Tips Kuruskan Badan Makan Jagung Rebus?

- 24 April 2014Kesihatan

Assalamua’laikum. Tips kuruskan badan dengan makan jagung rebus. Boleh kurus tak? YES kalau kena caranya. Snek jagung rebus contohnya. Jom baca tips kuruskan badan.

tips kuruskan badan dengan jagung rebus

tips kuruskan badan dengan jagung rebus

Tips kuruskan badan yang mudah tapi mencabar!

Nak kuruskan badan ni, kalau tak kuat nekadnya memang payah nak turunkan berat walaupun 500 gram. Ikut kata pakar, lagi berat badan kita lagi mudah kita nak turunkan berat badan. Bila badan dah mula slim, makin payah nak turunkan berat badan sebab lemak-lemak degil dibahagian tertentu dan dibakar dengan baiknya.

Ada 2 tips mudah untuk kuruskan badan dengan hanya menulis tapi sukar jugalah untuk dibuat. Saya kongsikan juga untuk korang yang sedang mencari-cari penawar untuk kuruskan badan 500 gram seminggu.

2 tips kuruskan badan ni bergantung pada 2 perkataan sahaja iaitu “KURANG” & ” PILIH”.

1. Kurangkan makan makanan di bawah yer.

  • Kurangkan makan daging yang berlemak
  • Kurangkan minum/makan susu lemak berkrim disukai ramai
  • Kurangkan minum air bergas (air berkarbonat). Berhenti terus lagilah bagus.
  • Kurangkan makan/minum yang manis-manis.

2. Pilih makanan/minuman;

  • Berserat macam oat untuk rendahkan kolesterol
  • Sayur hijau dan buah-buahan lebih banyak dalam menu harian berbanding nasi
  • Snek yang sihat seperti jagung rebus
  • Minuman yang kurang manis
  • Kurang melantak makanan yang ditambah terlalu banyak perasa, pewarna, pengawet dan yang sama waktu dengannya.

Tips ni memang dah banyak kali kita baca. Banyak kali juga saya tulis. Selagi ianya tidak menjadi amalan, selagi itulah kita wajib tulis, baca dan kuatkan tekad untuk amalkan tips kuruskan badan ni. Jagung rebus tu salah satu snek pilihan paling mudah nak buat kat rumah. Beli jagung, rebus dan letak garam sikit. Siap!

Akhir kata, kalau nak kuruskan badan berapa puluh kilo sekalipun, mestilah kuat tekad dan lagi bagus kalau ada rakan-rakan yang sokong usaha kita ni. Lagi bagus, ada yang tolong pantau dan buat sama-sama.

“Nak kurus sejuta daya, nak gemuk sekelip mata” dan jangan lupa untuk berdoa dan pohon kepada Allah. Badan sihat, kualiti ibadah lebih terbaik hendaknya!

@hafizmd – Tips kuruskan badan makan jagung rebus. Sedapnya jagung kat Cameron Highland!

{ 51 comments… read them below or add one }

myrujukan April 24, 2014 at 10:02 am

aku suka dengan jagung rebus nih, bro bileh tanya x, trafik harian blog ni berapa yer sehari, sebab aku tgk blog ni ada 790 artikel dah

Reply

Hafizmd April 24, 2014 at 1:24 pm

Jagung mmg feveret.

Trafik slow bro. Hari tu buang terus error 404..ade efek jugak..baru nak naikkan balik..huhu

Reply

Ismail N April 24, 2014 at 10:17 am

Kedai jual jagung rebus paling dekat ialah 25km dari rumah. Kalau naik basikal pegi jagung rebus tiap-tiap hari dan makan jagung rebus, hmmm lepas sebulan berapa kilo kurang?

Reply

Hafizmd April 24, 2014 at 1:23 pm

Prggh…kalau kayuh beskal tiap2 hari beli jagung..mau hilang 10kg sebulan..

Reply

zura May 5, 2014 at 8:54 am

kalau nnk lg cepat kurus ari2 jln kakai g kedai beli jagung rebus,x payah hari2 la..seminggu 3 kali pun rasenye dah cukup untuk kuruskan badan heheheh(gurau jer)

Reply

Anak Askar Pencen April 24, 2014 at 10:35 am

Jagung rebus ni memang tips yang mudah dan ringkas untuk diamalkan. Cuma time rebus jagung jangan lupa taruk garam. Hari tu makan jagung rebus tak taruk garam, memang terasa seksa sungguh nak habiskan jagung tu.

Reply

Hafizmd April 24, 2014 at 1:21 pm

Keh3..betul tu..kalau tak..tawar jer..hehee

Reply

antalhaq April 27, 2014 at 3:55 am

terlebih garam darah tinggi pulak adus…

Reply

Anuar April 24, 2014 at 11:25 am

Info yang menarik… Lepas ni bolehlah amalkan pemakanan Jagung rebus selalu… ;)

Reply

Hafizmd April 24, 2014 at 1:20 pm

Jagung rebus mmg sedap

Reply

eyriqazz April 24, 2014 at 3:03 pm

Fuhh, patutla slim mlim bro..Makan jagung jr…

Reply

Hafizmd April 24, 2014 at 4:23 pm

hahaha..tak slim sangat pun..haha

Reply

Mohd Shubhi April 24, 2014 at 3:09 pm

Jagung memang makanan kegemaran saya, sedap sungguh terutamnya jagung manis rebus…Subhanallah!

Reply

Hafizmd April 24, 2014 at 4:22 pm

Meleleh air liur baca komen bang shubhi..jagung manis rebus..uh

Reply

Khir Khalid April 24, 2014 at 3:16 pm

Jagung rebus mmg feveret.. kena pulak klu jenis yg manis & lembut.. fuhh.. mmg best.. terbaik. :)

Reply

Hafizmd April 24, 2014 at 4:22 pm

fuuuuuh! mmg sedap bro khir!

Reply

farzli April 24, 2014 at 4:07 pm

air gas ngan benda manis mmg tak minat dan consume terlalu skit jee…

Reply

Hafizmd April 24, 2014 at 4:21 pm

Bagus bro! Kekalkan kehenseman bro dgn cara ni..

Reply

Myra Jay April 24, 2014 at 4:10 pm

Antara nak ngan taknak je kan..
Nafsu makan yang kekadang susah nak tepis..hheee

Reply

Hafizmd April 24, 2014 at 4:21 pm

hehe…nafsu makan mmg selalu kacau line nak kuruskan badan

Reply

onlajer April 24, 2014 at 4:13 pm

jagung rebus antara fabret saya nih

Reply

Hafizmd April 24, 2014 at 4:20 pm

mmg sedap woo

Reply

cheq eem April 24, 2014 at 4:17 pm

hari2 makan jagung rebus pun sedap…. tapi janganlah letak mentega ngan garam banyak2 dalam jagung tuu… dah kene darah tinggi pulak… hehe….
p/s: lama dah tak makan jagung rebus… tgk gambar tu meleleh pulak air liur.. :p

Reply

Hafizmd April 24, 2014 at 4:20 pm

Betul tu cheq eem. jgn byk sangat garam dan menteganya..kalau tak..tak menjdilah tips kuruskan badan..hehehe

mmg terliurkan? hehe

Reply

titan April 24, 2014 at 6:03 pm

jagung bakar la sedapppp. hoho

Reply

Hafizul April 24, 2014 at 9:40 pm

Emm tak tahu pulak jgung boleh kuruskn badan..emm jgung bakar dengn madu sedap..hehe

Reply

khairul asrol April 25, 2014 at 2:11 am

pergh patut la aku makin kurus! demm. tapi sedap la jagung rebus. hmmm

Reply

amirulfaiz April 25, 2014 at 10:34 pm

Sedapnya jagung rebus, terliur dibuatnya. :D

Reply

akubiomed April 26, 2014 at 12:34 am

Suka makan jagung rebus ini. :-)

Reply

Bahrain April 26, 2014 at 1:09 am

yang susahnya bila kita nak amalkan..

Reply

AUC April 26, 2014 at 8:15 am

suka bubur jagung, info menarik..

Reply

zara April 26, 2014 at 6:08 pm

Fevret ni..blk pasar mlm leh mkn 2 biji..hebat la sedare ade 700++artikel..sy nk capai 100 pon merangkak..

Risiko Anemia Semasa Mengandung

Reply

Hafizmd May 3, 2014 at 10:43 pm

mmg sedap…nak2 kena jagung madu..

insyaAllah pasti boleh tu zara.. =)

Reply

Ammar April 27, 2014 at 8:32 am

Lama sungguh tak makan jagung rebus ni. Teringin pulak…

Reply

hafiz April 27, 2014 at 3:02 pm

suka makan jagung dalam cawan tu…nyum..nyum..

Reply

Sis Vee April 27, 2014 at 11:26 pm

jagung sapu marjerin n bakar … x jadi nak kurus . heh heh heh

Reply

suri April 28, 2014 at 12:23 pm

salah satu menu makan kami kalau pi sogo

Reply

zik May 1, 2014 at 2:25 pm

susah nak cari jagung sini.. mahal tak ingat… sekali sekala beli apa salahnya.. sedap dan baik kesihatan.. hehe

Reply

tutyrahiza June 29, 2014 at 8:42 am

tiap2 minggu bila pasar malam mesti beli jagung rebus untuk anak.. sy suka jagung bakar tapi bila mengenangkan selalunya penjual akan letak mentega lepas bakar, terus tak beli sbb daripada makanan sihat jadi kurang sihat

Reply

Ezlaila July 17, 2014 at 12:31 pm

Jagung rebus memang favorite saya. Krit-krit tak sedar dah habis. Satu perkongsian bermanfaat :)

Reply

Bina Keluarga Bahagia August 9, 2014 at 2:47 pm

Mungkin bagus kalau ada tanah kosong di belakang rumah kita tanam dengan pokok jagung. Uruskan tanaman ibarat bersenam. Bila makan, baik untuk diet kita pula.

Reply

yaya September 15, 2014 at 5:59 pm

jagung rebus manis sedapnya… kalau tambah mentega lagi sedap… hihi.. tapi hilanglah diet nak kurus rasanya…yaya suka beli dan makan saje.. :)

Reply

nanang October 7, 2014 at 3:14 pm

kalau jagung manis yang dari sananya adakah boleh banyak-banyak?

Reply

Abdfatah October 26, 2014 at 9:23 am

Menarik neh.. Bleh try kempiskan perut jugak.. Perut ambo dah maju ke depan aje.. Hahaa

Reply

Miracle Vitamins October 27, 2014 at 7:39 am

setu amat!kurangkan makanan dan pilih makanan!

Reply

Nota Fizik November 20, 2014 at 4:07 pm

tertarik dengan dgn kata “Nak kurus sejuta daya, nak gemuk sekelip mata”. hehe .. Jagung rebus memang sedap kena pulak time cuaca sejuk..

Reply

mama solehah November 20, 2014 at 7:54 pm

Ayah saya penggemar jagung rebus ni..Tapi tak kurus pun..hehe

Reply

AZENI AHMAD December 24, 2014 at 12:58 pm

Saya tak suka makan jagung sebab nanti melekat dicelah-celah gigi.
Leceh nak buang.
Hehehe.
Betul tue. Kena bulat tekad utk kurus.
Displin kena kuat kan.

Reply

batara January 26, 2016 at 4:37 pm

jagung bisa jadi alat diet juga ternyata

Reply

Azman bin Mohamad November 11, 2017 at 10:37 pm

assalamualaikum…
Boleh tak kalau nak kurus/kempiskan perut dgn makan makanan yang masam contoh limau nipis/kasturi?

Reply

Hafizmd November 12, 2017 at 10:36 pm

Waalaikumussalam. Apa yg saya tahu, penggunaan limau utk membantu menurunkan berat badan tiada apa2 kesan tapi sgt bagus jika kita ambil air limau sbgai pengganti air manis kerana air limau kosong tanpa gula nilai kalorinya sekitar 11 kalori sahaje.

Reply

Leave a Comment