Harimau Malaya & Lee Chong Wei

Assalamua’laikum.

Ketemu lagi. Tinggal beberapa jam lagi sebelum skuad Harimau Malaya turun beraksi di peringkat separuh akhir bola sepak Sukan Sea ke-26 dalam misi mempertahan pingat emas. Pasukan Myanmar mesti nak balas dendam atas kekalahan dalam kejohanan jemputan Piala Vietnam beberapa bulan lepas.

Aku yakin Harimau Malaya akan lebih mengaum bengkeng petang ni berdasarkan momentum dan disiplin dalam perlawanan dengan Indonesia. InsyaAllah, kita doakan mereka beraksi penuh semangat dan pulang dengan status jaguh Asia Tenggara! yeahhhhh!

Walaupun sibuk dengan Sukan Sea, aku tak lupa untuk beri sokongan pada Dato Lee Chong Wei. Saat aku tulis entri ni, LCW sedang warming up di gelanggang. Seteru utama kali ni pastinya Lin Dan. Sama-sama nantikan kesudahannya nanti. InsyaAllah, akan dikongsi keputusan terkini badminton Terbuka Hong Kong.

Keputusan penuh: Malaysia 1 vs Myanmar 0 (Fakri Shaarani 85′)

Set pertama: Lee Chong Wei tewas 16-21

Set kedua: Lee Chong Wei tewas 14-21

Ayuh Malaysia, tumpahkan sokongan untuk pejuang-pejuang kita!

® hafizmd – tiba-tiba akaun kena suspend tadi….cuak lagi….

24 comments

  1. takper ini cerita yang biasa kita dengar…. sukan kita memerlukan lonjakan yang luar biasa…. kalau cerita biasa dok soh tebeng laaa dok jadi aper

  2. B3njy memang percaya harimau muda akan menang malam ni. Jika ong kim swee menggunakan taktik 4-5-1 macam menentang Indonesia sahlah ! emas milik kita …

  3. salam
    pkbar tuan rumah dan blognya harap dah kmbli ok..asal ada meragam call hosting bro huhu…

    saya tak sabar nak tgk balik ni geeee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *