May 13, 2010

Malam yang sungguh bahagia!!

Amaran: Ini adalah update yang teramat ringkas diabad ini..hehe

Kenapa malam ini sungguh gembira dan bahagia?

1) Pasukan badminton Malaysia berjaya menewaskan Denmark 3-2. Permainan yang cukup cemerlang dari pemain-pemain Malaysia

2) Pasukan hoki Malaysia berjaya menewaskan India (juara bertahan) 5-2, dalam kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah.

Tahniah buat pejuang Malaysia dan penonton Malaysia yang setia.

Cukup dua perkara ini. Tidur lebih lena berbanding semalam..lalalala

May 12, 2010

Masih belum terlewat..

Ayuh bangkit! Malaysia Boleh!!!

Apa yang belum terlewat? Ya, betul tu. Masih ada harapan lagi untuk skuad badminton  Malaysia. Seantero alam dah tahu yang kita kalah pada Jepun semalam. Kalah dahpun kalah. Apa nak buat? Ramai yang sudahpun menjadi juri tak bertauliah (termasuk saya..hehe) memberi komen perihal prestasi pasukan Badminton lelaki Malaysia semalam. Saya rasa tulis panjang-panjang pun mungkin kurang maknanya, jadi saya kutip beberapa komen bernas dari peminat-peminat badminton Malaysia.

Nak baca sampai habis »

May 6, 2010

5 tips di bilik tidur..

Hoho..sebelum kamu semua berfikir yang bukan-bukan, ada baiknya saya teruskan sahaja entri kali ini tanpa mukaddimah yang panjang-panjang. Nanti bosan pula, asyik panjang saja entrinya.

Agak-agaklah kan, berapa jam kita tidur setiap malam? Paling kurangpun, mungkin 3 jam. Mungkin kita biasa dengar begini “tidur biar berkualiti, bukan kuantiti”. Pernah dengar? Kalau pernah, bagus.

Tapi, rasanya ramai juga antara kita yang susah tidur. Pusing kanan tak boleh blah tidur, pusing kiri pun tak selesa, meniarap pun sama, alih-alih bukak laptop, layan ‘games’. Pernah alami situasi sukar untuk lelapkan mata sebegini? Kalau pernah, bagus. Sebabnya, saya akan berkongsi 5 petua bagaimana mahu tidur dengan nyenyak sampai ke pagi.

Nak baca sampai habis »

May 5, 2010

Abah..kami sayang abah

Amaran: Entri ini sedikit panjang dan mungkin mengambil masa kawan-kawan semua.

Tempat kami sekeluarga bersantai

Sudah hampir 5 bulan rasanya, kaki kiri abah bengkak. Dari paras lutut sampai ke tapak kaki. Sepanjang masa itulah, Abah menggagahkan jua kudrat tuanya, bergerak ke sini dan ke sana. Walaupun Abah sudah lama bersara dari hiruk pikuk pejabat, ilmu yang dikandung didada dan rasa amanah yang dipikul dibahu membuatkan Abah terus bersemangat dan tabah menghayun kudrat walaupun saat kaki dan kesihatan badannya seolah menuntut untuk berehat seketika.

Nak baca sampai habis »

May 2, 2010

Oh! engkau yang mengasyikkan..

Sebelum saya panjangkan lagi entri ni, harapnya tiada kawan-kawan yang terasa mahupun terseksa dengan entri kali ni. Bukan apa, rasanya semua dah tahu pasal rokok. Mungkin yang paling arif tentang perasaan dan rasa pasal benda satu ini pastinya perokok. Macam-macam fakta pasal rokok yang kita selalu dengar, hukum merokok, kandungan rokok, keburukan merokok dan sebagainya.

Saya percaya, ramai antara kita atau ahli keluarga, atau kawan-kawan kita adalah perokok dan mungkin dalam diamku menyintaimu kita benci sangat pada perokok. Macam-macam kita hamburkan pada mereka “mulut busuk”, “gigi kuning”, orang miskin yang kaya lagi bergaya, spesis tak sayang nyawa dan lain-lain.

Tapi, saya rasa mereka ini yang sudahpun jadi seorang perokok, pasti ada impian dan niat untuk berhenti merokok. Namun kerana beberapa sebab tertentu, mereka tangguhkan ataupun berfikir dua tiga kali sebelum ambil keputusan serius untuk berhenti merokok. Dalam banyak-banyak sebab, ada yang takut bila saja berhenti merokok, berat badan akan bertambah, maka hilanglah sudah ke’henseman’ dan ke’cool’lan mereka nanti. sudah pasti tiada lagi kelibat-kelibat awek yang kagum dengan kepulan asap berbentuk kereta kebal

Jadi, apa kata kita cuba selami beberapa sebab kenapa memilih untuk merokok, dan kenapa perokok begitu sayang untuk tinggalkan hembusan asap putih yang kita rasakan begitu menyesakkan. Harapnya, bila kita sudah lebih faham, mungkin lebih mudah untuk kita sama-sama membantu mereka insan terpilih untuk berhenti merokok. Bukankah “sharing is caring”?.

Nak baca sampai habis »

Papan Iklan


Kategori Entri