Pulangan Pelaburan Melebihi 2000% Setahun

Assalamua’laikum.
Tajuk macam tak logik! Ada ke pelaburan yang memberi pulangan lebih 2000% setahun? Sebelum kita cerita untung 2000%, kita nak kena realistik. Mula-mula berniaga, tak kira online atau offline, untung kecil pada permulaan perniagaan boleh dikatakan satu kejayaan yang kita akan ingat sampai bila-bila. Ambe nak cerita berniaga offline, ambe takde pengalaman. Online pun tak banyak, yang ada untuk dikongsi ialah pengalaman buat AFFILIATE. Itu pun sikit sangat pengalamannya. Untung banyak ke dengan affiliate ni?
Untung lebih 2000% setahun?
Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Bukan orang lain yang cakap. Ambe dengar daripada mulut Mak ambe sendiri. Itu yang dia pesan masa ambe kecil-kecil dulu. Nak apa-apa pun, kena usaha. Banyak mana kita dapat, bergantung pada banyak mana kita usaha. Paling penting, nak kena faham konsep rezeki yang semuanya datang daripada Allah. Jika dah usaha habis ‘reng’ (baca: sungguh-sungguh) sekalipun, jika Allah belum nak berikan pada kita, redhalah. Mesti Allah hantar dalam bentuk lain yang kita kadang-kadang tak nampak. Sebab? Sebab kita hanya nampak, DUITlah satu-satunya bentuk rezeki yang Allah beri. Silap besar tu…
Pengalaman buat blog Bahasa Inggeris. 2 tahun lepas. Kalau ambe ingat balik, 2 tahun lepas, ambe buat blog asalnya memang nak cari duit sampingan. Tapi, blog ni bukan blog pertama yang ambe buat. Kalau tak silap, ambe buat 2 blog BI. Dengan blog tu, dapatlah merasa duit online pertama dalam USD. Berapa banyak yang sempat ambe buat? Tak banyak. Dalam RM500-600 dalam masa kurang setahun kot. Tapi, sebab ambe malas nak pantau, malas nak update…maka terabailah 2 blog tu. Duit dalam Paypal, adalah sikit lagi. Bolehlah buat main-main kat FB…hehe. Bila fikir balik, sayang pulak tak jaga elok-elok. Sebab, salah satu domain tu kalau nak beli balik, dah dalam RM10k. Adui…
Bermula dengan PERCUMA! Itu cerita lama. Lepas tu, ambe buatlah blog yang ada sekarang ni. Semuanya bermula dengan PERCUMA. Iya, semuanya ambe dapat percuma hasil menang satu kuiz mudah di blog Sifu Rohaizad.com yang baru kahwin tu. Nampak tak? Ianya bermula dengan ZERO modal. Sudah pasti, hasil yang ambe dapat dalam masa setahun adalah UNTUNG BERSIH. Berapa persen, takde ambe kira tapi rasanya lebih 200% setahun.
Rahsia buat DUIT dengan BLOG? Serius, ambe takde rahsia atau special tips buat duit dengan affiliate. Apa yang ambe buat ialah menulis, menulis dan terus menulis. Cara menulis? Terpulanglah. Kalau nak tulis ‘cara lembut’, tulislah apa saje info berkaitan produk digital yang nak dijual. Hujung entri, barulah letak link jualan. Kalau nak tulis ‘cara keras’, tulis jer terus terang apa yang korang nak promot. Soft vs hard. Pilihlah mana yang korang nak buat. Nak buat entri hibrid pun boleh. Hentam sajelah!
Paling cepat dapat duit dengan affiliate? Terpulanglah. Kalau rajin dan tahu caranya nak “jumpa” bakal pembeli dengan tepat, tak mustahil tak sampai 24 jam, korang dah dapat komisen dengan affiliate. Kuncinya, kenalah menuntut ilmu dengan sifu yang betul & tauke affiliate yang bagus track record pembayaran komisennya. Kalau tak, jenuhlah korang nak kena hantar emel tiap-tiap bulan mintak diorang bayar komisen. Jenuh weh!
Akhir kata, pulangan pelaburan melebihi 2000% setahun tak mustahil. Duit affiliate adalah salah satu jalannya. Ianya tak semudah yang disangka, tapi jangan putus asa, sebab ramai yang dah berjaya. Mereka yang berjaya ni, sama juga macam kita. Makan nasi juga. Cuma yang lebihnya, mereka kurang tidur dan lebih rajin. Itu ajerlah. Doa tu benda wajib yer.
Nak baca lebih lanjut, baik korang terjah gambar di bawah ni. Tak rugi singgah!
Nota: Sedar atau tak, blogger yang aktif join GA atau kontest juga boleh dapat pulangan tanpa modal yang lebih 100%! Contohnya, kontest ini –> Hijab Fesyen Shawl Terkini!
@hafizmd – Nak ikut percepat rentak blogging ni…hohoho.
nak berjaya ikut rentak orang berjayakan semua dari bawahkan.
Betul tu. Ikut perangai mereka
alhamdulilah blog dah mula nmpk hasil kan..usaha kuat pasti ada hasil kan..
Betul tu. Nak kena usaha lebih kuat. Macam bro FL
Macam tidak masuk akal dapat pulangan sebesar itu.
Abang kita ini kerja kuat. Tanniah.
@AB, hohoo..mmg kena kerja kuat maaa =)
tpi tak mustahilkan bro? kalau modal 0, setahun buat affiliate kaw2..boleh tu…yeahhh
fuhh..panjang lebar hang tulis. sakit tengkok aku nak membacanya nih. haha..
hahahaha…tuan blog tu lagi pjg tulis..dah, gi makan cndol dulu…hahaha
Emmm saya pun bermula dengan kosong RM gak..hehe..alhamdulillah..sekarang ni aje tinggal sikit baki dalam bank..haha..
hahaha…sama kite boh…hujung bulan mmg nak kosong dah..kh3
Hola…awal bulan bila dapat gaji, duit komisen tu niat nak simpan..bila akhir bulan gaji habis, mula la korbankan niat tu..haha
keh3…ambe ada jugak terkorban camtuh…tp wife ambe selalu cakap, dapat komisen, laju2 masukkan dalam akaun lagi satu yg payah ambe nak cedok…jadi, selamatlah…
Terima kasih kerana sudi menyertai Giveaway ini..
Penyertaan tuan diterima..
Sila emailkan kepada saya menurusi nuargto@gmail.com butiran yang diperlukan seperti berikut:
1) Nama Penuh
2) Alamat
3) No. Telefon
Maklumat-maklumat ini saya perlukan untuk tujuan penghantaran hadiah… TQ
panjangnya entri ni.hehehe…lama gak nak boleh faham.haha
keh3..saje kasi panjang…hahaha…
nasib baik faham gak
siapa nak berjaya mesti ikut cara mereka yang berjaya
siapa yang mahu gagal, ikut je orang yang gagal
semudah tu je…
setuju tuu… banyak usaha, banyak lah duitnya…. hehe….
Setakat nie ambe tak berjaya buat duit dengan affiliate lagi… 🙁 Mungkin tak ada seni barangkali..
terbaik bro semoga berjaya ya 🙂
Pencapaian yg baik dalam blogging tu. Not bad. Semoga terus berjaya dalam blogging dan jana pendapatan online.