jadual liga super malaysia 2014

Selangor vs Pahang!

Assalamua’laikum.

Bermula petang ni, Gergasi Merah Kuning kenalah layan Tok Gajah. Selangor vs Pahang. Dua-dua pasukan kalah dalam perlawanan sebelumnya. Selangor kalah 1-2 dengan Lions XII dan Pahang tewas 0-1 di kaki pasukan The Giant Killer, Sime Darby. Rasanya, rata-rata penyokong Selangor semakin ghairah nak menang selepas tengok aksi menarik masa lawan Lions XII hari tu. Betul tak?

Jadual Liga Super 28 Januari 2014

1. Jom kita tengok dulu jadual malam ni. InsyaAllah, keputusan terkini perlawanan akan dikemaskini sebaik saja tamat perlawanan.

  • Selangor 1 vs Pahang 0 [Live di Astro Arena 801. 4.45 pm]
  • Johor DT 2 vs Lions XII 2 [Live Astro Arena 801. 8.45 pm]
  • ATM1 vs Perak 0 [Live di RTM1. 8.45 pm]
  • Terengganu 2 vs T-Team 0. 8.45 pm
  • Kelantan 1 vs PKNS 2. 8.45 pm.
  • Sarawak 3 vs Sime Darby 0. 8.45 pm.

Live streaming (semua perlawanan live di atas) –> Layan live streaming Liga Super Januari 2014

2. Selangor vs Pahang. Ambe sempat tengok ulangan game Lions XII vs Selangor hari tu. Serius, memang menarik. Dua-dua pasukan ni main dengan hantaran pendek yang tepat dan kawalan bola yang bagus. 3 gol hari tu, semuanya gol bola mati. Harap, petang ni macam tu jugaklah, cuma ambe risau tengok padang. Sedih tengok. Harap takde pemain yang cedera! Ambe rasa, Selangor menang 2-1.

Dickson Nwakaeme masih cedera. Jadi, petang ni Matias Conti dan Azamuddin Akil kena buat kerjalah. Kasi robek itu gawang Selangor. Tapi, jangan ingat itu Paulo Rangel senang-senang nak duduk saje tak nak score, Paulo Rangel ni bahaya sungguh dalam kotak penalti. Tak caya, tengok petang ni!

live selangor vs pahang 28 januari 2014
Ambe rasa, Selangor menang 2-1

3. Terengganu vs T-Team.  Abang lawan adik. Adik menang bergaya hari tu dengan JDT. Abang pulak kalah dengan Perak, mesti tengah bengang lagi tu. Petang ni, takde misi ‘keluarga’ untuk 2 pasukan Terengganu ni. Ambe tak berapa kisah, mana satu menang pun boleh! Ambe pilih Terengganu menang 1-0.

4. Kelantan vs PKNS. Kelantan nyata masih berbisa. Betul tak? Walaupun dah takde ramai pemain bintang, nampaknya setakat ni…Kelantan masih digeruni lawan. Pemain muda Kelantan nampak yakin macam biasa. Defender Kelantan antara yang ambe nampak cukup kemas setakat ni. Ambe rasa seri, 1-1.

Ayuh, kita gamatkan suasana Liga Super dengan memberi sokongan kepada pasukan yang korang sayang. Tanpa peminat, bola sepak takde serinya.

5. Keputusan penuh Liga Perdana semalam.

  • PBAPP 0-0 N. Sembilan
  • Perlis 0-1 SPA FC
  • Sabah 1-3 Felda Utd
  • UiTM 1-1 JDT II
  • DRB-Hicom 0-2 Kedah
  • PDRM 5-1 Pulau Pinang

@hafizmd – Kontest ‘Cantik berhijab dengan fesyen shawl terkini dari hijabterkini.com‘ dah tutup penyertaan, tapi banyak lagi kontest yang tengah tunggu korang masuk. Jomlah kite!

15 comments

  1. Betul tu..kena pulak orang macam saya..memang tak berserilah warna warni bola sepak..hehe..apa-apa pun, saya nak sangat tengok terengganu jadi juara..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *