gambar pelamin pengantin baru1

Kenduri, Bola dan Basikal….

Assalamua’laikum.

Sekarang, Malaysia udaranya nyaman. Suhu sesetengah tempat sampai 17 degree. Kira memang macam duduk kat Cameron Highland jer. Dengar katanya, ianya salah satu sebab akibat kesan matahari yang kurang aktif. Berlaku 11 tahun sekali. Benda ni semua, kerja Allah. Semuanya dalam kuasa Allah. Kita redha dan pepandailah buat apa yang patut. Masa tetap berjalan, takdenya nak tunggu kita.

Cerita kenduri, bola sepak dan basikal

Senang, ambe gabung sekaligus, jimat tenaga. Maklumlah, ‘masa itu emas’kan? Kenalah tulis laju-laju. Kata nak jadi blogger. Kenalah rajin menulis. Sebabnya, salah satu khoje blogger ialah menulis. Sekarang bukannya musim blogger bermalasan kemaskini blog. Kalau ada hati nak dapat duit dengan blog, kenalah rajin menulis. Kalau takde blog, buatlah 1. Blogspot pun boleh!

Kenduri kahwin – Minggu lepas ada 1 jemputan. Minggu ni ada 1 lagi. Dekat-dekat jer. Kawasan Selayang. Untung juga berkawan dengan pakcik-pakcik yang dah pencen ni. Anak-anak semua dah besar panjang. Rata-rata sebaya ambe juga, tapi ambe berkawan dengan ayahnya, bukan anak-anaknya…hohoho.

Buat pasangan baru dan juga pasangan lama, yang tak berapa baru…jom kita ulangkaji bab ‘cara nak gembirakan hati isteri’ masing-masing. Baca entri ni Akak Blogger ni —> Tips Rumahtangga Yang Hilang!

gambar pelamin pengantin baru
Tengok jauh-jauh jer….hahaha

Masa kenduri macam ni jugaklah, biasanya gadis-gadis membuat kemunculan dengan fesyen shawl terkini. Makcik-makcik pun tak kurang juga. Tak nak kalah..hohoho…

Basikal untuk anak lelaki

hadiah untuk anak lelaki
Dapat tengok anak-anak senyum gembira, nikmat wooo…

 Tuan basikal punyalah seronok. Bangun tidur, tak pandang kiri kanan dah….terus main basikal. Lepas ni, kenalah mandi pakai sabun Antabax. Kalau ada anak-anak culas nak mandi, korang boleh cuba petua nak kasi anak rajin mandi. Baca entri Abah Kacak ni –> 5 Cara Best Nak Pujuk Anak Mandi

Bola sepak Liga Super 2014

Sabtu malam Ahad, macam biasalah….ada game bola Liga Super. Jadi, kalau takde kerja, boleh layan sama-sama. Ajaklah bini-bini korang tu layan sekali. Jadual perlawanan malam ni. Moh kita tengok dulu.

  • FT: PKNS 1 vs ATM 0 (24 Jan 2014)
  • Lions XII 2 vs Selangor 1 –> Best game ni. Boleh ke Selangor menang malam ni?
  • Sarawak 0 vs Kelantan 1 –> Siaran langsung di Astro Arena (Klik sini – live streaming)
  • Perak 1 vs Terengganu 0 –> Perak nampak power juga walaupun jurulatih dan pemain-pemainnya bukan pemain bintang!
  • T-Team 1 vs Johor DT 0 –> Siaran langsung di RTM 1
  • Sime Darby 1 vs Pahang  0 –> Pahang masih gembira selepas berhempas pulas menang dengan Perak hari tu. Malam ni, kenalah menang lagi untuk jadi pasukan pilihan!

Perlawanan tumpuan, ambe pilih T-Team vs Johor DT. Sebelum ni, T-Team seksa benar nak menang walaupun lawan pasukan Uitm FC dalam saingan Piala FA 2014. Jadi, menarik nak tengok kebangkitan yang diharap peminat.

@hafizmd – Dahlah. Nak kena gi taman pulak. Nak bawak anak-anak main basikal. Ambe joging main kejar-kejar dengan bini kat taman. Bye….

17 comments

  1. Assalamualaikum tuan admin
    Memang kena rajin tulis dalam blog.Kalau tidak ranking tak boleh mantain.Jadi susah nak masyuk nanti.Malam td tengok game T-Team dgn JDT.Kalau JDT sudah kalah, sudah tentu team lain berasa yakin utk mengalahkan JDT l lagi.
    Kawan berharap selepas ini JDT tidak kalah lagi dan meningkatkan kualiti permainan mereka

  2. Alahai 3 dalam 1 ehhh. Nak komen mana satu ni? Ok lah kawe komen pasal bola walaupun perit tengok JDT kalah 🙁 Kawe rasa T-Team patut diberi pujian kerana mereka ada game-plan dan stick to the game plan sehingga tamat permainan. JDT akan sentiasa ambil resiko bila tidak score dulu kerana rata-rata pemain T-Team amat besar tubuh mereka dan merbahaya bila ada set-pieces dan corner. Seperti yg kawe duga, T-Team score melalui corner. Still, kawe yakin JDT akang bangkit dan juarai Super League tahun. Dari segi kualiti mmg jelas ketara.

    1. Mmg dari segi fizikal, T-Team nampak berkelebihan. Sebab tu rasanya dapat juga kekang pergerakan Pablo Aimar yg lincah tu.

      Apapun, game yg menarik malam tu. Tahniah T-Team, tahniah JDT!

      p.s- hoho..entri kahwin2 =)

  3. tak boleh blah tul jdt main malam tuh… star pun ramai simpan.. huhu.. apepun saingan dalam liga super main panjang lagi.. kelantan tampak konsisten nampaknya…

  4. Nak belikan juga sebuah basikal untuk hero saya ni..buat main tanah..kesian dia naik basikal kecil..dah nampak macam baby balik dah budak tu sorg..haha

  5. boleh plak selangor kalah… hmmmm

    #tentang shawl tu… skrng dh brmacam feseeen.. ade yg nampak canti, & ade juge yg kurang sesuai… baik pakai tudung elok2… lg comeyyy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *