Terengganu Nelang, Manchester Dok Rok!
Assalamua’laikum. Terengganu vs Sarawak. Pusingan kedua Liga Super 2014 bermula 11 April 2014. Harap benar Terengganu menang malam ni lawan Sarawak!

Terengganu vs Sarawak 11 April
Pusingan pertama, Terengganu menang 3-1 di Sarawak. Malam ni, main di gelanggang sendiri. Lama sunggoh ambe dok gi stadium SSINS. Kalu dulu-dulu, memang boleh kata banyok kali jugoklah ambe nge abang ambe gi stadium. Sama-sama bersorak sampai habis suara. Masa rehat, layan makan kepok lekor hok ada orang jual bawa dalam bakul keliling satu stadium. Memang rindu weh!
Bereh boh. Malam ni, misi Terengganu mesti menang untuk rampas balik kedudukan nombor 1 di Liga Super 2014. Pahang main malam esok lawan T-Team. Ambe harap T-Team menang malam esok untuk kembali ke landasan terbaik untuk mencabar kedudukan top 4. Mata antara semua pasukan, tak jauh mana.

Nasib Manchester United musim 2014
Manchester tersingkir dalam saingan Liga Juara-juara Eropah. Musim depan, rasanya dah hampir tertutup juga. Nampaknya nasib Manchester United musim ni benar-benar menguji peminat setia The Red Devils. Ambe selalu lepak di blog peminat setia Manchester di sini –> blog peminat Manchester United!
@hafizmd – Peteh Ganu Peteh!
harap selangor menang lagi. yehh!
alah menang suka hatilah itu yer dak
selangor sila tunggu game lawan terengganu nanti..hehe
Hehehe, fokus untuk game 12 hb
hang memanglah..hahaha
Alhamdulillah JDT menang walaupun PKNS gol sendiri.
memamg rezeki nampak gayanya. rajin korang tengok eh uh..
Macamana dengan keputusan Terengganu vs Sarawak malam tadi? Siapa yang menang?
Sarawak mng 2-1….huhu
Terlalu jarang menonton tv sekarang,kalau emak ustazah ni mesti tahu sebab dia minat bola
Bagus jugak kalau jarang tgk tv..kan ustazah?
Hahaha. Awat tajuk lagu tu 😛
hahaha..tajuk dialek terengganu..
Kenapa terengganu main tak macam biasa.. Takpe harap t-team dapat menyekat kemaraan pahang.. Hehe, susah tuh.
terengganu macam pandang rendah pada team lawan bila leading..penyakit ape ntah
peteh ganu peteh! hehe. boleh tu nak rampas tahta liga. main molek doh tu. hok ni keeper ganu main bagus, terbaik lah. bab menyu tu, hihi. boleh ketawa jelah. kawe minat chelsea.
hang jgn ketawakan manu yer..hahahaha
Good luck buat dua-dua team ya… 🙂
hehe..thanks aya
ada rasa gembira ketika Sarawak menang dalam perlawanan tersebut.
Sarawak makin berbisa!
Sabagai anak jati ganu, ye ganu mmg nelang musim ni. Sebagai fan MU juga, apa boleh buat, champion bertahun pon boleh jatuh tersungkur. Harap MU leh bangkit musim depan
hohoho..harap terengganu bangkit lebih fokus..
manu kena tumpukan utk menang semua baki game..tu jerlah
saya orang pahang tapi suami selangor..saya sokong tok gajahlah 🙂
Atasi Masalah Kolesterol Secara Semulajadi