit perut appendik. Memori setahun setengah yang lalu!

Tanda sakit perut appendik? Tahu tanda penting sakit appendik di bahagian perut sebelah kanan? Baca tanda sakit perut appendik.

tanda sakit perut appendik
Kantung appendik kecil tapi besar fungsinya! (kredit: wikipedia)

Assalamua’laikum. Dah nak hampir setahun setengah isteri saya dibedah, dibuang appendiknya yang disahkan bengkak agak teruk. Satu memori yang amat sukar untuk dilupakan. Serius, sampai sekarang masih ingat bagaimana kuat dan tabahnya isteri menahan sakit selama hampir seminggu. Tak termasuk selepas dibedah (My wife, Fiezaradzi memang seorang yang tabah!).

Kes isteri saya sakit perut ni bermula sangat cepat. Sampai sekarang tak pasti apa puncanya isteri sakit perut dan akhirnya disahkan sakit perut sebab appendik dah bengkak dan perlu dibedah dengan segera. Entri ni ditulis sebagai  peringatan khas (terutamanya diri sendiri) kepada SUAMI, IBUBAPA dan sesiapa saja yang ada sakit perut luar biasa.  Moga pengalaman tersebut jadikan kita lebih berhati-hati dan paling penting cepat membuat keputusan yang tepat!

Tanda-tanda awal perut sakit appendik

Antara tanda paling awal sakit perut sebab appendik yang dapat diperhati dan diceritakan sendiri oleh isteri ialah;

  1. Sakit perut sekitar pusat. Sakit ni boleh rasa berjam-jam lamanya.
  2. Sakit perut ni pulak diikuti sekali oleh muntah, penat, kurang selera makan.
  3. Dah habis sakit sekitar pusat, sakit perut merebak pula ke bahagian sekitar bawah tulang rusuk sebelah kanan. Kat sinilah tempatnya appendik tu.
  4. Muntah-muntah tu jarang tapi boleh berlaku kadang-kadang bila lepas makan. Dahlah tak lalu makan, lepas tu muntah-muntah. Akibatknya, isteri alami penurunan berat badan yang agak ketara. Kesian teringat isteri masa tu. Maaf yer sayang!
  5. Demam. Iya. Suhu badan akan naik tak konsisten, tapi memang demam.
  6. Lain-lain tanda sakit perut sebab appendik bengkak/tersumbat? Boleh baca di entri ni. Baca: “10 Tanda Radang Appendik.”

Sakit perut? Jangan bertangguh!

“hari ni dah masuk 3 hari sakit perut. Nak kata masuk angin, biasanya bila letak minyak cap kapak Alhamdulillah, lega dah…sakit mmg sebelah kanan, sakit yg berulang2..bila sakit tu datang..tekak terus automatik loya..menimbulkan kepelikkan..kalau pergi klinik msti dapat jawapan klise’ (msuk angin, skip makan, gastrik). Jadi malas nk pegi..hihi ” – komen Cik A.
Bertindak cepat dan tepat. Terima kasih kepada Saudara Nasaruddin yang sudi berkongsi pengalaman beliau tentang anaknya yang juga sakit perut sebab appendik bengkak. Katanya;
“Selepas perkara terjadi kepada anak saya yg berumur 5 thn barulah terbaca maklumat ini: Bermula dgn demam, diikuti cirit birit dan muntah loya serta tidak berselera makan. Pada peringkat awal doktor hanya bagi ubat demam, batuk/selsema dan antibiotik. selepas tiga hari demam, ciritbirit dan tak selera makan berterusan dan mula mengadu sakit perut.Saya ingat hanya sakit perut biasa (angin/lapar 3 hari tak makan). Untuk kali ke2 mendapatkan rawatan di klinik swasta, suspek anak saya mengalami radang appendik dan disarankan rujuk hospital pakar putrajaya, dan di sahkan masaalah appendik dan terpaksa menjalani proses pembedahan. Alhamdulillah pembedahan berjaya dan selamat. Untuk pengatahuan 9 daripada 10 ciri2 diatas berlaku kepada anak saya , maka JANGANLAH MEMANDANG RINGAN jika anak2 kita mengalami tanda2 spt diatas. “
@hafizmd – Penyakit datang dan pergi sebagai tanda ujian dan sayang kepada kita oleh pemilik diri kita yakni Allah. Berusahalah sehabis mungkin. Selebihnya serah kepada Allah jua untuk tentukan keputusannya. Sama-sama kita bertabah dan redha dengan ketentuan Allah.