Liga Super 15 April & Tengku Abdullah Bakal Presiden FAM Baru?
Assalamua’laikum. Malam ni, ada 5 game Liga Super 2014. Pahang, Selangor dan Terengganu. 3 pasukan teratas. Selangor tak main malam ni, peluang Terengganu untuk rapatkan mata.

Pahang makin berbisa!
Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan makin menjadi-jadi! Menang 2-0 kalahkan T-Team minggu lepas mengukuhkan Pahang di takhta Liga Super 2014. Nampaknya, Pahang tak perlukan jurulatih import dan pemain-pemain super bintang untuk kekalkan momentum mereka musim lepas. Terbaiklah! Memang Pahang ada “sesuatu” resepi yang menjadikan mereka di tahap sekarang.
Jadual 15 April 2014:
- PKNS vs Terengganu : Terengganu wajib menang. Harap Hj Man ada formasi lebih baik untuk barisan pertahanan malam ni. Nampak sangat longgar game sebelum ni.
- Lions XII vs Pahang : Pahang mesti menang atau seri malam ni untuk sekat Lions XII
- Sarawak vs ATM : Penyerang berbisa Marlon dah tak bersama ATM. Memang tak menjadi ATM musim ni.
- Perak vs Johor DT (Siaran langsung di Astro Arena 801) : JDT perlu memang jika nak bersaing rebut takhta Liga Super.
- Sime Darby vs Kelantan : Kelantan nampak dan serasi dengan taktikal Darby. Sime Darby dalam mood terbaik lepas menang 1-0 dengan Lions XII di Jalan Besar hari tu.
Sokonglah pasukan kesayangan korang setiap masa. Bukan masa menang jer! Masa kalah, sokonglah juga. Jangan kutuk sampai rebah motivasi pemain dan boleh buatkan kita bercakaran sesama sendiri.
Tengku Abdullah bakal bertanding jawatan Presiden FAM?
Menarik kalau Tengku Abdullah sanggup lawan bertanding jawatan ni. Tengku Abdullah antara mereka yang kembali memberi sinar dalam sukan hoki Malaysia selepas alami zaman “gelap” beberapa tahun lepas. Aku harap, Tengku Abdullah mahupun TMJ sanggup bertanding dan paling penting perwakilan negeri sanggup beri sokongan untuk perubahan FAM tahun ni! Kalau bukan tahun ni, tak tahulah tahun bila lagi.
Nicholas Anelka khabarnya dirisik untuk beraksi dalam salah satu pasukan terbaik di Malaysia! fuuuh…
@hafizmd – Bola sepak masih lagi sukan nombor 1 Malaysia.
wah makin menyegatlah di padang nanti. untuk kaki bola peluang ini jangan termiss lagi ya 🙂
hari ini hoyeh layan jangan tak layan en admin 🙂
hohoho..bola takleh lepas..haha
Gogo jdt malam nie… Terengganu harus menang malam nie
tahniah JDT menang. Terengganu seri plak dah
dalam liga Pahang rank no 1.
walaupun kalah malam tadi..masih no 1
uik, malam ni pun ada game ke? fuh ade JDT punya game. aku nak tengok lah kalau berkesempatan. bab Anelka tu, kalau betul dia masuk malaysia, memang hebat lah. dia memang masih bagus main tu. Aimar tu aku sendiri rasa kurang menyengat dah. kuda tua. haha -_-
hehe..anelka tu mungkin masuk kelantan…hoho
aimar dan tua, tapi passing masih power bro
semoga arena bola sepak malaysia terus maju kedepan dgn cara yg sihat…
yeah! inilah semangat yg kita nak..
Malam ni peluang terbaik untuk JDT dapat 3 mata. Perak tengah down sikit musim ni. Rugilah kalau JDT tak dapat top 3. Player hebat-hebat tapi chemistry belum ada lagi.
Yang penting saya tak sabar nak tengok import2 baru Selangor beraksi. Haha
tahniah JDT menang dan naik 1 tangga..
Harap Terengganu mengungguli tempat teratas liga.
tinggal harapan jer malam tadi..harap terengganu lebih power lepas ni
layan juga tapi sekejap sebab sini ujan terus tutup tv uhuk..
hehe..tutup tv..tidurlah..hehe