Oh! Syoknya Blogging Walaupun Bercuti…

Assalamua’laikum.

Blogging. Memang syok woo! Tengok Alexa naik turun satu nikmat. Tapi antara perkara paling syok bila blogging ni bila masa yang kita laburkan untuk blogging “terbayar” bila menang 1-2 kontest. Nak menang semua tak logik walaupun ada blogger yang memang pantang masuk kontest, mesti lekat juga walaupun nombor akhir. Rezeki. Menang kira bonus, masuk kontest untuk penjenamaan.

Hadiah kontest Tanah Arab dah sampai!

Yeahaaa! Balik saja dari bercuti, terus dapat 2 keping ‘surat cinta’ Pos Laju. Dah dapat agak sekeping darinya mesti hadiah dari Blogger Asyrof Asri. Sekeping lagi tak pasti. Punya tak sabar, petang semalam juga pergi angkut hadiah di Pejabat Pos Batu Caves. Hasilnya seperti gambar di bawah. Terbaik!

hadiah kontest terbaik 2013

Sehelai jubah, sehelai t-shirt ‘I Love Egypt’, perisa oren (agaknya), ‘keychain’ Egypt, teh Mesir, buku Insan Agung. Memang terbaik!

Dan hadiah kejutan dari penaja kontest iaitu Blogger Ladfe Amir sebuah buku yang memang cukup terbaik iaitu buku Mudahnya Menjemput Rezeki.

Kemenangan dalam kontest ni antara yang terbesar tahun ni. Alhamdulillah. Memang tak syak lagi, kalau blogger sungguh-sungguh buat kerja….tak mustahil untuk menjadikan blogger sebagai kerjaya. Terima kasih bro Asyrof Asri dan semua penaja kontest Tanah Arab.

Apa lagi, kuatkan semangat dan kenalah rajin masuk mana-mana kontest untuk menjenamakan blog. Kalah menang belakang kira. (ambe pun kena kuatkan semangat juga….encik malas tebal sungguh…hohoho)

@hafizmd – Syoknya Blogging! Hanya blogger tahu syoknya….betul tak?