Angin Nak Tukar Themes Dah Mai Dah!

Assalamua’laikum.
Nak tukar themes, nak tukar themes! Bila angin kus-kus yang ni dah mai, memang payah nak buang. Sekali dah rasa nak kalih angin, lagi tak rasa nak berhenti, selagi tu aku main tukar-tukar themes ni. Kalau dulu-dulu, aku main hentam rembat jer themes percuma. Tak fikir langsung, selamat ke themes yang aku download?
Jom download themes percuma!
Sekarang, tempat paling aku rasa selamat nak cilok banyak-banyak themes percuma ni kat satu tempat jer. Tempatnya bukannya rahsia lagi. Mana lagi kalau bukan di wordpress.org. Berlambak ada. InsyaAllah, selamat. Kalau takut ada makhluk asing yang bersembunyi sebagai code pelik-pelik, boleh acu cuba test drive plugin ni.
Baca entri ni, aku ada tulis sikit pasal plugin TAC –> Plugin TAC Periksa Themes!
Hati memang teringin nak pakai genesis. Nak-nak sekarang ni, ramai pulak yang buat onar kat facebook, cerita pasal framework genesis. Takpelah, tu semua belum sampai masanya. Buat masa sekarang, aku nak puaskan hati aku dulu. Tengok-tengok dulu themes mana. Tadi, dah sempat tukar sekejap, tapi rasa macam berat pulak dah. Tukar balik..hahaha.
Berkenan tu berkenanlah jugak, tapi taklah suka sangat. Tapi dek kerana rasa nak tukar tu kuat, aku gagahkan diri juga. Saja nak tukar angin. Esok mai angin monsun barat daya, aku tukar lagi.
Eh, ni kalau aku main-main tukar themes ni, ada kesan besar tak pada entri-entri kesayangan aku ek?
Ada sahabat yang sudi jawab tak?
@hafizmd – Maaflah yer…angin kus-kus gian nak tukar themes dah mai….hahaha
Tukar theme ni takde kesan pada entri, tapi pada SEO la kot. Sekarang ni musim blogger tukar theme ke?
Pada seo yg tak best tu…hoho…
Agaknye bro…ambe rasa macam nak main2 ngn themes, tu yg test drive ni..hehe
thanks bro beri pendapat
jika berkenan apa salah nya tukar bro
Itulah yg sedang ambe renung2kan…hehehe
thanks bro beri semangat… =)
den malas nak tukar2 themes nih , guna ajer lah apa yang tengah pakai sekarang nih…hehe
ambe takde khoje, cari khoje…hahaa
blog Pm dah cantik dah…
rasanya ada kesan pada pandangan mata dan mood membaca. Samada terus membaca, buka lagi dan baca artikel lain pula atau…tak dan baca terus blah!…macam tu la kot…?
betul jugak tu..jadi, apa pendapat jujur bang shubhi tentang themes yang sedang saya pakai sekarang ni?
ok tak? ke ko?
fuhhh..
boleh tahan ramai gak yang tukar themes ni wehh..
alah kan gua cakap wall mood tahun baru aura nak up mood selalu
hahaha…gua tukar yg free jer…hehe
memeh memang perasan mu suko tukar ikut angin laut juga deh…pst..dah lama tahu haaaa
hahaha..kantoi sudah
nampak kemas dan tersusun. tapi warna cuba mainkan sikit mana tahu nampak berseri-seri macam padang bola.erk..
thanks suri berkongsi pendapat..
fyna tergerak juga harti nak tukar theme tapi tuelah nak kena rajin dan fokus time tukar tue. nak kena susun balik semuanya.
Betul tu. Kalau nak tukar, mmg kena ngadap lama2..tu yg amik mase tu
Emm susah nak jawab apa yang deme tanya tu..hehe..doh main tukar-tukar themes ni tak susah ke nak seting semula sitemap, kod google tu..analytics..emm menda ni yang susah sebab tu saya sampai ke sudah pakai themes tu..hahaha..nanti ada rezeki lebih nak juga buat themes sendiri..tapi orang lain jong siapkan..saya jong sediakan bajet..hahaha
Semua yg deme sebut tu..sebelum ambe tukar themes, ambe tarik widget letak tepi dulu (kalau ada di widget)..kalau code, copy siap2, paste ke word…
baru pasang themes baru..tadaa..siap =)
thanks boh berkongsi pendapat
Kalau guna theme premium tidak perlu bimbang sangat boleh digunakan jangka masa panjang. Itu pun kalau ada termasuk pakej life time support.
Setuju. Cuma sediakan kosnya saje