Dinner Bersama Team Denaihati!
Assalamua’laikum.
Dinner bersama team Denaihati. Alhamdulillah. Syukur sangat sebab dijemput ke dinner malam tadi. Bukan senang nak jumpa bertentang mata dengan blogger-blogger beraura positif.
Sesi makan-makan ni bertempat di Hotel Hilton PJ. Cerita banyak pun tak berapa nak best, ambe tunjukkan beberapa keping gambar untuk tatapan korang semua. Moga lepas ni, ada peluang korang pula dijemput untuk dinner bersama Best Micro Blog 2014 dan team denaihati!
Gambar dinner bersama Team Denaihati
Antara blogger yang mai malam tadi selain Tuan Amir Denaihati ialah foodblogger paling hot abad ini bro Hazman Fadzil, bro Kid, bro Anarm, bro Eizil, bro Melastik Bintang yang baru membuat kemunculan dalam Majalah Pa&Ma, Kak Jie dan suami tercinta, Kak Siti ditemani dayang-dayangnya, sis Nanie Isa yang memang sporting, bro Ariff Shah, bro Nazlan Nasir, broFramestone ditemani isteri & anaknya, Mr.Kay big bos Apesal, tauke Lagenda Otak-otak bro Tengku Shukri yang dah kembali sihat.
Alhamdulillah. Mereka semua ni memang sempoi dan tak lokek ilmu. Tinggal kita rajin bertanya jer!
Paling ambe ingat pastinya bila dapat mendengar sendiri Tuan Amir berkongsi pengalaman semasa menjejak kaki ke bumi Anbiya’, Palestin.
Sungguh, tentera zionis Yahudi sentiasa cari peluang untuk menghina, menekan, menyeksa mental dan fizikal rakyat Palestin. Mereka sangka merekalah manusia terbaik hingga memandang orang lain serendah-rendahnya.
Pengalaman salah sorang rakan Tuan Amir yang sengaja ditahan tanpa apa-apa sebab selama 4 jam menceritakan betapa zionis Yahudi sentiasa cari peluang untuk menekan sesiapa sahaja yang ingin berkunjung ke Kota Suci Baitulmuqaddis.
“Yahudi sanggup membayar USD100k untuk dikebumikan berhampiran dengan kota Juruselam” – Petikan artikel ini: Jejak-jejak Rasul di Bumi Palestin
Akhirnya. Terima kasih tak terhingga kepada Tuan Amir dan team denaihati yang sudi jemput ambe malam tadi. Memang sungguh-sungguh menyuntik motivasi! Terima kasih semua.
@hafizmd – Ada lagi beberapa keping gambar, boleh terus ke facebook Denaihati Network/instagram ambe @hafizmd83.
Bestnya.. Bos Denaihati belanja makan…. π
hihi..alhamdulillah..moga makin murah rezeki tuan amir dan teamnya
wohaaa.bertuah dpt makan dengan otai2 ni semua…
Alhamdulillah. Rezeki
Alhamdulillah…tahniah bro..dapat makan dan juga dapat peluang sedut aura-aura positif dari blogger-blogger Team Denaihati..
Alhamdulillah. Rezeki yg jarang dapat. Mmg kena pergi =)
dah sedut sebanyak yg boleh…
Nampaknya ramai kenalan blogger yang hadir.
Alhamdulillah. Dapat jumpe mereka yg berjaya. Sedut aura sikit
untung laa. π
hahaa…mnyak untung =)
Xde muka bro dekat sini… banned blog nie he…23x
Malam tadi x sempat nak ambil gambar… jasad disana.. fikiran di tempat lain.. hati pun dekat tempat lain…
awek je dekat meja bro.. tp segan.. so chow meja lain
hahahaha..bukan taknak letak..takut habis bandwidth blog ni nanti kena serbu..hahhaa
Memang rezeki la dapat jemputan makan malam tu….. seronok dengar perkhabaran kengkawan… kalau ada gambar kawe sila tag kat fb yea boh…..
Mmg rezeki sunggohlah. Terima kasih bang man sudi sembang2 ngn ambe malam tadi.
tag tu insyaAllah =)
seronok dapat kita makan berjemaah kan… ambe nak pinjam Note 3 deh.. hehehehee
meme seronok..silalah ajak lagi lain kali..hahaha
baru ambe boleh kasi pinjam 30 saat note 3 ni..keh33
Wahh… Tahniah Hafiz.. pengalaman yg sgt menyeronokkan tu.. π
Terima kasih bro. Mmg seronok dan cukup berharga =)
hehe… pengalaman yang menarik kan….
lagi lagi dapat jumpa dengan gua kan…kekekke….
hahaha..tu mmg pasti bro..
bukan senang nak jumpa bakal top artis.hehe =)
thanks bro sbb sudi sembang2 ngn aku mlm tadi
yang penting kenyang. haha
hoho…lagi penting sbb dapat rapatkan ukhwah dgn mereka yg selama ni sembang kat laman sosial
wah bestnya pasni bolehlah join diorg pi event2 plak, pengalaman yg sangat berharga
hehe…insyaAllah..moga2 ada rezekinye..
mmg berharga sangat
Alhamdulillah, ukhuwah tercipta. harap satu hari nanti dapat join jugak π
Alhamdulillah. Ukhwah moga berpanjangan..ameen
insyaAllah..moga sampai giliran kita utk bersua =)
Tahniah hanya blogger-blogger hebat saja dijemput hehe
pengalaman menarik dapat dinner secara berjemaah sambil gurau2.. baru kali ini dapat brbual dgn bro walaupun xpanjang mana sbb masa kt sbb2014 xsempat nak borak.. hehehe
Seronoknya… Makan apa tu? Satay ke?
Untungnya tuan punya badan dan perut. Kena jemput makan dengan blogger tersohor di hotel terkenal. Rezeki lah kan. Syukur ajelah.. Kawe tumpang gembira tengok.
wow, bestlah dapat makan makan dengan team denaihati and the geng
gengΒ² hebat
Hehe..sedapnya kan..bukan selalu dapat peluang macam ni..hehe..lagi best bila dapat dengar celoteh tuan Amir dan lain2 tu..hehe