Harimau Malaya & Lee Chong Wei

Assalamua’laikum.

Ketemu lagi. Tinggal beberapa jam lagi sebelum skuad Harimau Malaya turun beraksi di peringkat separuh akhir bola sepak Sukan Sea ke-26 dalam misi mempertahan pingat emas. Pasukan Myanmar mesti nak balas dendam atas kekalahan dalam kejohanan jemputan Piala Vietnam beberapa bulan lepas.

Aku yakin Harimau Malaya akan lebih mengaum bengkeng petang ni berdasarkan momentum dan disiplin dalam perlawanan dengan Indonesia. InsyaAllah, kita doakan mereka beraksi penuh semangat dan pulang dengan status jaguh Asia Tenggara! yeahhhhh!

Walaupun sibuk dengan Sukan Sea, aku tak lupa untuk beri sokongan pada Dato Lee Chong Wei. Saat aku tulis entri ni, LCW sedang warming up di gelanggang. Seteru utama kali ni pastinya Lin Dan. Sama-sama nantikan kesudahannya nanti. InsyaAllah, akan dikongsi keputusan terkini badminton Terbuka Hong Kong.

Keputusan penuh: Malaysia 1 vs Myanmar 0 (Fakri Shaarani 85′)

Continue reading “Harimau Malaya & Lee Chong Wei”