Timun Cina…

Assalamua’laikum.

Cuba kita renung sekejap situasi ni. Bila ada tetamu datang ke rumah, bagaimana kita layan mereka? Adakah kita memberi mereka hak-hak yang selayaknya? Senang citer, bagaimana cara kita layan mereka. Tepuk dada, tanya diri sendiri. Kalau OK, alhamdulillah. Kalau KO, tepuk dahi masing-masing.

Ke korang ada pengalaman ‘indah’ dengan tetamu tak diundang?

Kalau ada, jangan malu jangan segan untuk berkongsi yer. Kami pulak, Alhamdulillah. Kami suami isteri insyaAllah akan layan tetamu dengan sebaik yang kami mampu. Kalau ada pinggan cantik, pinggan tulah yang kami guna untuk tetamu. Kalau ada makanan paling sedap masa tu, makanan tu jugak yang kami hidang untuk tetamu. Kalau takde, jawabnya biskut kering cicah air teh jugaklah 😀

Sesuai dengan hadith Rasulullah (Riwayat Abu Daud dan Ahmad);

“Barangsiapa yg beriman dengan Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia memuliakan tamunya dengan memberi jaizah”

Apa bendanya jaizah ni? Dari sumber yang dibaca, ianya adalah bermaksud “sehari semalam”. Lebih penting ialah hidangan lauk pauk istimewa yang kita hidang kepada tetamu untuk hari pertama, kedua dan ketiga. Kalau lepas tu, bolehlah hidangkan lauk pauk yang biasa saja. Kalau lama lagi? Kenalah tetamu pulak yang faham hak-hak seorang tetamu. Jangan nak buat lebih-lebih pulak =)

Antara pengalaman jadi tetamu asing di Iran tahun lepas, mereka memang cukup hormat pada tetamu. Lebih-lebih lagi saudara seagama. Tengok gambar ni.

"hak tetamu dan tuan rumah dalam islam" Mereka memang cukup peramah (rasa macam kat negara sendiri). Makan bawah pokok, walaupun cuaca masa tu memang panas. Tapi yang bestnya, bila dapat makan timun cina segar-segar dari ladang. Fuuuuuh! Memang sedap!

Sampai ke saat ni, saya masih lagi terkesan dengan cara mereka melayan tetamu. Walau baru sekali berjumpa, tapi layanan tetap first class.

@hafizmd-Kita pulak bagaimana? Apakah kita pandai menjadi tetamu dan menjadi tuan rumah?

69 comments

  1. Bab2 ni yang aku tabik sesangat ngan org Iran nih…aku pernah baca kisah derang/cara derang melayan tetamu…cara derang sebelum keluar gi kerja…mmg dekat betul dgn cara keislaman yg rasulullah /islam minta…tp bila baca bab2 syiah…alamak…jauh bebeno lak dgn sikap sunnah….apapun hanya Allah yg lebih mengetahuinya…

  2. saya setakat tahun lepas 7 org tetamu sy dtg rumah smua ank dara andk sedara saya hee..mmg jenuh masak..tak cukup tgan d buatnya…

  3. saya masak apa yg ada tu klu depa dtg tgh bulan hee tpi sllunya umh saya tak der sapa nk dtg hee adik brdik jauh depa nk dtg ipoh pun blh d kira keh,,keh,,,

  4. sy suka tetamu dtg sb rasa rumah meriah tambah2 rumah suri ada 3 org jer kata org2 muda terkini ckp balik2 jumpa muka..nampk muka org yg sama mana ta bosan he…ceh lawaok jer tu bro

    terima ksh sb dri ke blogsot..weeeeweeee..

    tahu2 jer saya lepak kat situ ek..

    1. hehehe…mmg ada yg buat lawok camtuh..

      tgk muka anak bini mmg tak pernah bosan…suke lagi…ehehe

      p/s-mestilah…sbb bukak CC tak dapat…mesti lepak sana punye… 😀

  5. mana yg ada, mana yg mampu, itulah yg cuba berikan. terima kasih dlm beri idea nak sediakan apa jika ada tetamu. lau tiba2 tu, mmg keropok la jadi peneman, kalau tgh ada..

    lau mmg ‘tetamu’ tak diundang kat opis, macam mana pulak nak buat ye?hehe

  6. tetamu perlu dilayan dgn baik kan kan kan..
    itu budaya dan adab Melayu juga..
    tapi skrg ni, fenomena sudah berbeza… tetamu datang sekadar di pintu pagar rumah atau di kedai mamak.. uhuk!

  7. layanlah tetamu sebaik2nya n yg termampun. kalau tetamu tu salesman layanlah baik2 kalau datangnya pun dgn cara yg baik n berhati2.

  8. Bro hafiz tinggal kat mana ni ..? … bagilah alamat … hehehehe … Benjy nak bermalam 3 hari kat rumah hafiz … hahahahaha (ada juga kena pelempang kejap lagi) 😀

  9. Benjy kekadang rasa malu pula kalau ada tetamu datang maklumlah rumah serba kekurangan … tetapi kalau ada yang datang, benjy akan melayan sebaik mungkin 😀

  10. Melayan tetamu bukan suatu perkara mudah kerana sekali mereka terguris mereka tidak akan datang lagi – ayat puitis betul 😉

    Ibu bapa saya amat pandai layan tetamu tapi saya pemalu sikit.

  11. tetamu masuk ke rumah membawa rezeki..bila mereka keluar rumah akan turut membawa keluar dosa2 tuan rumah.

  12. org bujang…sambut tetamu gitu2 je…selagi ada yg terbaik, akan dikongsi…kalau kat umah tu lain sikit la.sembang2…mak atau adik buat air…kalau lama sangat aku lari gepan tb.haha…

    penah sampai iran ke bro…menarik 🙂

  13. selalu nya mmg bagi yg terbaik..tp pas da siap2 kasi air semua..chii x layan.lgi2 kalo org tak berapa nk kenal..segan..so dok dlm blk dendiam…BW..eheh

  14. Kalu tetamu nak datang, kena beritahu awal. tak suka depa datang mengejut. Masa tu nak bagi wangi2 sikit rumah dan nak siapkan hidangan apa2 yg patut.

    pst : ada sahabat kami, kita selalu ajak diaorg laki bini datang berbual..minum2 di rumah kami tapi mereka xpernah sepatah pun ajak kami dtg umah depa… (apa2 pun kena bersangka baik)

    1. Setuju jugak. Tapi kalau ada yg datang mengejut, mmg kena jugak layan sebaik mungkin….hehe

      p.s-agaknye pasangan tu malu nak ajak…ape kate buat2 singgah =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *